Followers

SALAM MAULIDUR-RASUL


Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sipitang mengucapkan selamat menyambut Maulidur-Rasul. Salam 1 Malaysia 1 Ummah kepada seluruh sahabat yang beragama Islam.

MY NAME IS KHAN????

Ingatkan pak PAS je dok meleleh tengok hindustan di warung-warung . Ada lagi siap buat dialog semula tayangan hindustan “MY NAME IS KHAN” Penasihat PKR dalam jelajahnya di Petaling Jaya melakonkan semula dialog pelakon SRK dan menambahkan “... MY NAME IS ANWAR. I’M NOT TERRORIST” woow?! Hahahahahaaaa.... adalah lagi pelakon yang bakal menyaingi pelakon yang bergelaran Datuk tersebut dan ia kelahiran di Malaysia.
Pu3 masa sekolah dulu yg minat je Kuch Kuch hota Hei dgn Kaho Nah Pyar hei je yg Pu3 ingat tp maaflah sampai menghafal dialog tu kira dh tahap minat Gaban dh tu jawabnya heheheheh.....

Ala-ala konsert begitu apabila dalam ucapannya siap ada latarbelakang wajah bersarbannya konon terrorist. Memang tak layak sangat dia pakai Serban tu. Sebab terrorist yang dikatakan itu adalah kumpulan yang berani mati untuk perjuangan Islamnya.. Cuma perjuangan itu bukanlah yang ditetapkan dalam agama Islam sebenarnya. dia ni bukan Pejuang Islam pun walau tahu Wassalam.

BIRO SRIKANDI KEADILAN MENCIPLAK PUTERI UMNO




Membaca “Suara Keadilan” hari ini membuatkan Pu3 tersenyum lebar. Alahai sebelum ini PAS telah mewujudkan kumpulan Muslimah yang menyerupai Puteri UMNO. Kini PRK pula melakukan perkara yang sama dengan kewujudan Biro Srikandi Keadilan.

Perkataan Srikandi ini sebenarnya sudah sebati kepada Pergerakan Puteri UMNO itu sendiri. Nampaknya PKR sudah ketandusan perancangan . Mereka sudah melihat bahawa Puteri UMNO merupakan senjata kuat UMNO dan mulai mengikut kaedah sama dalam PRK. Tak nampak bezanya pendekatan yang mereka katakan berbeza dengan Puteri UMNO. Kebajikan? Itu sudah lama dilaksanakan oleh Puteri UMNO dengan menggunakan nama Program “menyusur Akar”

Apapun terima kasih Pu3 ucapkan. Bangganya Pu3 senbagai Puteri UMNO. Pembangkang semakin nampak mengkagumi Puteri UMNO walau lidah sahaj kata itu ini hal puteri UMNO.. Agaknya mereka tidak tahu apa lagi nak sergah Puteri UMNO. Kali ini, relakan diri meniru pula.


Betullah bunyi "suara Keadilan" Biro Srikandi bukan saingan Puteri UMNO. Pengakuan itu menunjukkan bahawa Biro Keadilan tidak akan mampu menandingi kehebatan Puteri UMNO. Apapun dikatakan , dahlah namapun ciplak dari istilah gelaran Puteri UMNO. pendekatan, sebiji xder original dr PKR langsung. "COPY' and "PASTE" dr Puteri UMNO. Waalllllllaaaaaa!!!!!!

ANGAN PR NAK JADI RAKYAT MESIR?!!!


Ada angin tiup kuat.. pelan nak melingkupkan kerajaan gaya cara Rakyat Mesir. Saki baki PRK sudah berangan-angan untuk memulakan demontrasi mengajak yang telah sedia diupah harian menyertai kumpulan mereka. Waduh.. ni boleh diwarwarkan dalam ruang PEKERJAAN bagi yang masih tercari-cari kerja. Paling mudah untuk mendapatkan wang saat2 genting belum memperolehi pekerjaan tetap. Tak perlu berpakaian ikut etika ditemuduga. Tak perlu membawa segudang sijil dan resume. Serahkan je badan utk sedia disiram.

