EE SI KUCING KATA PAS AKAL KANAK KANAK

Sekali lagi, pu3 kongsikan kata rakan pu3 ee si kucing. Pu3 sgt sukakan pandangannya dan kongsikannya dalam blog pu3. Jom baca

Pemimpin PAS berakal seperti Kanak2 TASKI yang diajar Membenci Kerajaan kini menipu Melayu untuk undi DAP..

Ee semakin berpendapat bahawa perjuangan parti PAS yang kononnya memperjuangkan sebuah negara Islam dan hukum hudud semakin kabur, apabila mereka terlalu taksub dengan agenda pakatan pembangkang.Ee juga berpendapat bahawa idealisme PAS dianggap sudah hilang arah kerana pemimpin itu tidak lagi melaungkan matlamat asal perjuangan parti itu.

Pada Ee pemimpin-pemimpin tertinggi PAS terutama Nik Ajis,Hadi Awang dan Mat Sabu lebih cenderung mengikut rentak DAP yang ternyata bertentangan ideologi dan menyanggah sebarang usaha penubuhan negara Islam.Parti PAS kini dilihat sebagai sebuah parti yang tidak berpendirian kerana banyak bukti bahawa pemimpin tertinggi parti itu tidak konsisten menangani sesuatu isu malah lebih mengutamakan kepentingan politik mereka saja.

Ee berpendapat bahawa PAS perlu melupakan hasratnya untuk mengantikan UMNO sebagaimana slogannya tetapi apa yang terjadi akhir-akhir ini membuktikan bukan PAS yang ganti UMNO, sebaliknya DAP yang menggantikan PAS. Ee berpandangan bahawa PAS sudah jauh terlanjur dalam memperjuangkan yang Hak dan Bathil. Tiga tahun berlalu kita telah diperlihatkan akan beberapa siri keputusan PAS yang nampak sentiasa tunduk kepada arahan DAP. Mungkin istilah 'Dap Ganti Pas' sudah menampakkan kebenarannya'..

Ee mempunyai pandangan sendiri walau pun berbuih buih mulut pemimpin PAS mengatakan orang UMNO sesat, semakin banyak kesesatan mereka sendiri yang tersingkap. Walaupun mereka sanggup sembahyang hajat untuk menghancurkan orang UMNO, tetapi yang semakin menemui kehancuran adalah mereka sendiri.Ee dapat melihat sendiri setiap hari ada saja petunjuk yang Allah SWT tunjukan kepada rakyat negara ini akan tembelang busuk puak PAS ini.Inilah hakikat yang terpaksa diterima oleh pemimpin dan penyokong PAS bahawa PAS semakin jauh tersasar dari matlamat asal perjuangan mereka. Jika dulu mereka begitu lantang bermatian memperjuangkan penubuhan negara Islam dan hudud..angin tidak ada...ribut jauh sekali tiba-tiba saja mereka buang jauh-jauh perjuangan itu kini mereka berjuang pula penubuhan negara berkebajikan yang ditiru bulat-bulat dari UMNO dan memperjuangkan petualang kominis sebagai Wira Negara..Apa ke Jadahnya PAS berbuat begitu..jika tidak mengikut telunjuk parti Sekongkol mereka DAP Laknatullah..

Ee masih ingat tidak berapa lama dulu Puak PAS juga telah mengadakan sembahyang hajat kononnya untuk menyelamatkan Anwar Al Juburi yang teraniaya. Tetapi setelah Allah menunjukkan kebenarannya, puak ini masih lagi tidak mahu menerima kebenaran. Dan sekali sekali lagi mereka mengadakan sembahyang hajat dan bacaan yassin untuk Anwar.
Kita rakyat Malaysia mula melihat bahawa kesan bacaan yassin dikembalikan semula kepada mereka oleh Allah SWT, adakah mereka masih tidak mahu bertaubat dan menerima kebenaran?..Dan apa yang Ee nampak bahawa jiwa Anwar Al Juburi semakin hari semakin kacau jiwanya. Mungkin disebabkan dosa dosanya, mungkin juga disebabkan oleh kesan sembahyang hajat dan bacaan yassin.Jadi Ee nasihatkan agar pemimpin2 dan penyokong PAS bertaubatlah jangan jadikan diri sebagai tunggangan dan seperti kerbau atau lembu yang boleh ditarik hidung kesana kemari.

Apa yang Ee pelajari selama ini dan difahamkan bahawa sembahyang hajat dan bacaan yassin bukanlah sesuatu yang boleh dibuat main. Sekiranya orang yang diminta supaya diberikan bala itu tidak bersalah, nescaya Allah s.w.t akan mengembalikan bala itu kepada si pemohon. Ingatlah Allah s.w.t itu Maha mengetahui setiap apa yang berlaku. Malah semua ini adalah ketentuanNya juga.Percayalah!..Masih segar dalam ingatan bagaimana Nik Ajis mendoakan bala kepada PM kita..tup2 Nik Ajis sendiri yang masuk hospital dan PM datang melawatnya dengan niat dan hati penuh suci iklas sebagai seorang pemimpin nombor satu negara tanpa mengambil hati walaupun orang yang dilawatnya telah mendoakannya bala..Inilah dia pemimpin yang paling layak diikuti penuh dengan budi pekerti yang tinggi...

Pada pendapat Ee pemimpin-pemimpin PAS ada yang mula hilang akal gara-gara parti itu gagal berdepan kontroversi pemeriksaan JAIS terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) yang sudah berlarut sehingga kini.Semuanya berpunca kesilapan PAS yang awal-awal lagi enggan menyatakan pendirian terhadap tindakan JAIS yang memeriksa DUMC setelah menerima maklumat ada usaha memurtadkan orang Islam oleh pihak terbabit.

Ee juga dimaklumkan oleh rakan baik yang dulu dalam PAS dan kini telah merangkak keluar meninggalkan PAS ..demi menjaga hati PKR dan DAP, pemimpin-pemimpin PAS jelas mempolitikkan isu ini sejak awal-awal lagi dengan mengenepikan penjelasan Exco Agama Selangor Datuk Dr Hasan Ali.Ini semua dilakukan demi menjaga ikatan perkhawinan haram antara mereka dan menebus kembali apa yang tidak dipuas hatikan DAP dan PKR selama ini.

Ee difahamkan bahawa rancangan PAS bertemu JAIS dan DUMC bagi mendapatkan penjelasan berhubung insiden 3 Ogos itu juga telah gagal.Bila mereka hilang punca dan buntu dengan semua itu, pemimpin PAS baru menyatakan sokongan terhadap JAIS dan meminta jabatan itu bertindak jika ada bukti wujud usaha memurtadkan orang Islam. Inilah wajah sebenar PAS.Terus terang Ee katakan bahawa pendirian itu dianggap sudah terlewat kerana masyarakat mula nampak 'perjuangan sebenar PAS' yang bukan lagi mahu mempertahanakan dasar-dasar Islam tetapi memperjuangankan sekutu mereka PKR dan DAP.Untuk itulah Ee berpandangan bahawa PAS cuba mengalih isu ini dengan mengheret UMNO dan mendakwa menjadi dalang tindakan tersebut.Selain Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali, kini Ketua Penerangan parti itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut menyerang UMNO.Inilah fikiran kotor pemimpin PAS yang sentiasa mencari "Kambing Hitam" untuk menutup pekong mereka yang semakin membarah.

Ee berpendapat akhirnya PAS terpaksa menjilat ludah mereka semula apabila menganjurkan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa beberapa bulan lepas dalam usaha mereka untuk mendapatkan semula sokongan Melayu yang telah hilang. Sekaligus membuktikan bahawa PAS sebenarnya sentiasa mengikut telunjuk DAP. Dan sudah tentulah konvensyen tersebut adalah arahan DAP.

Nik Ajis dan beberapa orang pemimpin PAS yang sangat sombong apabila membicarakan tentang Melayu, akhirnya akur bahawa undi Melayu sangat penting kepada survival parti tersebut dalam arus politik negara. Kesombongan PAS sebelum ini ternyata telah memakan diri mereka sendiri. Nik Ajis sendiri terpaksa berbicara tentang Melayu, bertentangan dengan kata-katanya sebelum ini bahawa Melayu tidak penting sama sekali.Dan Nik Ajis sendiri malu untuk mengaku Melayu.

Ee dapat melihat bagaimana Presiden PAS, Hadi Awang pula terpaksa menutup malu dengan mengatakan perjuangan Melayu lebih bermakna dengan perjuangan Islam. Dan yang paling menarik ialah apabila beberapa orang pemimpin Cina yang sangat anti dengan Melayu tetapi berusaha berpura-pura menunjuk baik seperti Lim Guan Eng, cuba mengajar Melayu tentang nilai-nilai Islam.

Hanya dengan putar belit dan pembohongan kononnya PAS akan menjaga Melayu dan memberikan keutamaan kepada Melayu kerana Melayu adalah dominan di negara ini,pada pendapat Ee tidak dapat menutup kata-kata Nik Ajis sebelum ini. Kalau benarlah seperti yang dikatakan oleh Nikl Ajis, sekali lagi Nik Ajis menelan caci nistanya terhadap kebangsaan Melayu.

"Apa bezanya memberikan keutamaan kepada Melayu kerana Melayu itu dominan dan Melayu itu kaum terdahulu yang berada di Tanah Melayu dengan Ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh UMNO? "...

Pada pendapat Ee sebenarnya PAS sudah hampir memperolehi sokongan kekal Melayu apabila cerita tentang Kerajaan Perpaduan yang dikatakan dicadangkan oleh Abdul Hadi Awang, mula heboh diperkatakan. Namun sokongan Melayu kepada PAS terus menurun dan menjunam teruk sebaik Nik Ajis menjahanamkan prospek tersebut dengan keangkuhan dan kesombongannya.Pada Ee sokongan Melayu kepada PAS semakin menurun laju meluncur seperti bola yang dilemparkan di lereng bukit sebaik saja Hadi Awang pula menolak jauh penubuhan negara Islam dan hudud yang mereka perjuangkan sebelum ini dengan mengikut telunjuk DAP memperjuangkan pula Negara Berkebajikan yang ditiru bulat-bulat dari UMNO.Semakin kalut bila mereka pula berjuang bermatian mengangkat petualang Kominis sebagai Wira Negara.Ee semakin yakin bahawa Pemimpin2 PAS sebenarnya berfikiran singkat seperti budak- budak TASKI yang mereka ajar agar membenci kerajaan UMNO yang DAP Laknatullah gunakan untuk menipu orang-orang Melayu bagi memberi undi kepada Parti Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang.Fikirkanlah...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular Posts