DAH AGAK!!! KALAU TAK SEPAKAT MESTI ADALAH YANG AKAN TERJADI!!!!


LADY dah agak responnd komponen apabila kenyataan DS Ismail sabri berkenaan #PeniagaTamak. kelmarin punya cerita dari MCA, hari ini LDP pula!!!!!!

bila LADY baca kenyataan LDP ini, terdetik dalam minda LADY, bukan nak kutuk sesiapapun, tapi tindak balas mereka yang seiya sekata dalam mengeluarkan kenyataan. demikian juga kumpulan PR yang sah-sah walau ada kemelut dalaman, berkenaan kenyatan untuk menghentam kepimpinan BN, mereka dalam satu bantal yang mantap!


PR  dengan lantang mengarahkan agar DS Ismail sabri memint Maaf dalam tempoh 48 jam! ceh si Ngeh Koo ham cari popular pula dah!!!!!

bertahan DS Ismail sabri! perjuangan baru bermula dalm isu ini. jangan berhenti!

apabila melihat keadaan ini, LADY semakin menyampah dengan menteri Cap Ayam KPDNKK yang nampak sangat KBAR (kemahiran Berfikir Aras Rendah) nya!!! keangkuhannya semakin jelas ketara! sangat ketara ! dan semakin ketara semenjak memegang portfolio menteri !

kenapa dia takut sangat nak pertahankan kenyataan rakan dala satu pasukannya?? atau.. lebih baik diam sahaja! tak payah buat sebarang kenyataan atau ulasan jika nak sangat menjaga kerusi yang diduduki! ikut rentak kepimpinan UMNO yang lain, sangat berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan sebab mahu selamat sejahtera. tak pening kepala menghadapi kritikan jika bersuara lebih lantang.


LADY kagum dengan pemikiran seperti YB Khairy a.k.a yang KBAT (Kemahiran berfikir aras Tinggi) kagum dengan kelantangan Dato Puad . kagum dengan keberanian YB Datuk Rosnah Abd rasshid shirlin. kagum dengan  kenyataan DS Reezal Merican. Kagum dan menghormati keberanian YB DS Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan pandangan mereka serta pendirian mereka berkenaan isu semasa. tak kisah walau bakal menghadapi risiko dikritik dan dihentam

DALAM kesibukan jelajah memberi penerangan timbalan menteri kewangan DS Ahmad Maslan juga buat kenyataan menyokong. tudiaaaa!!!!


Rasanya, berapa ramai ahli Parlimen BN yang berani bersuara ya dalam soal ini?? ada berani atau duduk selesa di kerusi mereka. tetapi.. pada LADY, elok juga mereka duduk diam dari membuat kenyataan BODOH BINGAI tahap merapu yang amat sangat! macam menteri cap ayam. 

Agaknya Menteri Cap Ayam terlupa sebelum menjawat portfolio Menteri pertanian, DS Ismail Sabri adalah mantan Menteri Perdagangan dalam negeri, Koperasi dan kepenggunaan. sudah pasti sangat mengetahui tentang harga barang, selok belok teknik jualan para pemborong dan peniaga. Dia tak akan mengeluarkan sebarang kenyatan tanpa mengkaji ! Memanglah LADY akui, mijoriti peniaga adalah mewakili kaum tertentu. ianya adalah fakta yang tidak dapat disangkal.


kuasa membeli di tangan pengguna. itu sudah jelas fakta. itu mesej yang sangat jelas dan mudah difahami. tak taulah pemikiran KBAR yang menerima mesej itu dalam pemahaman yang bagaimana. dengan kuasa pengguna juga, ia mampu mengawal peniaga dari bertindak tamak dan haloba. siapa yang tak mahu untung? tak payah berniagalah kalau berniaga hanya tahu rugi! tetapi nak dapat untung janganlah melampau hingga cekik darah! 

entri LADY yang ini lebih waras berbanding entri sebelumnya. ada kalanya kena gak bermulut celupar kalau nak tegur mereka yang tak berkenaan, kotnya baru faham. yang ini pandangan LADY ketika sudah bertenang dan sangat sedar dengan setiap kenyataan yang LADY tulis dari mula sehingga ke titik noktah terakhir dalam entri ini. 

SELEPAS ini, LADY akan ikuti perkembangan isu ini dari masa ke masa, kerana ia sangat menarik dan LADY boleh menilai di mata aras kematangan pemikiran kepimpinan dan juga rakan-rakan LADY. jumpa lagi!


yang ini. wajah-wajah BODOH bingai macam menteri cap ayam yang mengaku NGO Negara-Ku yang jelas hantu-hantu rusuhan BERSIH. jangan je Menteri cap Ayam boleh terikut rentak mereka ni selepas ini!

Comments

Popular Posts