DOA POLITIK PAS YANG TIPIS IMANNYA?????

Mendoakan kemusnahan saudara Islam? Astagfirullah! Semoga mereka diberi peluang untuk bertaubat dan sedar akan perbuatan mereka.

Mulanya pu3 nak tergelak mendengar rakaman yang ditayang semula saat jemaah ahli mukhtamar solat hajat dan menyudahkan solat berkenaan dengan bacaan turun bala, memusnahkan UMNO yang dikepalai nik aziz. Simpatipun ada kepada mereka yang menjadi makmum kepada insan yang semakin masa menunjukkan simptom nyanyuk semakin kuat.

Diriwayatkan Nu'man Ibn basyir bahawa rasulullah saw terlah bersabda : " Doa itu ialah ibadah"

Kononnya mendoakan kemusnahan UMNO kerana nik aziz berpendapat ahli UMNO murtad? Menolak Islam? Mengkhianati Islam? Kepimpinannya menjauhkan diri dari Al-Quran? Buktinya adakah? Di mana pengukuhan nik aziz boleh berpendapat sedemikian? Hanya kerana andaian ahli UMNO tidak menyokong PAS? Allahu akbar! Betapa dangkalnya pandangan itu. Pu3 melihat, nik aziz gagal mengawal nafsunya dan buta dalam membuat penilaian begitu.


"Umat Islam digalakkan berdoa untuk kebaikandi dunia dan di akhirat. Manusia hanya mampu berusaha, segala ketentuan adalah daripada Allah S.W.T. Memohon sesuatu daripada Allah hendaklah disertai dengan perasaan insaf,  jujur, dan ikhlas supaya mendapat petunjuk dan hidayahNya." –   Al-Baqarah; 201.

Doa adalah permohonan seseorang hamba kepada Raabnya untuk memohon perlindungan (inayah) dan pertolongan (ma'unah). Hakikat doa adalah ekspresi ketidakmampuan dan kefakiran kepada Allah SWT, serta ikrar bahawa tidak ada kekuatan dan daya kecuali dengan pertolongan Allah S.W.T. Ia merupakan simbol daripada penghambaan serta merasakan diri hina dan lemah sebagai manusia di hadapan Allah S.W.T.


Doa juga merupakan pujian kepada Allah S.W.T, dengan menyandarkan seluruh bentuk kebaikan dan kemuliaan hanya kepadaNya sehingga Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud " Doa adalah ibadah" . Begitulah peri pentingnya peranan doa dalam kehidupan seorang Muslim.


Berdoa sentiasa dianjurkan oleh Allah S.W.T seperti mana firmanNya:
"Berdoalah kepadaKu nescaya akan Ku perkenankan."

Maksudnya, apabila seorang Muslim memanjatkan sesuatu doa kepada Allah S.W.T yang di dalamnya tidak ada dosa dan pemutusan tali silaturahim, maka Allah S.W.T akan memberinya satu di antara tiga; Allah S.W.T langsung mengabulkan doanya; Allah S.W.T akan menyimpannya untuk orang tersebut di akhirat; dan Allah SWT akan menjauhkan kejahatan atau keburukan dari orang tersebut yang setimpal dengan doanya.

Baca lagi ...

TAZKIRAH yang berbau politik yang kemudiannya disusuli pula dengan bacaan doa agar dijatuhkan bala ke atas golongan yang tidak sehaluan dengan mereka masih lagi kedengaran ketika solat tarawih. Ia sepatutnya tidak berlaku apatah lagi pada bulan Ramadan yang mulia lagi diberkati ini.

Mereka kemudian mengistilahkan doa itu sebagai doa politik yang dibenarkan oleh agama. Sedangkan apa yang kita tahu Nabi SAW tidak pernah memohon kebinasaan bagi suatu kaum kecuali terhadap mereka yang memerangi umat Islam secara fizikal. Salah satu doa baginda yang popular yang maksudnya: "Wahai Tuhan berikanlah petunjuk kepada kaumku kerana mereka tidak mengetahui."

Doa-doa seperti ini didorong oleh kepentingan sesuatu kumpulan atau ideologi tertentu. Daripada kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa kita sebenarnya masih perlu belajar etika berdoa yang dituntut oleh agama. Kalau berdoa dan caranya pun masih perlu kita pelajari, maka sungguh parah penyakit kita.

Sepatutnya doa yang ditujukan kepada umat Islam hendaknya berbentuk kebaikan umum dan menyeluruh seperti memohon keselamatan, petunjuk hidayah, jalan petunjuk yang lurus dan sebagainya. Pada hakikatnya doa yang buruk yang ditujukan kepada umat Islam lain itu, akan terkena pada dirinya juga kerana kita sendiri sebahagian daripada mereka.

Pada waktu Rasulullah SAW, doa untuk keburukan hanya ditujukan kepada musuh Islam seperti kaum Nasrani dari Najran dan mereka tertentu daripada kalangan kaum musyrik. Amatlah dikesal kiranya, di negara kita terdapat segolongan manusia yang Islam memohon hajat kepada Allah SWT agar dijatuhkan bala ke atas umat Islam lain hanya kerana tidak sependapat dengan mereka.

Sembahyang hajat sememangnya sunat hukumnya dan dianjurkan untuk keperluan atau hajat seseorang itu. Apa yang perlu ditentukan ialah mengenai cara solat itu dilakukan hendaklah mengikut seperti mana sunnah Nabi SAW iaitu dengan niat ikhlas, tidak riak atau secara terbuka.