Tok sah berangan. Kalau hendak mempopularkan diripun, jangan nak menggadaikan negara hanya kerana memberi peluang pada manusia yang tidak mencintai negara sendiri tu. Banyak sangat beza rakyat Malaysia yang sangat waras pemikirannya, kerajaan BN sangat menjaga kepentingan rakyat nya sebab tulah sanggup mengeluarkan perbelanjaan yang sangat tinggi untuk membawa balik rakyat Malaysia dari Mesir. Memikirkan faktor keselamatan rakyat Malaysia. Bukan seperti PR ni taunye buat demontrasi jalanan. Boleh tukar2 pula isu demontrasi mereka ni.. hmmm “AKAL LALANG” sungguh!

BIRTHDAY SWEET


Semalam memang best. Tahun ni celebrate byk suprise.. dr kwn n kakak pu3. 3 kali diraih harijadi tahun ni mmg menyentuh hati n perasaan pula. Makasi semua. Hadiah jam pink tu mmg Pu3 suka sgt sebab blm ada lgi tau.

LAMPU ISYARAT SIMPANG BENONI


Sejak berfungsi 19.02.2010. berulang alih pu3 melalui jalan ini untuk ke kota kinabalu. Dua warna je yang berfungsi. Kuning dan merah. Isyaratnya mudah difahami, jika berlaku lampu kuning klip-kelip pada lampu lebih kurang 10 meter dr lampu isyarat utama bererti lampu merah pada lampu isyarat trafik utama. Lampu kelip-kelip kuning pada lampu isyrat trafik utama mewakili lampu hijau. Done. Itu pu3 sangat faham walaupun pada peringkat awal blurrrr juga


Masalah yang pu3 sentuh ini berkenaan. Apabila kenderaan dari arah Beaufort hendak masuk ke jalan Benoni. Walhal lampu isyarat trafik hanya menunjukkan jalan ke hadapan. Utk kedua-dua arah. Bayangkan jika kenderaan hadapan hendak belok masuk ke jalan Benoni.. ruang yang sangat kecil sukar utk dilalui oleh kenderaan di belakang. Demikian juga sebaliknya kenderaan yang dari kota kinabalu yang berhasrat masuk ke sebelah kanan di simpang trafik Benoni. ....... hmmmm.. Pu3 bukan pakar bahagian mengiraan jalanraya tetapi pu3 menilai sebagai pengguna jalanraya yang sentiasa melalui jalan ini dan kerap menghadapi masalah apabila di hadapan kenderaan Pu3 kenderaan yang hendak membelok masuk arah bertentangan arah jalan. Kasihan mereka sebab mereka sememangnya sukar mendapat ruang untuk masuk arah bertentangan ini.


Kalau itu mengelak kesesakan jalan raya Pu3 tidak menilai ia adalah pilihan terbaik. Kenapa tidak dibuat Round about juga? Pu3 rasakan hal ini perlu diambil pertimbangan dan perkiraan semula. Lakukan terbaik.. jangan sehingga berlaku pelanggaran kedua belah arah hanya kerana kenderaan hendak membelok.


Cadangan Pu3:
1.Tambah 1 lagi lampu isyarat membelok ke kanan dari kota kinabalu dan dari beaufort.
2. buat roundabout je, taklah pening bil elektrik dikenakan kawsan tersebut! heheheheheheheheheh...

JAHILIYAH KAH ATAU JAHILNYA


Kemenangan BN dalam PRK DUN Tenang, membei kesan terlalu mendalam kepada PAS sehingga kini kepimpinan dan penyokong-penyokong taksub parti melalut, merapu, merepek dan melolong dalam membangkitkan semula semangat mereka . Dapat mimpi ngeri selepas pengsan mendengar keputusan.

