CATATAN PENGALAMAN MANEK URAI 2

Makan durian sebelum makan tengahari.. pengalaman tu hanya diperolehi semasa berada di MU. Bertemu secara bersemuka rombongan PAS Perak yang diketuai DS Nizar bersama Ket Bahagian PAS K. Krai. Ketika kami Puteri melakukan aktiviti membersihkan rumah pengundi (Progrm Puteri UMNO Malaysia). Tiasa insiden. Perbualan secara ikatan ukhwah yang baik. Alhamdulillah, makan durian bersama. Pengalaman tu, pengalaman yang baik dan positif dalam fikiran saya.

Tetapi pengalaman yang tidak mungkin dilupakan pada malam akhir sebelum pengundian esoknya. rumah yang menempatkan kami rombongan sabah (Wanita dan Puteri) telah diganggu oleh pemuda PAS. Negatif tu! Manusia berjantina lelaki berhasrat mengganggu rumah yang hanya diduduki perempuan? Apa maksudnya? Persoalannya, benarkan dalam prinsip PAS membenarkan pembohongan? Saya Hamba- Allah yang beragama Islam. Dididik dengan pegangan Islam yang kuat. diajar dari kecil sehingga kini mengajar murid2 di sekolah bahawa kita tidak boleh melakukan pembohongan, berdosa! tetapi insiden malam itu sebaliknya. Hanya bertujuan untuk menakutkan kami. kumpulan yang berpakaian PAS menggendor pintu dengan kuat, apabila ditanya untuk tujuan apa membisu, (kebetulan kawan kita kak Fatiey KPu3 Tumpat/Exco yang dtg atas pelawaan kita untuk melihat kain Batik berada dalam rumah itu) apabila ditanya, mengaku pula sebagai Anggota keselamatan PDRM dari Bukit Aman yang kononnya kami dlam rumah melakukan kempen, tidak dibenarkan kerana melewati maasa jam 12 tengahmalam. Apa yang mereka lakukan lewat tengah malam mengintai rumah yang hanya terdiri perempuan? untuk tujuan apa? Kes pertama itu boleh dimaafkan mungkin berlaku salah faham.

Bagaimana kes kedua ini, masa yang tidak lebih 10 minit, sekali lagi pintu digendor kuat, kali ini pula tuduhan kedua berlaku kononnya kami membawa lelaki masuk ke dalam rumah. Malah mereka mengaku dari jabatan Agama Islam pula dh! Astagfirullah. Panas juga hati mendengar.. bila masa lelaki masuk rumah ini? Kenapa alasan memperlekehkan seperti ini dilakukan hanya tujuan menakut2kan kami? Kalaupun enggan membenarkan kami keluar berkempen, kami faham dan mmg tidak membuat aktiviti tersebut. Kami sedar peraturan telah ditetapkan oleh SPR sbab itulah kami berada dalam rumah membuat aktiviti kami sendiri , tiada kaitan langsung hal kempen mengempan ini.

Sedihnya, kami dikurung dalam rumah, ada pula kaum Muslimah keluar bertugas ( maklumat dr staf perhubungan yang terpaksa berjaga kerana kuatir berlaku gangguan semula)apabila ditanya , mereka dengan selamba menjawab jalan dan bertugas. Sebelum itu, selepas ketua kita melapor kepada pengurusan perhubungan, apabila mereka bertanya kenapa mengganggu rumah kami. Nak tau apa jawapan mereka? tersalah rumah... ingatkan di rumah itu adalah pengundi. Berkehendak memberi hamper? Bohong lagi! Klupun nak hantara apa2pun kenapa berbohong? kenapa menggioncang2 pintu rumah seperti terdesak untuk masuk? kenapa apabila dibuka pintu siap memarahi kak Fatiey kerana lambat membuka pintu? begitukah kaedah mereka? BOHONG, MENIPU, MENGGANGGU, adakah kaedah dibenarkan oleh kunpulan mereka? Astagfirullah...

Comments

Popular Posts