Demikian juga mengenai hajat itu sendiri juga perlu diperjelaskan. Hajat yang baik dibenarkan oleh agama. Iaitu untuk kebaikan diri atau masyarakat dan agama, bukan untuk tujuan yang bertentangan dengan ajaran agama seperti hendak menjatuhkan kuasa pemerintah Islam yang ternyata berjaya dan berwibawa serta disanjung tinggi oleh semua negara dan umat Islam.


Sebab itulah bila solat hajat disalahgunakan untuk sesuatu tujuan jahat maka biasanya permohonan itu tidak diperkenankan oleh Allah SWT, sama juga dengan solat yang dilakukan dengan niat yang tidak ikhlas iaitu solat bukan kerana Allah tetapi kerana niat bermegah-megah, sekalipun tujuan solat itu adalah baik dan dibenarkan tetapi permohonan itu tetap tidak termakbul.


Banyak contoh solat hajat yang dilakukan di merata dunia tetapi permohonan mereka tetap tidak terlaksana kerana ia masih tidak menepati ajaran agama yang sebenar.


Banyak kesilapan yang berlaku dalam ibadat yang dianjurkan agama, tetapi telah disalahgunakan mengikut kepentingan peribadi atau politik kepartian tertentu.

Keadaan ini sudah tentu akan menimbulkan fitnah dan salah faham yang boleh membawa kepada perpecahan dan permusuhan dalam masyarakat. Perbuatan ini amat bertentangan dengan tujuan dan matlamat ibadat puasa tersebut.

Sehubungan ini Allah SWT berfirman yang bermaksud "diperintahkan kamu berpuasa seperti diperintahkan ke atas mereka yang sebelum kamu supaya kamu bertakwa." (Surah al-Baqarah ayat 183) .


Berdoa itu sendiri sebenarnya dianjurkan oleh agama. Justeru jika kita berniat memohon sesuatu dengan doa yang kita fahami atau sekadar asal doa saja, kita sudah memperoleh pahala.


Munajat misalnya, sebenarnya ia juga doa. Ia lebih bersifat nada keluhan dan pengaduan. Umumnya seseorang hamba yang setelah solat malam bersendirian dengan Tuhannya, mengadu nasib dirinya secara bisikan hati kecil.

Manakala Istisqaa, sesuai namanya adalah doa untuk memohon hujan. Solat dan doa ini dilaksanakan beramai-ramai di tempat terbuka dan lapang.

Demikian juga riyadhah dan mujahadah lebih umum daripada sekadar doa. Di kalangan pengajian pondok, riyadhah merupakan perlakuan guru yang didorong oleh himmah (pemusatan pemikiran) untuk mencapai sesuatu pertolongan dan bantuan daripada Allah.

Riyadhah lebih menekankan kepada kawalan dan menahan diri daripada makan dan minum seperti berpuasa. Tujuannya untuk menumpukan sepenuh masa dengan amalan-amalan atau bacaan-bacaan tertentu seperti wirid-wirid atau ayat-ayat yang terpilih.

Demikian juga dengan istikharah iaitu solat memohon petunjuk dalam suatu urusan yang tidak dapat dipastikan yang mana lebih baik. Kita dianjurkan sembahyang dua rakaat dengan disertai doa.

Qunut Nazilah pula dianjurkan ketika umat Islam ditimpa bala bencana untuk memohon agar diangkatkan musibah tersebut.

Istighatsah suatu doa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW ketika menjelang Perang Badar di mana pada saat itu jumlah tentera Islam hanya tiga ratus orang bagi menghadapi pasukan musuh yang melebih seribu orang. Nabi SAW khuatir tidak akan ada lagi yang menyembah Allah seandainya kaum mukmin yang tiga ratus itu tumpas di tangan kaum kafir. Dan Allah mengabulkan istighatsah Nabi dengan mengirimkan seribu malaikat.

Ada satu lagi jenis doa yang mungkin jarang diingat oleh kita iaitu mubahalah. Ia adalah doa yang dipanjatkan bersama-sama antara mereka yang menyatakan kebenaran dan mereka yang menolaknya. Ini bertujuan bagi membuktikan siapa yang berada di pihak yang benar dan siapa sebenarnya pembohong. Kemudian semuanya memohon kepada Allah agar Ia melaknati pihak yang tidak benar atau pembohong itu.-http://www.terangbulan.net/archives/2583

Seumur hidup pu3. Walau jahat macam mana pun seseorang Islam itu. Tak ada imam atau individu mengatakan semoga bala ko datangkan kepadanya. Perkataan itu hanya akan keluar dari individu yang lemah imannya dan jiwanya dikuasai nafsu semata.

Eh? Takkan nik aziz lemah imannya? Wallhu a'lam bissowab! Hanya Allah yang Maha mengetahui apa yang tidak mampu diketahui oleh hamba-Nya. Bukan nik aziz bukan juga diri pu3.

Semoga mereka yang terlibat diberi peluang untuk bertaubat dan berkesempatan memohon keampunan ke atas fitnah yang mereka Aminkan semasa menyertai solat hajat berkenaan


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

  1. Doakan supaya Allah bukakan pintu hati pemimpin BN sehaluan dgn pemimpin PAS ,dah tentu di makbulkan sbb ramai yg alim ulamak..kan bagus..dapt pahala lagi..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts