CATATAN PENGALAMAN MANEK URAI


Selama ini berulang alik ke negeri Kelantan, hanya melihat kehidupan sebelah yang atas. Tidak menjangka apabila bertugas selama 10 hari di kawasan Peti Undi Laloh suatu kehidupan masyarakat yang terlalu jauh ketinggalan dari mengecapi nikmatnya pembangunan.Tidak mampu mengatakan betapa dhaifnya mereka.

Kebetulan berada di Laloh ini, musim durian yang begitu banyak. Kalau di Sipitang, musim durian menjanjikan pulangan mewah kepada pemiliknya dan jualannya kira agak mahal melalui jualan secara puratanya Rm8 sekilogram tetapi di sana bayangkan 5-6 biji cuma dijual sebanyak RM10 sahaja. ada yang langsung tidak dapat dijual kerana masing-masing penduduk mempunyai pokok durian,. Mereka hanya mengharapkan jualan dari orang luar yang melalui kawasan tersebut. Tidak hairanlah hasil durian mereka tidak memberi pulangan kepada mereka.

semasa bergerak melalui satu kawasan, menunggu puteri.,. mata melihat sekumpulan kanak2 dalam lingkungan 3-7 tahun, berdasarkan bentuk badan, keadaan mereka sangat comot.. terpanggil memberi mereka sedikit syiling utk membeli gula2.. terkejut rupanya semakin ramai datang berani meminta malahan ada pula yang berebut2 mahu ditambah... ( bayangkan semasa hari raya je).. berbeza dengan anak2 dalam kawasan sendiri, kalau melihat oramg yang tidak dikenali, sudah pasti cabut langkah seribu enggan menerima pemberian tersebut. Ya allah beginikah mereka.. kecil seperti ini sudah menjalani kehidupan yang sukar

Entahlah, apa yang dilakukan wakil rakyat dahulu sehingga begini kehidupan penduduk kawasan. Jika benar memperjuangkan Islam, bukankah zaman Saidina Umar Al-Khattab sendiri melakukan pemerintahan memastikan rakyatnya tidak menghadapi kesukaran hidup.

Comments

Popular Posts