SALAM TERIMA KASIH
Hampir 3 minggu tidak menjengah laman ini. Selama 3 minggu inilah pelbagai peristiwa tercatat dalam kehidupan sendiri dan sekeliling. Tanggal 25hb Mac 2009, bukan sahaja tarikh sambutan PDRM. Tarikh istimewa , mama dilahirkan pada tarikh tersebut pada 49 tahun lalu. Pada tahun ini, diri ini telah diberi kepercayaan oleh rakan-rakan Puteri seluruh Malaysia yang mewakilkan rakan-rakan Puteri seramai 789 orang , lebih kurang hanya 1.97% sahaja dari jumlah anggota kerabat Puteri yang l3bih 30 ribu orang.
Pertama sekali saya ingin ucapan Ribuan TERIMA KASIH atas kepercayaan yang diberikan terutama kepada rakan-rakan perwakilan seramai 453 orang yang telah mengundi saya. Undian tersebut telah meletakkan saya pada kedudukan barisan Jawatankuasa Puteri UMNO Malaysia. TERIMA KASIH.
Saat nama saya diumumkan oleh Pengerusi tetap pada malam itu, rasa kesyukuran terbit dalam hati namun yang jelas , bayangan besar yang menuntut kepada saya bahawa ini bukanlah satu kebanggaan pada diri saya . Tetapi suatu AMANAH dan KEPERCAYAAN yang diberikan kepada saya untuk perjuangan anggota Puteri seluruh Malaysia. Bukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai PERMAINAN kerana ini adalah TANGGUNGJAWAB yang perlu dilaksanakan. Bayangakan keseksaan yang bakal saya terima di akhirat kelak jika tanggungjawab ini tidak dilaksanakan sepertimana yang diharapkan oleh seluruh ahli Puteri.
Apa yang ingin saya harapkan, saya inginkan perkongsian pandangan serta cadangan dari rakan-rakan Puteri. Apa sahaja, selagi pandangan serta cadangan ini adalah untuk pengukuhan serta kecemerlangan Pergerakan Puteri. Menyedari, tanpa bantuan rakan-rakan Puteri memilih saya, saya tidak akan berada dalam barisan Kepimpinan Puteri sesi ini, menyedari bahawa saya adalah wakil dari akar umbi Puteri. Bererti, perjuangan saya sekarang adalah untuk Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.
Pada rakan-rakanku, JAMBATAN ini adalah alatan penghubung rakan-rakan . Diri ini menjadi TALI yang mengikat untuk menguatkan lagi perjuangan kita.
SALAM TERIMA KASIH DARI SAYA
DG. MAIMUNAH SIDEK
Comments
Post a Comment