EE SI KUCING KATA MUNAFIKNYA PEMiMPIN PAS

nilah kemunafikan pemimpin-pemimpin PAS yang sebenarnya hanya sebagai boneka DAP.

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada Selasa menafikan kerajaan negeri menaikkan kadar cukai tanah 10 kali ganda terhadap Universiti Utara Malaysia (UUM).

Sebaliknya kata beliau, kenyataan yang dibuat Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Naib Canselor UUM Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak itu tidak berlandaskan fakta sebenar.

"Apa yang berlaku ialah bagi tempoh Januari 2006 hingga Disember 2008, UUM telah diberi rebat oleh kerajaan negeri ketika itu menyebabkan cukai tanahnya dikurangkan dari RM1.7 juta setahun kepada RM100,000.

"Tetapi selepas tempoh rebat dua tahun itu berakhir, mereka diminta membayar pada kadar penuh semula iaitu RM1.7 juta,"katanya pada sidang media, di sini.

Azizan juga berkata akibat pemberian rebat kepada UUM itu kerajaan negeri pimpinanya kerugian RM1.6 juta.
UUM juga katanya, pernah memohon kepada beliau agar pemberian rebat itu disambung namun permohonan merekaditolak.
"Mereka (UUM) boleh terus membuat rayuan dan kita akan pertimbangkan, tetapi tidak semestinya kita akan luluskan permohonan mereka itu," katanya.

UUM TERPAKSA BAYAR LEBIH UNTUK CUKAI TANAH

SINTOK, 19 April 2011 - Universiti Utara Malaysia (UUM) terpaksa mengeluarkan peruntukan besar bagi membayar cukai tanah apabila kerajaan negeri sekarang tidak mempertimbangkan permohonan rayuan mengurangkan cukai tanah yang dibuat oleh pihak pengurusan UUM.

UUM hanya membayar RM100,000 di bawah kerajaan negeri sebelum ini bermula pada 2006 hingga 2008. Tetapi mulai 2009, UUM terpaksa membayar sehingga RM1,744,357.00 untuk bayaran cukai tanah.

UUM telah membuat rayuan kepada Kerajaan Negeri Kedah yang baru sebanyak dua kali pada tahun 2009 dan tiga kali pada tahun 2010. Namun begitu, rayuan tersebut tidak dilayan.

Pada tahun 2009, UUM telah merayu melalui surat yang dihantar kepada Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah pada 29 April 2009 dan sekali lagi rayuan dihantar terus kepada Menteri Besar Kedah sendiri pada 10 Jun 2009 tetapi dukacita rayuan tersebut tidak dilayan.

Pada tahun 2010, UUM sekali lagi mengemukakan rayuan kepada Menteri Besar Kedah pada 25 Julai 2010 dan juga kepada Pentadbir Tanah Kubang Pasu pada 19 September 2010 dan 22 Disember 2010. Namun begitu, rayuan UUM masih tidak dilayan.

Naib Canselor UUM, Prof Dato' Dr Mohamed Mustafa Ishak pernah berbincang perkara ini dengan Menteri Besar Kedah sendiri di Pejabat Menteri Besar Kedah pada 25 Julai 2010 dan merayu supaya Kerajaan Negeri dapat memberi pertimbangan. Namun keputusannya tetap mendukacitakan.

UUM bukanlah sebuah institusi pengajian tinggi yang berorientasi keuntungan, sebaliknya memainkan peranan penting membangunkan modal insan demi menjayakan agenda pembangunan negara.

Berdasarkan jumlah cukai tanah yang dibayar oleh UUM mulai 2009 hingga kini, maka jumlah yang dibayar oleh UUM ialah 10 kali ganda daripada jumlah cukai yang dibayar oleh UUM sebelum ini.

Justeru, adalah wajar Kerajaan Negeri Kedah tidak mengenakan cukai tanah yang tinggi kepada UUM seperti mana yang pernah dinikmati oleh UUM sebelum 2008.

Tanah seluas 1,061 hektar milik UUM itu yang dikenakan cukai bukanlah semua telah dibangunkan oleh UUM. Sebaliknya terdapat 100 hektar lagi masih belum dibangunkan tetapi kadar cukai yang dikenakan oleh Kerajaan Negeri Kedah tidak mengambil kira mengenai perkara ini.