Pembangkang ini mencanang pula dh penduduk Tenang ni Jahiliyyah. Sebab itu memilih BN. Uik? Jahiliyyah? Suka hati je cakap, asyik sentuh perintah dalam Quranlah.. sebut sejarah Islamlah. Peliknya semasa pu3 bangkitkan sejarah Islam dalam forum FB, sorangpun tidak menjawab komen pu3 hal keruntuhan empayar Islam atas sebab siapa tu.. lawak, kalau inginkan hujah berdasarkan sejarah pesanan pu3.. TOLONG BACA-BACA BETUL-BETUL. Suruh belajar tak nak belajar, tu yang merapu macam orang meroyan. Alahai JAHILNYA mereka

MENJELANG HARI VALENTINE


Hari Santo Valentine, Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih ialah satu hari santo yang memperingati Santo Valentine pada 14 Februari sebagai hari tradisi yang mana para kekasih meluahkan rasa cinta sesama sendiri; menghantar kad Valentine, menderma atau menghadiahkan gula-gula. Adalah satu kebiasaan juga untuk menghadiahkan bunga pada Hari Valentine. Perayaan ini dinamakan sempena dua orang lelaki, kedua-duanya syahid Kristian Awal yang berkongsi nama Valentine. Perayaan ini kini dikaitkan dengan asmara dalam lingkungan pengaruh Geoffrey Chaucer pada Zaman Pertengahan Tinggi, apabila mekarnya tradisi cinta asmara.


Hari istimewa ini paling rapat dikaitkan dengan pertukaran surat cinta dalam bentuk "valentine." Lambang-lambang Valentine moden termasuk garis berbentuk hati dan potret Cupid bersayap. Sejak abad ke-19, surat-surat bertulus telah banyak memberi laluan kepada kad ucapan keluaran besar-besaran. Perdagangan Hari Valentine pertengahan abad ke-19 merupakan petanda akan datangnya pengkomersialan perayaan di Amerika Syarikat.Persatuan kad Ucapan A.S. menganggarkan bahawa kira-kira sebilion kad Valentine dikirim di merata dunia setiap tahun, menjadikan Hari Valentine perayaan yang kedua paling banyak pengiriman kad mengekori Krismas. Persautan ini menganggarkan bahawa kira-kira 85% semua kad Valentine dibeli oleh kaum wanita.


Umat Islam di setiap negara tidak digalakkan menyambut perayaan ini, kerana dipercayai akan menyerupai orang kafir menerusi perayaan berskala seni ini.
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”.
Kebiasaannya, pasangan yang belum berkahwin menyambut perayaan berskala seni ini akan berakhir dengan aktiviti maksiat seperti berzina, sehingga terjadinya kes melahirkan anak luar nikah, menggugurkan anak dan seumpamanya.


Faktor lain
Jika pada pertengahan dekad 1990-an sambutan perayaan berskala seni ini bertembung dengan sambutan bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri maka tahun 2010 menyaksikan perayaan ini tergugat dengan sambutan Tahun Baru Cina yang adakalanya jatuh pada bulan Februari sehingga memaksa masyarakat Cina menyambut perayaan berskala besar tersebut sebagai ganti Hari Valentine.


Menjelang Piala Dunia
Setiap kali menghadapi Piala Dunia yang bakal berlangsung kelak, tentu ramai yang malas hendak membeli barangan hadiah perayaan berskala seni ini, lebih-lebih lagi hendak membeli majalah khas Piala Dunia dan jadual perlawanan Piala Dunia, kerana ia dikhuatiri akan membawa kepada pembaziran wang kerana sambutan Hari Valentine ini.


p/s:..., hmmmmm.. inilah yang Pu3 perolehi... so fikir2kan .. Pu3 tak suka ada pengurangan atau penambahan bahan menceritakan sesuatu yang menambah burukkan keadaan. Jika menidakpun hari Valentine ini, jangan sehingga merenggang hubungan berbeza agama. Jika kita ingin agama dihormati, kita kena juga hormati pilihan orang lain. Kecuali individu tersebut memburuk-burukkan agama Islam. Yang itu.. balun jeler orang macam itu!!!!!!

BETULKAH DULU.....


