AMAN

Dalam seminggu ni, kita disajikan pelbagai konflik cerita yang tidak menggambarkan bahawa kita menikmati keamanan yang boleh memberi ketenangan fikiran dan jiwa.Tertanya2 kenapa situasi seperti ini menjadi suatu tindakan yang menjadi ikutan 'ramai'. saja saya letak 'ramai' kerana bukan untuk semua, hanya kepada yang terlibat semata!

Ada masanya , terasa juga hendak menjaga kepentingan peribadi, lantaklah dorang apa nak buat, asalkan mereka puas hati dengan apa tindakan mereka. Mungkin dalam rasa mereka, keganasan, memberontak, rusuhan adalah langkah 'bijaksana' dan 'terbaik' untuk memulihkan keadaan. Tetapi naluri saya membantah, itu tidak adil kepada individu yang tidak terlibat! bukan sahaja merugikan harta, malah menyuasahkan kaum keluarga jika terjadi kejadian buruk ahli keluarga. Kalau yang menjadi mangsa itu antara yang melakukannya, terima sajalah, tetapi bagaimana pula yang menjadi mangsa itu adalah individu yang langsung tidak terlibat? Siapa yang boleh dipertanggungjawabkan ?

Apa yang berlaku dengan negara jiran kita, saya tidak rasa bahawa seluruh warganya menyukai keadaan seperti berlaku dalam sekeliling kehidupan mereka. Ada sahaja berlaku rusuhan, bantahanlah, bergaduhlah dengan harapan pemimpin 'idola' merka mendapat tempat semula. Bolehlah saya katakan, betapa pentingkan diri mereka ini sehingga bertindak melampaui batas. Mereka suka nama negara mereka tercemar dan menjadi sebutan satu dunia dengan menggagalkan persidangan yang telah ditetapkan.

Cerita jiran kita tu, biarkan dulu, perkara yang ingin saya kongsikan di sini masih berkaitan dengan suasana jiran kita juga. Melihat tindakan segelintir ;ramai' warga jiran kita, seperti memberi gambaran dan bayangan kepada saya, adakah situasi seperti ini juga akan dilakukan oleh segelintir ' ramai' warga di negara kita jika mereka tidak berpuas hati. Terbayang bagaimana tegangnya suasana 1998, betapa ruginya individu lain, betapa hodohnya tindakan itu sehingga saya merasakan yang terlibat itu sudah hilang kewarasan fikirannya. Segala perlakuan mereka ketika itu kerana dikuasai emosi, nafsu dan perasaan. Akal fikiran Anugerah Allah telah dibuang. Walhal itulah kelebihan kita sebagai Hamba Allah untuk membezakan diri kita dengan makhluk allah yang bernama kerabat Haiwan.

Moralnya di sini, pendidikan yang tinggi jika tiada kawalan akal fikiran juga tidak akan menonjolkan individu yang berkredibiliti sebagai manusia yang sebenar. pendidikan akademik dan kemahiran perlu diiringi keimanan dari ilmu keagamaan yang kukuh dalam setiap individu. Tidak kisahlah apapun pegangan dan kepercayaan agama yang dianuti. Setiap agama di dunia ini inginkan keharmonian, ketenangan, kesejahteraan serta kejujuran dalam perhubungan.

Ingatlah nasihat orang2 tua kita. " ikut rasa binasa, ikut hati mati"
A= Akal
M= Manusia
A= adalah
N= Nikmat

T= Tenang
A= adalah
B= Bahtera
A= Agung
H=Hamba-Nya Allah

Renung-renungkan. Fikirkan untuk diri sendiri dan rakan-rakan.

Salam Perjuangan

Comments

Popular Posts