UUM juga telah membelanjakan bajet yang besar yang diperolehi daripada Kerajaan Pusat melalui Kementerian Pengajian Tinggi untuk menampung keperluan pengajian tinggi negara. Perbelanjaaan ini sudah tentu memberi kesan yang positif dari segi limpahan ekonomi kepada negeri Kedah.

Sepatutnya Kerajaan Negeri Kedah menghargai usaha ini dan boleh membantu mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh UUM melalui pengurangan cukai tanah yang boleh disalurkan kepada aktiviti penyelidikan, penerbitan dan pelbagai aktiviti pembangunan akademik di Universiti ini.

Prof Dato' Dr. Mohamed Mustafa Ishak
Naib Canselor Universiti Utara Malaysia.

Disediakan oleh :
Unit Media, Unit Korporat Komunikasi,
Jabatan Canselori
Universiti Utara Malaysia
Tarikh : 19 April 2011

GAGAL SEDIA BEKALAN AIR YANG CUKUP

SINTOK, 19 April 2011 - Pihak Berkuasa Bekalan Air Negeri Kedah gagal menyediakan bekalan air yang mencukupi kepada Universiti Utara Malaysia (UUM) walaupun semua kemudahan infrastruktur sudah disediakan oleh pihak universiti.

Ini diakui oleh Pengarah Jabatan Bekalan Air Negeri Kedah dalam suratnya kepada UUM bertarikh 24 Ogos 2009 yang menyatakan bahawa pengeluaran di Loji Rawatan Air Pelubang, dekat Jitra telah mencapai tahap maksima dan tidak mampu menampung permintaan bekalan air termasuk di kawasan UUM dan sekitarnya.

Selain itu, masalah ini juga disebabkan Pihak Berkuasa Bekalan Air Negeri Kedah dan kini Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd yang merupakan Anak Syarikat Kerajaan Negeri Kedah tidak membuat perancangan yang teliti untuk menyediakan bekalan air yang mencukupi untuk menampung keperluan warga kampus UUM.

Oleh itu, kenyataan Menteri Besar Kedah yang menyarankan UUM mengemukakan cadangan kepada Kementerian Pengajian Tinggi supaya menaik taraf infrastruktur bekalan air adalah tidak tepat kerana masalah sekarang bukanlah dari segi infrastruktur tetapi masalah yang sebenar ialah bekalan air yang tidak mencukupi.

Dakwaan mengatakan bahawa masalah bekalan air yang dialami oleh warga UUM perlu diselesaikan dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi juga tidak tepat kerana bekalan air merupakan tanggungjawab Kerajaan Negeri.

Persoalan di sini ialah UUM memerlukan bekalan air sebanyak 12 juta liter air sehari dan kita hanya dapat bekalan air dalam anggaran 9 juta liter air sahaja sehari. Untuk menampung kekurangan tersebut, UUM terpaksa menyewa lori untuk mengangkut air dan perbelanjaan untuk tujuan ini mencecah purata lebih kurang RM80 ribu sebulan.

Bekalan air dari Loji di Pelubang, di Jitra hanya mampu menyediakan bekalan air sebanyak 15 juta liter air sehari dan ia bukan disalurkan khusus kepada UUM sebaliknya disalurkan kepada pelbagai kawasan pertumbuhan Kepala Batas, Jitra, Tanah Merah, Changlun, Kodiang, Bukit Kayu Hitam dan kawasan sekitar.

Permintaan bekalan air bagi Daerah Kubang Pasu khususnya Kawasan seperti tersebut di atas telah mengalami peningkatan dan ini diakui sendiri oleh pihak Pengarah Jabatan Bekalan Air Negeri Kedah dalam suratnya kepada UUM bertarikh 24 Ogos 2009.

Ini bermakna bekalan air memang tidak cukup untuk menampung keperluan penduduk khususnya warga UUM dan ia merupakan tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk menyelesaikannya dan bukanlah masalah infrastruktur di UUM seperti yang disebut oleh Menteri Besar Kedah.

Kalau infrastruktur ditingkatkan sekali pun tetapi air yang dibekalkan tidak cukup, maka masalah kekurangan bekalan air yang dihadapi oleh UUM masih juga tidak dapat diselesaikan.