Maaflah jika Pu3 kata .. jika orang tua kata pakaian anak remaja sekang teruk, nampak bahu, nampak pusat nampak...... xperlu Pu3 katakanlah.. biar Pu3 sensor xxxxxxxx je perkataan itu.. hehehe berhemahlah katakan :p

Pu3 sememangnya suka menonton filem lama Melayu, terutama ada kaitannya dengan filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee... pu3 dok tenung pakaian artis wanita.. alamak.. transperantnyer? Lg gempak nmpaknya, baju ala kain organza.. nmpk yg dalam2 tu adoi.. ada pakai fit sampai yg bonjol sana bonjol sinipun nampak. Yang kasihannya.. nk jalanpun payah melangkah.. sebab dulu kot kain jenis2 nylon atau elestik ni susah nk cari atau lum tercipta...

Renungan utk Pu3 : Usah nak mengata baiknya kami dulu sebelum mengkaji apa yang berlaku sebelumnya. Selamat berenung2an hehehehehe

EEEEE TAK SAYANG MULUT


Eeeeee.. tak malu! Dulu2 masa pu3 masih kecil sebut tang “anu” sah kena cubit mulut. Sebut B.A.B.I juga , sekali lagi mulut pu3 akan menjadi mangsa cubitan. Perkataan itu jugalah ketika Pu3 masih tadika Chung Hwa Kota Belud dulu.. menyebabkan Pu3 telah kurang pengiraan markah dalam ujian mengeja. Bukan kerana pu3 tidak mampu mengeja, sememangnya pu3 sudah mengeja, akibat teringat sakitnya cubitan yang pernah Pu3 terima menghalang pu3 menyebut perkataan B.A.B.I tersebut


Malangnya apa yang berlaku sekeliling pu3.. pembangkang, pencacai ntah apa sahajalah nama pengikut pembangkang, suka hati menyebut “tang Anu” dan perkataan yang menyakitkan mulut Pu3 suatu ketika dahulu tanpa segan silunya.

Nak kongsi petikan dari manusia menggelarkan dirinya DARK

NIK AZIZ SETUJU DEBAT NGAN ULAMA UMNO ATAS TAJUK “UNDI PAS MASUK SYURGA UNDI BN JAHILIYAH! JANGAN BATALKAN! JANGAN DAYUS! KITA NAK TENGOK UMNO ADA PELIR KE TAK!” “DEBAT WAJIB DITERUSKAN SEBAB INI ADALAH MASALAH AKIDAH YANG TENTUKAN KAFIR ATAU TIDAKNYA MELAYU SEKULAR..!!!”- Pu3 copy habis tiada kurang statement ini

Jawapan Pu3.. aik? Itu pasalkah pengikut PAS ni sanggup memperlihatkan “ANU’nya pada Puteri UMNO suatu ketika dahulu? Itukah sebabnya ADUN PAS melakukan hubungan seks di gerabak VIP keretapi ngan isteri orang kerana hanya mereka sahaja ada “ANU” rasanya suatu tika dulu semasa Pu3 masih sekolah. Seorang pemimpin PAS MAT SABU.. telah ditangkap basah dengan seorang wanita dalam bilik hotel... alahai tupun agaknya pelan nk tunjuk “ANU’ler agaknya

PELAJARI SESUATU


2 hari kot Pu3 hanya banyak memerhati. Hari ini barulah Pu3 mulai beraksi tetapi masalah teknikal line yang sedikit menyukarkan misi Pu3.. maka hari ini segala misi dilaksanakan melalui bantuan email semata.. hahahahahahah.. baiknya..... agaknya kerana Pu3 terlalu baru dalam dunia seperti ini, perjalanan jadual baru pu3 ini memberi peluang kepada pu3 mempelajari sesuatu dan perlu mempelajari dengan sepantas yang mampu.

