#PRAY4MH370: JANGAN NAK MENGAKU 'PAKAR' SETAKAT MENYALAK DI MEDIA SOSIAL


Dalam tempoh 2 hari ini. Macam-macam pandangan mereka dalam media sosial. Musibah hilang MH370 telah mencungkil lagi bakat-bakat terpendam pada mereka yang hanya pengikut mereka sahaja boleh mengiyakan tetapi tidak kandung pengesahan kelayakan dari segi kepakaran.

Bukan setakat jadi 'wartawan' yang lebih advante dari wartawan sebenar. Malahan mereka boleh menjadi 'penumpang/anak kapal' walau tidak berada dalam MH370 ketika itu. Tidak kurang juga menjadi 'pakar' 'penyiasat' walau setakat berhujah di media sosial.

Namun, pada pandangam LADY... 'kepakaran' mereka ini di media sosial menambah beban dan tekanan individu yang dekat dan menghadapi situasi. Hanya andaian dan lebih tepat spekulasi kerana hujahan di media sosial hanyanya andaian pada kepala otak mereka semata. Sebahagiannya pula walau mengaku menghadap siaran langsung temu ramah pakar sebenar memberi pandangan terhadap kemungkinan berlaku berdasarkan soalan yang diberikan oleh pengacara, pun masih ada yang bodoh bangang tak faham juga isi kandungan dan penjelasan diberikan.

Tetap menggunakan teori kepala otak mereka sendiri yang 'perasan' lebih tahu dari yang pakar.

Tidak kurang pula, menjadikan situasi ini sebagai 'peluang' menghentam pihak kerajaan dan menghina individu-individu tertentu berkaitan kepimpinan kerajaan hanya kerana mereka ini adalah penyokong taksub PR!

Hari ini, LADY membaca pandangan blogger nobisha.blogspot.com dan telah dipetik siar oleh portal berita astro awani. Ianya pandangan menarik! Dan LADY sangat bersetuju dengan pandangannya terhadap mereka yang PERASAN PAKAR tetapi hanya setakat PEWUJUD SPEKULASI dan TUKANG WUJUDKAN SUASANA FITNAH DEMI KEPENTINGAN TERTENTU .
sila baca ini:
______________________________________

MH370: Baik hantar kapal korek!
Norizan Sharif | Kemas kini: Mac 10, 2014


Apa yang pasti ialah MH370 yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing putus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang (ATC Subang) pada jam 2.40 pagi. Ini disahkan oleh Malaysia Airlines.
Apa yang tidak pasti ialah apakah yang berlaku selepas itu.

Laporan pelbagai agensi berita antarabangsa juga adalah merupakan spekulasi dan bukannya sesuatu yang konklusif. Seorang yang celik media, akan berhati-hati membaca laporan media.

Media Vietnam, Tuoi Tre News yang menyiarkan gambar tumpahan minyak di Laut China Selatan menyebut, "Photos of oil slick in ALLEGED Malaysia Airlines plane crash."

Mengenai penumpang yang menggunakan pasport curi milik rakyat Austria dan Itali, International Business Times menyebut, "We BELIEVE that the name and passport were used by unidentified person to board the plane," a spokesman for the Austria foreign embassy told ABC News.

Sementara itu, Reuters pula melaporkan, "Malaysian plane PRESUMED crashed; questions over false ID."
Perkataan "alleged", "believe", dan "presumed" yang digunakan dalam ayat-ayat di atas menunjukkan laporan itu bukanlah sesuatu yang konklusif.

Hanya orang yang buta literasi media akan menganggap laporan itu sebagai sesuatu yang muktamad.

Ada orang tuduh kerajaan sembunyikan fakta bahawa kapalterbang MH370 telah terhempas atau kemalangan. Orang ini sebenarnya hidup di zaman batu. Dalam zaman yang serba terbuka ini, perkara sedemikian tidak boleh ditutup dengan mudah. Kejadian ini bukan berlaku di dalam gua!

Sekiranya kerajaan membuat kenyataan MH370 terhempas, persoalan selanjutnya ialah "Di mana?" dan "Mana bukti MH370 terhempas?" Takkanlah kerajaan nak jawab "Di Laut China Selatan, dekat Vietnam." Itu jawapan kedai kopi!

Tragedi ini sedang diikuti secara dekat oleh industri penerbangan termasuklah Boeing, agensi keselamatan penerbangan antarabangsa, kerajaan negara-negara yang rakyatnya terbabit dalam insiden ini, media antarabangsa, industri insuran dan pelbagai pihak yang berkepentingan dan mempunyai kaitan.

Kenyataan rasmi kerajaan tidak boleh dibuat seperti kenyataan Pak Malau di kedai kopi. Selagi kerajaan tidak dapat membuat rumusan yang konlusif mengenai apa yang berlaku, maka ia tidak akan membuat kenyataan sedemikian.

Sesetengahnya pula mempersoalkan "masa" yang diambil bagi menentukan apa yang sebenarnya berlaku. Sekiranya kita rajin mencari maklumat di internet, kita akan tahu bahawa ini bukanlah satu proses yang mudah. Apabila Air France 447 jatuh ke dalam Lautan Atlantik pada 1 Jun 2009, pihak penyelamat mengambil masa hampir dua tahun untuk menemui majoriti bangkai kapalterbang dan mayat penumpang di laut dalam.

Ada pula yang memperlekehkan negara kerana tidak menghantar kapal selam untuk mencari pesawat tersebut di laut. Ini adalah contoh orang yang tak faham mengenai fungsi pelbagai jenis kapal selam tetapi masih mahu mengkritik sesuatu yang dia sendiri tak arif.

Ambil contoh kapalterbang. Adakah kita akan menghantar kapalterbang Airbus A380 yang terbaru dan paling canggih ke medan tempur? Walaupun mahal dan canggih, Airbus A380 bukan dibina untuk tujuan tersebut!

Inilah jadinya apabila orang berlumba-lumba menunjukkan kebodohan di media sosial. Bak kata Albert Einstein: "Perbezaan di antara kecerdikan dan kebodohan ialah kecerdikan ada had, tetapi kebodohan tiada sempadan."

Nah, respon saya kepada sindiran itu adalah cukup mudah. Buat apa hantar kapal selam, lebih baik hantar kapal korek; sekurang-kurangnya kapal korek boleh korek pesawat di dasar laut!
______________________________________


Ps: kalau dah PERASAN SANGAT menjadi pakar. Kenapa tak tampil 'gentlemen/gentlewomen' tawarkan kepakaran anda. Setakat melalak kutuk itu ini sana sini kerajaan semua SALAH di media sosial! Apa kelas!
LADY bukan seorang pakar. Sebab itulah LADY hanya kongsikan pandangan LADY hal pandangan mereka yang PERASAN diri mereka lebih PAKAR dan Lebih TAHU!

Usah nak jadi bomoh atau pengamal ilmu ghaib sehingga mengaitkan kehilangan dengan 'hantu Altantuya' (anda seharusnya peka denga  perasaan keluarga mendiang dengan perkaitan ini!!!) Tidak kurang juga boleh mendoakan agar kematian kepada YAB PM serta isteri.

Tahukah anda. Bahawa gonggongan anda tak membantu menenangkan keadaan! Seharusnya anda meletakkan diri anda sebagai ahli keluarga mangsa. Bukan anda sangat BIJAK!

JANGAN NAK TUNJUK PINTAR JIKA ANDA SANGAT BODOH! UMPAMA TIN KOSONG DIKETUK HANYA BUNYI YANG BISING MENYAKITKAN TELINGA MENDENGAR!

Pada yang suka sangat mengutuk Datin Seri rosmah . Tidakkah anda tahu. Walaupun dia ada kelemahan tetapi dia tak SEJAHAT korang yang hanya tahu mengutuk tetapi tidak sedetikpun tampil cuba memberi sokongan kepada mereka yang terlibat dalam situasi! Sama ada wanita no 1 berlakon sekalipun!  Daia sudah lakukan perkara TERBAIK berbanding dengan korang yang hanya tahu menyalak. Pada pandangan LADY, wanita No 1 bukan seorang pelakon, dia jujur dalam menampilkan emosinya dalam suasana yang tepat!

#Pray4mh370
#Prayformh370

Comments

Popular Posts