Soal ke mana bekalan air UUM digunakan bukan isu tetapi isunya ialah bekalan air kepada UUM tak cukup.

Oleh itu, UUM mencadangkan Kerajaan Negeri membuat perancangan rapi mengenai penyediaan bekalan air kepada Universiti ini dan sekitarnya untuk tempoh jangka panjang antara 20 hingga 30 tahun dari sekarang.

Prof Dato' Dr. Mohamed Mustafa Ishak
Naib Canselor Universiti Utara Malaysia.

Disediakan oleh :
Unit Media, Unit Korporat Komunikasi,
Jabatan Canselori
Universiti Utara Malaysia
Tarikh : 19 April 2011

Pada Ee inilah padahnya yang diterima oleh rakyat Negeri Kedah.. janji Pakatan Rakyat kepada rakyat negeri Kedah.. Maka tertunailah segala janji-janji mereka setelah dapat menguasai Kedah.Pada Ee janji kebajikan yang dilaungkan oleh Pakatan Rakyat selama ini hanya palsu bohong dan dusta hanya sekadar untuk pancing undi.Inilah kemunafikan pemimpin-pemimpin PAS yang sebenarnya hanya sebagai boneka DAP.Memalukan dan memualkan sepatutnya mereka bantu anak negeri sebaliknya menyusahkan.

Pada pendapat Ee penipuan dan pengkhianatan Pas tidak akan berhenti jika tiada apa-apa tindakan, Rakyat dapat lihat bagaimana Pas mengkhianati Umat Islam yang menjadi Anggota Polis dan Tentera apabila Pemimpin "Melayu Islam Penipu Rakyat menjulang Chin Peng (PKM) mebagai "wira" mereka PAS dan PKR..Apa tah lagi mereka begitu berani mendakwa bahawa kominis yang menyerang Bukit Kepong adalah Wira Sebenar Negara.Inilah Penipu dan Kemunafikan yang begitu telus dalam PAS.

Ee berpendapat bahawa Politik dan Ekonomi Kafir DAP lebih "Islam" daripada PAS, DAP yang Kafir tidak Memaki hamun, Memfitnah dan Memusuhi Kaum yang Sebangsa dan Seagama(kafir) dengan mereka DAP di dalam BN berbanding PAS yang suka Memaki hamun, memfitnah dan Memusuhi UMNO yang sama Agama Islam dan Berbangsa Melayu.

Ee juga berpendapat bahawa Pemimpin PAS akan Memusnahkan ekonomi Umat Islam kerana pemimpin PAS telah hidup selesa dengan Gaji YB yang lumayan, Ekonomi Melayu Islam akan di serahkan pemimpin PAS pada Kafir DAP Laknatullah, Pemimpin PAS telah nampak "Undi" kafir harbi lebih Berharga daripada Undi Umat Islam Melayu sebagaimana PRU12 dan PRK selepasnya.

Kadang-kadang Ee rasa nak tergelak bila Pemimpin Pas menghasut dan Memfitnah pula Kerajaan, berlaku kebencian dari kalangan Ahli PAS yang bangang pada Kakitangan Awam (Pekerja Kerajaan) bahawa Kerja Kerajaan sumber pendapatannya adalah Haram tetapi yang hairannya YB2 PAS sendiri menelan Gaji dan pendapatan mereka dari mana?.. Hehehe.. Sama juga mungkin Rakyat perlu Iktikad bahawa hasil cukai Judi dan Arak ialah untuk Membayar Gaji YB2 PAS dan Ahli PAS yang menjadi Kakitangan Kerajaan..Mereka boleh makan tapi rakyat miskin tidak boleh sebab haram..pada mereka saja yang tidak haram..hehehe...

Ee berpendapat Kalau mereka PAS nak memperjuangkan Islam, perkara itu sangat dialu - alukan. Buat betul - betul dengan hati yang iklas dan jangan jadi munafik. Jangan menipu rakyat dengan mengeluarkan dakyah - dakyah songsang dan memperkudakan agama semata untuk menarik undi Melayu Islam dalam masa yang sama mereka begitu mendukung DAP Laknatullah sehingga sanggup mengangkat kominis yang tidak beragama menjadi wira mereka.

