EE SI KUCING KATA UMNO DAH LAMA TAHU BACA QURAN!!! PAS BARU NAK....

UMNO dan Penyokongnya memahami dan melaksanakan isi Quran sejak 1946 berbeza PAS dan Penyokongnya Terangkak-rangkak memahaminya.

Menarik! Tertarik! Fantastik. Kali ni ee si kucing dah bercerita lagi bahawa PAS terlupa seperkara! Jom baca!

Pada Ee tiada yang baru daripada Nik Ajis setiap kali berceramah mahu pun mentarbiah pengikut Samdolnya kecuali mengulangi taktik lama untuk memastikan mereka (pengikut samdol) hanya tahu angguk dan geleng saja, Islam itu PAS.. PAS itu adalah Islam tidak bercerai dan terus melekat dalam benak kepala para pengikutnya..

Ucapan bertali arus para pemimpin PAS untuk memancing undi kepada calon PAS ibarat memberi undi untuk kemenangan Islam.. PAS adalah perjuangan Islam di negara ini.. PAS tidak boleh ditentang selagi ada rasa kasih sayang kepada Islam..dan sebagainya.. telah berulang-ulang kali disebut oleh para pemimpin PAS.Ee berpendapat setiap ucapan mereka langsung tidak memberi makna untuk perjuangan Islam itu sendiri.Mereka hanya tahu borak melaksanakan jauh sekali.Setiapkata pemimpin PAS berdolak dalih dan mereka sendiri tidak tahu apa yang mereka perjuangkan..Pada Ee sekejap mereka berjuang untuk penubuhan negara Islam..sekejap hudud..sekejap Negara berkebajikan..sekejap mengangkat kominis sebagai Wira dan menyokong DAP untuk menukar Jalur Gemilang bila berkuasa kelak..Pelik Ee rasakan..retorik dan penuh kemunafikan..

Ee masih ingat bagaimana Nik Ajis mengatakan bahawa menolak PAS adalah perbuatan jahiliyyah semasa PRK Tenang satu ketika dulu..Benarkah menolak PAS perbuatan jahiliyyah???..Apa yang Ee pelajari dan fahami selama ini tiada sebarang dalil yang menunjukkan menolak PAS atau kelompok berpakaian agama daripada imamah sebagai menolak Islam.Apa yang Ee pelajari bahawa Islam bukan kepada pemimpin bahkan Islam bukanlah pada lisan semata-mata. Islam itu wujud dalam lisan, tasydiq dan amal. Memberi undi kepada mana-mana parti politik demokrasi rom dan individu-individu politik demokrasi rom, tidak tergolong langsung di dalam amal kerana ia tidak disyariatkan oleh Islam, sebaliknya yang disyariatkan adalah amal yang diperintah dan meninggalkan larangan Allah Taala seperti yang terkandung di dalam al Quran dan sunnah Nabi-Nya.

Ee berpandangan bahawa Nik Ajis seorang pendusta agama dan mengunakan agama sebagai jalan pintas untuk kepentingan politik peribadinya, dengan mudah dapat menggelapkan mata golongan jahil dan golongan yang mencari jalan pintas untuk ke syurga yang penuh kekeliruan untuk menyokong PAS.

Semua sedia maklum bahawa gila kuasa politik Mursyidul Am Pas, NikAjis Nik Mat kini setanding dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila beliau semakin berani mengeluarkan 'fatwa demi fatwa' semata-mata untuk kepentingan parti.Pada pandangan Ee perbezaan antara Nik Ajis dengan Anwar hanyalah Nik Aziz 'melacurkan' agama untuk memuaskan nafsu politik, manakala Anwar melacurkan politik bagi memuaskan nafsu serakahnya..Inilah pemimpin yang sanggup melakukan apa sahaja demi dendam dan kerakusan kuasa.