Pelajaran yang mesti dan wajib pu3 ingat, tidak semua perkara yang kita tahu perlu dikatakan, kekadang maklumat yang diperolehi akan membuka maklumat yang seharusnya menjadi rahsia. Alamak! Betulkah? Huhuhuhuhu

Kedua, elok diam dan perhatikan sahaja berdebatan yang berlaku jika kita berada pada situasi tak tahu apa yang hendak dikatakan. Takut kata-kata kita akan menimpa muka kita juga... huaaaaaa.. sadisnya.. macam kena tampar agaknya ya.

AHLI PKR SABAH BANGUN DARI MIMPI


PKR tiada tempat lagi di Sabah. Sudah ramai ahli PRK di Sabah sudah bangun dari mimpi ngeri mereka dengan meninggalkan parti mata lebam itu. Mereka sudah jelek dengan tindakan kepimpinan tertinggi parti tersebut sehingga tersentak, perjuangan pribadi sebagai asas penubuhan parti tersebut tiada mendatangkan kebaikan untuk masyarakat.

Jika dikatakan berjuang untuk keadilan rakyat, setakat ini, hanya perjuangan berteras 1 manusia sahaja. Siapa lagi kalau bukan Anwar Ibrahim.

Selamat Bangun dari mimpi bekas-bekas ahli PKR. Jangan terlelap semula dengan perjuangan yang hanya membawa ke jurang mimpi lebih ngeri dari sebelumnya

SELAMAT KEMBALI PELAJAR SABAH

Alhamdulillah. Pu3 terima maklumat bahawa 40 pelajar Sabah pertama yang dibawa kembali dari Mesir dengan tajaan kerajaan negeri Sabah akan tiba di KLIA pada 8.40 pagi 6hb Februari dan akan diterbang terus pulang ke Kota Kinabalu pada jam 3.30 petang.

Terima kasih YAB Datuk Seri Panglima Musa Aman atas usaha kuat membawa pulang pelajar-pelajar sabah ini. Pu3 akan kongsikan lagi maklumat seterusnya dengan penerbangan seterusnya.

NILAI PERSAHABATAN


Bagaimana perasaan rakan jika salah seorang dari ahli keluarga rakan dianaktirikan, disisihkan atau diabaikan? Bagaimana perasaan rakan jika rakan sendiri tidak diutamakan? Sudah pasti ada perasaan terkilan, marah dan mahu rasa mngamukpun mesti adakan.

Pu3 sengaja mencoret hal ini sebagai renungan diri Pu3 sendiri dann diabadikan untuk pengajaran buat rakan-rakan juga. Bukan dialami oleh Pu3 tetapi Pu3 letak mereka sebagai sahabat-sahabat yang perlukan dokongan serta sokongan. Situasi yang menakutkan, berharap dengan bantuan, senangkan yang lain memperolehi apa yang sepatutnya, tetapi boleh pula mereka-mereka ini diketepikan. Peringatan buat yang diamanahkan untuk berlaku adil. Jangan lupa anda bertanggungjawab di akhirat terhadap tindakan ini.

Perkongsian yang ingin Pu3 kongsikan. Ketika senang, selesa, sahabat atau orang yang berada di sekeliling kita akan sentiasa berada di sisi, bersama-sama. Kiuta tidak mampu menilai sifat sebenar mereka, kerana mereka mampu berlakon dengan begitu baik. Sifat tersembunyi akan terserlah apabila berada dalam saat-saat genting, mereka akan menjadi orang yang sangat tidak dikenali dan mungkin terdetik dalam diri kita, menyesali kenapa boleh mengenali mereka. Apapun, Pu3 mengharap, apa yang berlaku itu sebagai pengajaran dan pengalaman. Semoga sahabat-sahabat pu3 diberi kekuatan yang tinggi menghadapinya

Salam dan doa dari Pu3 buat sahabat yang mengalaminya. Kuatkan semangat menempuhi dugaan ini. Sayang dari Pu3