Ee berpendapat bahawa berkemungkinan Haji Hadi sudah dapat membayangkan bahawa Kepimpinan Ulama sudah berkubur dan tidak lagi relevan dalam PAS begitu juga sokongan kaum Melayu semakin meluncur turun.Dan mulai sedar bahawa perjuangan mereka untuk menyebarkan syariat Islam hanya menjadi retorik sahaja semata - mata.Ee tak hairan kenapa dalam Pemilihan Parti PAS baru-baru ini, dalam ucaptama Presiden PAS, Haji Hadi mengubah dasar perjuangan mereka kepada Negara Kebajikan dan kini mereka beralih pula mendukung Mat Sabu dalam menghidupkan dan mengangkat kominis menjadi wira dengan harapan masyarakat Cina akan mengundi mereka pada PRU 13 kelak.

Ee ingin bertanya apakah perangai orang2 PAS begitu rendah sehingga sanggup menipu semata untuk menjadi hero dalam membantu PAS mengecapi kemenangan dalam PRK mahupun PRU ?..Sebagai buktinya dalam PRK tidak berapa lama dulu suami calon PAS Cikgu Mala sanggup tipu MC bagi membantu isterinya berkempen.Apakah ini Islam yang diajar oleh Para ustaz2,Pemimpin2 PAS kepada para penyokong mereka?..Pada Ee ini sangat memalukan begitu rendah martabat iman para pemimpin PAS..Agaknyalah betul seperti pepatah Melayu Bapak borek anak rintik...Jika Gurunya kencing berdiri maka anak muridnya kencing berlari..hehehehe..

Yang membuatkan Ee rasa nak ketawa guling-guling bila nik ajis baru2 ni nak teruskan bab hudud..cabar DAP keluar jika tak mahu sokong..tup2 Lim Guan Eng DAP Laknatullah kata tak boleh buat hudud sebab dalam buku jingga tidak ada agendanya.. Hehehe..apalah pehak pembangkang dajal ni..bagilah orang tua ganyut tu bernafas sikit..baru cakap sikit dah kena tengking..nak undur malu tak undur kena sergah..Apa boleh buat jika DAP rakan sekongkol tak mahu..buat apa terhegeh-hegeh..hidung tak mancung pipi tersorong-sorong..minta cerai talak tiga je lah...hehehehe..Pada Ee inilah putar belit PAS sejak lebih 20 tahun yang lalu..Pada Ee segala kata nik Ajis semata untuk meraih simpati rakyat saja setelah terlepas kata menyanjung kominis sebagai wira negara..hehehe..Kalau bab menghasut rakyat dan memecah belahkan rakyat ini satu kepakaran bagi PAS buktinya peristiwa hitam 13 Mei..Sejarah tidak menipu.. yang menipu sejarah hanya orang-orang seperti Mat Sabu je..hehehe..

Ni..lagi bendulnya Zizan MB Kedah akui terpaksa dengar kata sekutunya DAP sebelum melaksanakan sesuatu perkara termasuk melibatkan syiar Islam..Hehehe..sampaikan nak beribadat dalam bulan puasa pun tak mahu karaoke pun terpaksa minta simpati DAP..hehehe..inilah terlebih cakapnya pemimpin PAS dulu sebelum dapat nak laksana itu..nak laksana ini..rupanya lebih borak je..

Ee berpendapat bahawa pehak Pembangkang ni belum lagi berkuasa semuanya mahu diubah,belum lagi ke Putra Jaya baru memasang angan-angan mulalah slogan "sama rata sama rasa"..maksudnya menukarkan "ketuanan Melayu"..Pehak pembangkang sering bercakap angkuh bahawa kaedah merekalah yang paling berkesan tapi hakikatnya cara yang tidak pernah diuji..hanya borak saja..segala kata2 pembangkang hanya menjadikan masyarakat berpecah belah..Sekejap angkat kominis sebagai Wira Negara..sekejap nak ubah jalur gemilang..Kalau dah tak ada isu sengaja mencari isu untuk menutup segala kelemahan mereka..Tak dapat selesai mula tuduh UMNO..inilah "Pembangkang Dajjal Namanya.." Sikap Haprak macam nilah yang menjadikan rakyat dan negara akan kucar kacir..Fikirkanlah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular Posts