PEMBAHAS

Hari pertama perhimpunan Agung UMNO 2012. Selepas ucapan dasar YAB presiden UMNO. Semangat berkobar-kobar. Pencadang dan penyokong menyampaikan hujah penuh disiplin dan mencapai objektif seperti mana yang pu3 jangkakan.

1 je kerisauan pu3, apabila tiba pembahas diberi giliran berhujah. Masa diberi sebanyak 15 minit untuk seorang. Pu3 tengok untuk pembahas ucapan dasar presiden. Pembahasnya pu3 tengok ada 14 wakil. Masalahnya masa yang diambil oleh pembahas, terlebih-terlebih sudah.

Duhai pembahas. Bukan pu3 tak gemar ucapan dan hujahan. Sedap dengar. Tapi meresahkan pembahas yang dok menanti nak sampaikan amanah dari negeri dan pihak yang mereka wakili. Saban tahun, pu3 pasti dapat maklumat, pembahas yang hujung kumpulan sering kali tak berkesempatan berhujah. Kenapa? Kerana pembahas yang berhujah selalu abaikan masa. Janganlah dok seronok sampaikan hujah, masa rakan pembahas lain pula diambil.

Pu3 faham bebenor perasaan rakan pembahas yang dok semangat, siang malam pagi petang subuh senja menyiapkan teks, mencari bahan, menyediakan bahasa kerana amanah diberi, namun terkandas kerana masa tak kasihan kepada mereka. Bukan salah masa. Tapi salah pembahas yang suka rebut masa rakan lain.

Jangan marah ya. Ini pandangan pu3. Hargailah perasaan rakan yang sama nak sampaikan amanah. Usah nak mementingkan hujahan diri tetapi memotong peluang rakan pembahas lain.
selamat berhujah. Semoga apa yang nak disampaikan adalah suara akar umbi. Hehehehhehe


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular Posts