PANDANGAN: APABILA ANWAR UMUMKAN SOKONG HUDUD WALAUPUN PRIBADI IA AKAN....

Pu3 membaca salah seorang menulis pandangan beliau terhadap tindakan king of drama mengumumkan sokongannya terhadap hudud di kelantan walaupun ianya sokongan pribadi.. Kesannya.. Sila baca di bawah ya

"Margaret Justice": 25hb September 8.42 pagi

Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan telah menjadi titik tolak keretakan dalam hubungan parti komponen Pakatan Rakyat.

Meskipun pemimpin komponen Pakatan Rakyat menyatakan hubungan mereka biasa seperti sedia kala, penentangan terhadap pelaksanaan hudud oleh dua pemimpin tertinggi DAP – pengerusi DAP Karpal Singh dan pemimpin veteran Lim Kit Siang tidak boleh dipandang enteng.

Anwar sebagai seorang tokoh politik dan ketua Pakatan Rakyat tidak mempunyai keistimewaan untuk memberikan pandangan peribadi.

Sokongan beliau terhadap hudud di Kelantan boleh ditafsir sebagai hala tuju Pakatan meskipun beliau berkata ia adalah pandangan peribadi

Yang lebih memudaratkan Pakatan Rakyat kini adalah pandangan Anwar ini telah memulakan semula polemik hudud.

Skuad berani mati

Tercetusnya pertentangan pandangan ini sama ertinya dengan mengetuai misi skuad berani mati.

Ini kerana Umno memperoleh gol percuma untuk mendapatkan kembali undi bukan Melayu yang mereka hilang dalam pilihan raya umum ke 13.

Nik Aziz juga perlu mengambil iktibar bahawa kemenangan PAS di kerusi campuran adalah hasil daripada penolakan masyarakat bukan Islam terhadap tindak tanduk BN sebelum tahun 2008.

Pilihan untuk berpisah daripada ikatan PAS – DAP – DAP sudah tentu bukan pilihan jika mahukan mandat rakyat untuk menubuhkan kerajaan seterusnya.

Pemahaman terhadap Islam berlaku ekoran kontroversi yang ditimbulkan oleh wakil rakyat bukan Islam PKR dan DAP seperti dalam penggunaan hadis.

Memberi pemahaman

Justeru itu PAS sepatutnya berusaha memberikan pemahaman berkenaan Islam terlebih dahulu sebelum bercadang untuk melaksanakan hudud.

Konsep hudud juga perlu dijelaskan kerana ramai ahli masyarakat Melayu – Islam turut gelisah dengan perkembangan ini.

Pada pandangan saya apa yang lebih menakjubkan adalah kedua – dua Nik Aziz dan Anwar Ibrahim terjebak dalam polemik hudud ini meskipun mereka berdua adalah tokoh politik yang bukannya setahun jagung.

Anwar mempunyai pengalaman politik 29 tahun manakala Nik Aziz berada di dalam dunia politik selama 44 tahun.

Justeru itu, masyarakat umum sering tertanya apakah begitu senang sekali untuk mengumpan ahli politik veteran untuk mengambil tindakan yang mungkin melambangkan permulaan sebuah pengakhiran bagi gabungan Pakatan Rakyat?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

  1. gambar yang ada dalam blog macam biasa lihat,tp dimana?

    salam perjuangan Pu3 syabas saya telah pautkan blog anda.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts