NASIB PEMBELA UMNO... ALAHAI....


Apalah nasib kan. Bagai rak membela tetapi saat kritikal ditinggalkan begitu sahaja demu kepentingan pribadi.

LADY sangat setuju dengan pandangan Sir Azri Malay Right dalam melontarkan statusnya di FB berkenaan kenyataan yang dibuat oleh Peguam UMNO tu.

LADY pelik sangat. Bila masa Tian Chua minta maaf? Menyata kesal tu tak bermaksud meminta maafpun. LADY tak tahulah dalam kamus perundangan pernyataan kesal sinonim dengan penyataan maaf.!!!! 


Betullah kata Sir Azri. Pentafsiran perkataan menyesal itu sebagai kata meminta maaf bukan pada pengertian kamu tetapi mengikut kefahaman kepala otak peguam ini.

Demikian juga kes stopa spender tu. Dia dah beralih kenyataan tuduhan kepada blogger UMNO pula dah. Nak saman malu ker. Dia tak reti maluker apabila aktiviti seksnya tersebar. Dia tak tahu seganker perbuatan yang seharusnya seorang bukan pemimpin PAS, konon pejuang Islam terakam oleh pihak yang nampaknya sudah faham aktivitinya selama ini. Dan LADY yakin, ianya bukan perangkap pejuang maya UMNO tetapi individu yang sakit hati kepada Stopa ni.

LADY sekadar kongsi perasaan LADY sahaja untuk artikel kali ni. Kekesalan teramat sangat.(bukan minta maaf yer- sila rujuk kamus dewan dan pustaka untuk faham erti KESAL) terasa hati sangat. Sakit hati sangat. Hanya Tuhan sahaja tahu terlukanya hati LADY dengan apa yang berlaku.

LADY tahu, 2 kes ini bukanlah pejuangan utama UMNO seperti yang dinyatakan oleh peguam lantikan ini. Ianya hanya sampingan kot yang tidak penting pada penilaian kepala otak dia termasuk 'mereka' yang memberi arahan. Tetapi walau tak memberi impak besar pada parti tetapi memberi kesan mendalam pada hati mereka termasuk LADY yang terlibat dalam memperjuangkan 'perasaan ahli keluarga pewaris' nampak sangat tiada pembelaan. LADY akui.. sebagai penulis .. risiko dalam menulis untuk berjuang adalah tanggungjawab sendiri.

Soalan LADY bagaimana pula kenyataan pemimpin UMNO yang disalahertikan oleh pihak pembangkang? Adakah mereka sanggup berhadapan sendiri gurauan tak lucu itu sendiri. Hanya nama mereka sahaja terlibat tanpa melibatkan nama parti??? Siapa pula membela nama mereka di alam maya? Kerana sekarang ini, pihak PR tidak menggunakan media elektronik atau media massa sebagai saluran memperlekehkan kepimpinan UMNO yang tersasul kata dan tersilap tingkahlaku semasa berada dlm majlis. Media sosial sebagai platform utama pihak PR merancang dan mengatur strategik menjahanamkan kredibiliti kepimpinan parti. Siapa yang membela mereka ini? Pegawai media ker?

Malas nak menulis panjang berkenaan ini. 'Mereka' yang berada di atas lebih pintar dan bijaksana. Lebih maha mengetahui dan maha pandai dalam menangkis tohmahan. Siapalah pejuang maya di mata mereka. Hanya langau dan lalat yang tahu buat bising je. Matipun tak memberi kesan kepada 'mereka' pun.

LADY hanya nak katakan. "BUKAN PEMIMPIN UMNO LADY PERJUANGKAN TETAPI NAMA PARTI KERAMAT UMNO YANG LADY PERTAHANKAN. PEMIMPIN SILIH BERGANTI. TETAPI UMNO SELAMA-LAMANYA SEKALI MUSNAH TAK BOLEH DIGANTI"

PS: jangan letak akal di tapak kaki. Selalu dipijak tak berkualiti. Jangan letak nafsu di tempat tinggi, kelak memusnah diri.

LADY yakin pemimpin PR tengah tergelak sakan melihat orang-orang yang diamanahkan oleh akar umbi UMNO tak tau menjaga nama parti.

Comments

Popular Posts