BAGI RUANG MASA MENYELESAIKANNYA

Memang jika di lihat sepintas lalu, itulah andaian mereka. Jika diperhatikan secara bijak, kenyataan menteri ini adalah sebaliknya. Ianya adalah kenyataan kebaikan untuk jangka masa panjang.

LADY cuba memahami situasi berkenaan prabayar kini. Ianya antara topik terhangat lagi sizzling apabila kastam mengumukan penangguhan nilai dibayar ke atas kad prabayar dan arahan beralih tugas kepada menteri komunikasi untuk menyelesaikan masalah prabayar ini.

Ulasan rakan cyber tentang ini.. sila baca

Bukan mahu hilang undi dan juga populariti tetapi mahu memastikan rakyat mendapat hasil manfaat dari perlaksanaan GST.

Maksud YB Menteri DS Shabery Cheek itu kerajaan akan hilang RM800juta hasil gst setahun kerana pengguna topup dikecualikan gst. Faktanya yang paling banyak guna topup adalah warganegara asing.

Rakyat tempatan ada guna bukan tak guna cuma warganegara asing lebih banyak guna dan juga isian prabayar balik kerap dan tinggi berbanding rakyat Malaysia.

Takkan kita nak beri pengecualian pada topup dan memberikan pelepasan kepada warganegara asing?

Dengan cukai RM800juta dari GST Topup setidak tidaknya 2 buah hospital mampu dibina oleh kerajaan. Rakyat akan dapat manfaatnya.- sir azri

Ps: LADY akur perbelanjaan untuk telekomunikasi sedikit meningkat kerana penggunaan kad prabayar untuk broadband. Tetapi, ia tidak menjejas kepercayaan LADY bahawa GST ini menzalimi rakyat

Comments

Popular Posts