SAYA LEBIH RISAUKAN KEKECEWAAN RAKYAT :NajibRazak


"Saya lebih risaukan tentang kekecewaan rakyat," tegas Datuk Seri Najib Tun Razak apabila ditanya cara beliau berhadapan mereka yang kecewa kerana tidak terpilih sebagai calon berikutan berlakunya perubahan dalam penentuan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Tranformasi atau perubahan yang dibuat oleh  PM Najib Razak memang amat pahit untuk ditelan oleh sesetengah pihak, PM Najib benar-benar dahulukan kepentingan rakyat. Seluruh negara memerhatikan PM Najib keseorangan apabila ramai yang protes demi kepentingan individu berbanding Najib perjuangankan kepentingan rakyat.

Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan 33 peratus calon muka baru bagi kerusi Parlimen dan 49 peratus untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13(PRU-13), 5 Mei ini.
Jumlah itu, membabitkan kira-kira satu pertiga atau 73 calon muka baru daripada 222 kerusi Parlimen manakala hampir separuh atau kira-kira 247 daripada 505 kerusi DUN.


Ini bermakna 320 daripada 727 atau 44 peratus penyandang kerusi Parlimen dan DUN digugurkan daripada senarai calon BN pada PRU-13. Senarai lengkap calon BN akan diumumkan serentak di semua negeri hari ini.

Pasukan transformasi

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak yang menamakan barisan calon itu sebagai 'Transformation Team for BN,'(pasukan transformasi BN), berkata langkah meletakkan muka baru itu bagi memenuhi kehendak dan harapan pengundi yang mahu melihat BN bersedia melakukan perubahan dan pembaharuan secara menyeluruh.

Beliau berharap senarai calon BN yang diputuskan adalah muktamad tanpa perlu ada sebarang perubahan, walaupun dari segi perundangan atau teknikal, ia boleh berlaku.

"Senarai barisan calon BN ini pada hemat saya adalah yang terbaik dan terkuat mampu kita sediakan dengan mengimbangi antara muka baru dan mereka yang berpengalaman berkhidmat sama ada dalam kerajaan atau pun sebagai wakil rakyat. Ini sebab kita (BN) bukan saja perlu menampilkan pembaharuan, tetapi sebagai sebuah parti, dengan mandat baru untuk menubuhkan kerajaan yang kuat, kita perlu mempunyai mereka yang mampu mentadbir dan memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat.

"Kalau mereka yang menduduki kerajaan semuanya muka baru dan tidak ada pengalaman langsung, ia akan membantutkan kemampuan Kerajaan BN untuk penuhi harapan dan kehendak rakyat.
Laksana aku janji

"Kita perlu melihat selepas pilihan raya ini, bukan saja dalam konteks PRU-13, tetapi apa kesudahannya dan kita mesti mempunyai barisan yang mampu melaksanakan aku janji dalam manifesto BN," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan surat watikah pencalonan dan aku janji BN kepada Presiden parti komponen dan Pengerusi Perhubungan BN negeri di Ibu Pejabat BN di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Najib menyerahkan senarai calon kepada Presiden 13 parti komponen BN dan surat watikah pula disampaikan kepada Pengerusi Perhubungan BN negeri. Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Ditanya kriteria calon BN kali ini, beliau berkata, 91 peratus calon untuk kerusi Parlimen memiliki kelayakan akademik sekurang-kurangnya diploma, manakala 31 peratus terdiri daripada profesional termasuk ahli akademik berstatus profesor, doktor, peguam dan ulama.

Selain itu, katanya, ada juga calon BN individu yang popular peringkat akar umbi dipilih kerana memiliki keupayaan memimpin.

Beliau juga mengakui perubahan besar dalam senarai calon BN membabitkan negeri yang dikuasai pembangkang sejak PRU 2008 iaitu Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor.
Tampil calon harapan

"Kita tidak mungkin boleh menang semua kerusi, ini tidak realistik, tetapi kerusi yang kita tidak menang pun kita cuba tampilkan calon yang ada harapan baik untuk menang dan tidak kira calon pembangkang sehebat mana sekali pun, kita perlu meletakkan calon yang boleh mengatasi pembangkang," katanya.

Berkaitan calon Wanita dan Pemuda pula, Najib berkata, pihaknya melaksanakan pembahagian sebaik mungkin walaupun ada kekangan tertentu untuk memenuhi tuntutan sayap parti itu, bagaimanapun ia akan diimbangi dengan pelantikan dalam beberapa jawatan lain seperti anggota Dewan Negara.

#vote4BN
#BNBah
#betternation
#PRU13

Comments

Popular Posts