TERIMA KASIH YAB DTK SERI MUSA AMAN


Terkejut Pu3 apabila menerima mesej dari seorang pelajar di Mesir. Tak perlulah Pu3 ceritakan apakah mesej tersebut. Ianya bukan mesej melibatkan ancaman atau desas desus berlaku sesuatu yang buruk terhadap pelajar Sabah yang belajar di sana. Cuma ingin Pu3 katakan.. ia buat Pu3 terkilan sangat dengan sesuatu.. sebagai anak sabah, apa yang dialami sepatutnya tidak berlaku. Cukup Pu3 kata, sangat tidak adil! Pu3 rasakan hal ini perlu disampaikan kepengetahuan kepimpinan Sabah. Pu3 telah sebarkan mesej itu ke dalam group BBM UMNO/BN Sabah pu3 dan beberapa kepimpinan Sabah .


Alhamdulillah. Tindakan seorang pemimpin Sabah Ketua UMNO Bahagian Ranau, YB Datuk Masidi telah memberi respond yang cukup melegakan hati pu3 apabila bertindak mengemukakan hal tersebut kepada Ketua menteri Sabah. Bunyi mesej dari Datuk Masidi dalam kumpulan kami seperti berikut:


“TERBARU: Kerajaan Negeri (Sabah) sedang berusaha mendapatkan kapal terbang untuk sewa-khas bagi membawa keluar pelajar2 Sabah di Mesir untuk terus diterbangkan ke Kota Kinabalu. YAB KM baru sahaja meminta saya membantu menghubungi mana2 syrkt penerbangan utk mendapatkan pesawat. Doakan agar Allah melancarkan semua urusan”- Pu3 tak ubah langsung mesej ini. Walau pertukaran ejaan (mesej pelajar dan mesej Dtk Pu3 simpan sebagai bukti)


Mesej inilah juga pu3 panjangkan semula kepada adik pelajar mesir tersebut. Alhamdulillah, sememangnya maklumat itu melegakan perasaan pu3 dan adik tersebut. Pu3 berharap ibubapa pelajar sabah yang risaukan perkembangan anak-anak mereka, Insyallah kerajaan negeri Sabah sedang berusaha membawa kembali mereka.


Pu3 secara peribadi mengucapakn terima kasih tidak terhingga kepada YAB Datuk Seri Musa Aman, Ketua Menteri sabah merangkap Pengerusi perhubungan UMNO Sabah dan juga YB Datuk Masidi Manjun, Menteri Perlancongan Negeri Sabah merangkap Ketua UMNO Bahagian Ranau. Oh ya.. terima kasih abg Sh. Sahar Ketua Pemuda Kudat yang juga memberi galakan. Alhamdulillah.

NEGARA ISLAM? PEMIMPIN PAS BUKTIKAN MEREKA BOHONG


MP PAS YB Dr Dzulkefly Ahmad. Kuala Selangor menunjukkan ketidakpercayaannya dengan kemampuan PAS menubuhkan negara Islam di Malaysia. Ini apa cerita ni? Seorang pemegang Jawatankuasa tertinggi PAS Pusat pula tu? . Rakan-rakan boleh baca di Malaysia Today hari ini! http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0201&pub=Utusan_Malaysia&sc=Politik&pg=po_08.htm

Ponat jo pengikutnya menuduh UMNO tak memperjuangkan negara Islam. Tuduh macam-macam termasuklah UMNO tidak sokong untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Islam. Pu3 dah baca, pelbagai penjelasan mengapa terjadi n berlaku. Malahan PAS baru sahaja menyatakan apabila PR berkuasa akan membentuk Piagam Madinah bersama DAP.Tetapi hari ini, peliknya.. seorang kepimpinan tertinggi PAS berterus terang keraguannya terhadap kemampuan PAS untuk menjadikan Malaysia Negara Islam. Mana dah laungan nak jadikan Malaysia sebagai negara Islam. Kasihan pengikutnya yang telah TERTIPU!!!

Pada Pu3 sekarang apa jua perjuangan. APA YANG PENTING .. KERJASAMA...APA YANG PENTING.. KERJASAMA.. APA YANG PENTING CAKAP BETUL. APA YANG PENTING CAKAP BENAR ” – Lagu Wonder pets

BLOGGERS PAHANG DAILY MOHON MAAF!