Pada Ee kekaraman bahtera PAS dalam memperjuangkan Negara Islam dan hudud adalah disebabkan kelemahan akal yang sihat akibat terlebih dosa memporak perandakan rakyat negara ini dengan segala retorik dan kemunafikan pemimpin taraf ulama' PAS dengan segala fatwa basi yang membuatkan sesiapa yang main makan saja sakit perut.Ini dapat dilihat bagaiman mereka menipu rakyat dengan pelbagai dakyah mengatakan kerajaan UMNO kafir dan sebagainya.Begitu juga fatwa mengatakan berkerjasama dengan bukan Islam untuk mentadbir negara adalah haram.. Kini segala 'Fatwa Basi ' itu terpaksa pemimpin munafik PAS telan sendiri sehingga terpaksa berulang alik masuk tandas akibat sakit perut.Inilah akibatnya terlebih borak dan terlebih mengata..

Pada pendapat Ee apa akan jadi kepada mereka (Penyokong Taksub) yang selama sudah berkurun lamanya percaya bahawa bahtera yang mereka naiki itu ialah bahtera menuju ke arah penubuhan sebuah Negara Islam adalah tidak benar. Di dalam al Quran tiada Negara Islam kata nakhoda bahtera Hadi Awang yang kini bersiap-siap untuk menaiki roket ke Negara Berkebajikan...Inilah kemunafikan pemimpin2 PAS..

Ee masih ingat dan masih segar dalam lipatan kepala bagaimana munafiknya Hadi Awang selaku nakhoda kapal karam sebelum belayar dengan mengakibatkan mereka (penyokong ada yang terbunuh,cedera dan anak Isteri yang menjadi yatim piatu dan Isteri yang menjadi balu)..

Nakhoda Hadi Awang mengeluarkan amanatnya...1981

'Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'..

Ee ingin bertanya bagaimana dengan mereka yang terpedaya dengan laungan amanat Hadi dan terkorban di dalam proses untuk menubuhkan Negara Islam yang bertahun-tahun menjadi intipati perjuangan PAS?.Ee ingin bertanya lagi bagaimana dengan Allahyarham Ibrahim Libya dan korban Memali?..Ee berpendapat tidakkah PAS hari ini harus memohon maaf kepada anak cucuk korban Memali kerana telah memperdayakan mereka tentang Negara Islam?..

Ee ingin bertanya lagi bagaimana dengan hubungan kekeluargaan yang terputus dan adik beradik, suami dan isteri, ayah dan anak yang tidak bertegur sapa sehingga ke akhir hayat mereka kerana dakyah 'penubuhan Negara Islam PAS'?.

Ee rasa hari ini PAS tidak perlu membazirkan masa menjelaskan apa itu Negara Berkebajikan yang ditiru secara bulat-bulat dari UMNO. Kita semua tahu, Negara Berkebajikan ialah aqidah baru PAS supaya mereka tidak perlu melangkah mayat Karpal Singh yang sentiasa menentang sekeras-kerasnya penubuhannya.Akibat kecut perut dan mendengar bisikan syaitan yang menjadi sahabat mereka maka hamlau-hamlau PAS sanggup berdusta dan menjadi munafik asalkan dapat restu dari suami kesayangannya DAP.Dengan ini Ee ingin menyaranan agar PAS menggugurkan perkataan Islam dari nama parti tersebut adalah sangat tepat.Pada pendapat Ee jika di dalam al Quran tidak menyebut Negara Islam, sudah tentu Parti Islam juga tidak terdapat di dalam al Quran..

Ee dapat rasakan bahawa pemimpin-pemimpin UMNO dan penyokong UMNO lebih memahami akan segala isi Al Quran dan talah melaksanakannya sejak dari 1946 sehingga Negara Malaysia diistiraf sebagai salah sebuah negara Islam yang terbaik di dunia berbanding para Pemimpin PAS dan Penyokongnya yang baru tahap TASKI yang terangkak-rangkak memahaminya pada tahun 2011..Fikirkanlah..Marilah kita bersatu menyokong 1 Malaysia agar kehidupan kita,agama kita,anak cucu cicit jenerasi kita dan negara kita mendapat kejayaan yang cermelang serta terbela nasibnya..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular Posts