GELOMBANG POPULARITI?

Gerakan lihat ada motif PKR di Penanti
16/04/2009 6:19pm

PULAU PINANG 16 April — Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr. Teng Hock Nan berkata pilihan raya kecil yang bakal diadakan di Penanti sengaja dirancang oleh Parti Keadilan Rakyat dengan tujuan mewujudkan gelombang sokongan kepada parti itu.
“Dia sengaja mencipta ’ombak’ ini supaya PKR sentiasa di hati rakyat kerana berjaya memenangi kawasan yang ditandingi,” katanya kepada Bernama ketika mengulas peletakan jawatan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti Mohammad Fairus Khairuddin hari ini.
Mohammad Fairus, 33, daripada PKR yang dilaporkan sedang disiasat berhubung kes rasuah, sebelum ini meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I.
“Pada pandangan Gerakan, pilihan raya kecil seperti ini dirancang dan dicipta dengan motif tertentu iaitu untuk meraih populariti dan sokongan rakyat. Tidak mustahil ia akan berlanjutan sehingga pilihan raya umum ke-13 sebagai usaha memusnahkan Barisan Nasional,” kata Teng.
Beliau berkata bahawa daripada “drama” yang dimainkan oleh pembangkang sekarang, rakyat perlu menilai sejauh mana kesungguhan wakil rakyat mereka dalam usaha membangunkan negara serta menjaga kepentingan rakyat. - Bernama



Nak Kata pening tak juga, nak kata marah tak juga, tapi ada rasa simpati pula. Dulu, saya melihat dunia politik ini adalah dunia penuh serius dan bekerja bersungguh2. itu pandangan semasa usia kecil lagi. Menakutkan , penuh ketegasan yang buat saya rasa elok jauh melihat sahaja. tetapi kini, Gelombang Politik sudah jauh berbeza. Macam aura Akademik Fantasi.. macam berada dalam dunia hiburan. sentiasa menghiburkan dan menarik perhatian ! cuma tak semestinya jika jadi penghibur orang akan merasa terhibur. Tengok bagaimana persembahan yang diaplikasikan. Orang akan suka atau orang akan naik menyampah!


Sekarang lebih baik serahkan sahaja pada pertimbangan orang2 yang bijaksana untuk menentukan kebijaksanaan mereka bagi membuat keputusan. Timun di tangan kiri dan pisau di tangan kanan. pandai2lah mengukir. Tidak berhati2 tangan akan luka. Sendiri yang tanggung. Tiada istilah 'try', test' lagi, terus hitam putihnya.

Comments

Popular Posts