BERANI KERANA BENAR! Terbukti! Kenyataan yang sebenar telah terserlah akhirnya. Selama ini blogger pakatan hanya tahu melakukan fitnah. Daily Pahang blogger PKR telah meminta maaf kepada Saiful Bukhari . Kalau sekadar menulis dan tunjukkan konon kenyatan ditulis adalah benar tetapi sebenarnya auta.. jangan sangka pemalsuan selama-lamanya akan tertutup. Kebenaran akan terkeluar juga.

Pu3 menanti pengakuan daily pahang ini tentang fitnahnya terhadap Pergerakan Puteri sebelum ini dengan menunjukkan gambar sebaliknya!

Apa yang Pu3 ketahui, bloggers ini adalah umpama wartawan ataupun journalis yang memegang amanah untuk menyebarkan maklumat yang benar dan tepat. Jika sebaliknya, ia telah tindakan yang sangat tidak beretika memalukan bloggers yang benar-benar lakukan menyebaran maklumat sebenar! Bloggers Pro kerajaan tidak pernah melakukan pemalsuan atau fitnah walaupun maklumat yg mereka perolehi akan menghentam kerajaan, mereka terpaksa akur

Pu3 mahu jadi penulis seperti bloggers yang menjalankan tanggungjawab sebenar. Walaupun menghadapi masalah line yang teruk akhir2 ini, Pu3 akan pastikan apa sahaja maklumat benar akan pu3 kongsikan pada rakan semua

Arious Amigos!

nik aziz As-siddiq DAP????

tidak payahlah nak menafikan lagi, inilah hakikat yang sememangnya berlaku , apa sahaja yang dilakukan oleh DAP walaupun ianya menjejaskan kesucian Masjid tersebut, Pok Nik dengan redhanya MEMBENARKAN. ataupun lebih indah disebut AS-SIDDIQ kepada perjuangan DAP yang sangat sinonim dengan dalam ingatan "langkah mayat aku untuk jadikan Malaysia negara Islam"

Pu3 katakan kenapa Pok Nik ni As-siddiq DAP, program menari, senam aerobik boleh dilakukan pula di perkarangan masjid, asalkan berpakaian menutup aurat. Bukan Islam boleh berkempen dan berceramah di dalam masjid. Boleh dimaafkan... inilah fatwa PAS sentiasa menghalalkan apa sahaja berkaitan dengan DAP. huhhuhuhuhuh......

BIAR BETUL DAP AKAN IKUT ARAHAN PAS??!!!!

“LANGKAH MAYAT AKU KALAU MAHU JADIKAN MALAYSIA NEGARA ISLAM” Karpal Singh- DAP
ada bloggers kata.. jangan mimpi

kata Pu3, angan2 pelamin tak naik tuuuuuuu

Pas mencanang kerjasama dengan DAP kerana mencontohi Perlembagaan Madinah. Sebelum Pu3 buat catatan ini, sengaja Pu3 postkan terlebih dahulu PIAGAM MADINAH ataupun dikenali sebagai PERLEMBAGAAN MADINAH yang dok dicanang-canangkan oleh PAS. Biar rakan-rakan faham sebenar-benarnya apakah dia perlembagaan Madinah sebelum Piagam ini difatwakan versi baru keluaran PAS.

PAS kata selepas berkuasa mereka mahu DAP ikut mereka. Biar betul ni? Setakat inipun Pu3 tak nampak langsung PAS menonjol dalam PR kecuali duduk kat atas semasa Konvensyen PR. Haji Awang Hadi langsung tidak dapat menyentuh hal Negara Islam. Macam mana nak janji DAP akan ikut permintaan PAS? Pok Nik? Dia sonyap jo kalau DAP hentam orang Islam, tapi untuk menghina, mencarut dan mencaci orang seagama Islam hanya beza parti.. dialah MASTER MIND nyer

PAS ada berani nak arahkan DAP? Heheheheheh....
“LANGKAH MAYAT AKU KALAU MAHU JADIKAN MALAYSIA NEGARA ISLAM” Karpal Singh- DAP

Pas mencanang kerjasama dengan DAP kerana mencontohi Perlembagaan Madinah. Sebelum Pu3 buat catatan ini, sengaja Pu3 postkan terlebih dahulu PIAGAM MADINAH ataupun dikenali sebagai PERLEMBAGAAN MADINAH yang dok dicanang-canangkan oleh PAS. Biar rakan-rakan faham sebenar-benarnya apakah dia perlembagaan Madinah sebelum Piagam ini difatwakan versi baru keluaran PAS.

Jika PR memerintah.. alahai PAS ada tempatker? PAS kata selepas berkuasa mereka mahu DAP ikut mereka. Biar betul ni? Setakat inipun Pu3 tak nampak langsung PAS menonjol dalam PR kecuali duduk kat atas semasa Konvensyen PR. Haji Awang Hadi langsung tidak dapat menyentuh hal Negara Islam. Macam mana nak janji DAP akan ikut permintaan PAS? Pok Nik? Dia sonyap jo kalau DAP hentam orang Islam, tapi untuk menghina, mencarut dan mencaci orang seagama Islam hanya beza parti.. dialah MASTER MIND nyer

PAS ada berani nak arahkan DAP? Heheheheheh....

sila baca ini juga http://mahaguru58.blogspot.com/.../karpal-singh-accepting-syariah-laws.html

PIAGAM MADINAH

Piagam Madinah telah digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622M bersamaan tahun pertama Hijrah, merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia.Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal.
• 23 fasal piagam tersebut membicarakan tentang hubungan antara umat Islam sesama umat Islam iaitu antara Ansar dan Muhajirin.
• 24 fasal yang berbaki membicarakan tentang hubungan umat Islam dengan umat bukan Islam iaitu Yahudi.
Selain Piagam Madinah, ia juga dikenali dengan pelbagai nama seperti Perjanjian Madinah, Dustar al-Madinah dan juga Sahifah al-Madinah. Selain itu Piagam Madinah juga boleh dikaitkan dengan Perlembagaan Madinah kerana kandungannya membentuk peraturan-peraturan yang berasaskan Syariat Islam bagi membentuk sebuah negara (Daulah Islamiyah) yang menempatkan penduduk yang berbilang bangsa atau kaum.
Perangkaan Piagam Madinah
Rasulullah s.a.w. dalam merangka piagam Madinah, beliau telah mengikut bimbingan wahyu dan berdasarkan norma-norma masyarakat Madinah ketika itu. Terdapat tiga langkah yang diambil oleh Rasulullah dalam membentuk piagam Madinah.
Langkah pertama
Dilakukan oleh Rasulullah dengan mendirikan sebuah masjid sebagai tempat orang Islam beribadat dan tempat Rasulullah menyampaikan ajaran Islam serta tempat pentadbiran Rasulullah.
Langkah kedua
Mengikat tali persaudaraan antara kaun Ansar dan Muhajirin, bagi mewujudkan persefahaman dan untuk membantu kaum Muhajirin memulakan hidup baru dengan pertolongan kaum Ansar.
Langkah ketiga
Mengadakan perjanjian dengan orang Yahudi supaya sama-sama mempertahankan Madinah dari ancaman luar.
Berdasarkan langkah-langkah tersebut maka lahirlah satu perjanjian yang dikenali sebagai piagam Madinah. Perkara utama yang terkandung dalam Piagam Madinah adalah:
• Nabi Muhammad s.a.w. adalah ketua negara untuk semua penduduk Madinah dan segala pertelingkaran hendaklah merujuk kepada baginda.
• Semua penduduk Madinah ditegah bermusuhan atau menanam hasad dengki sesama sendiri, sebaliknya mereka hendaklah bersatu dalam satu bangsa iaitu bangsa Madinah.
• Semua penduduk Madinah bebas mengamal adat istiadat upacara keagamaan masing-masing.
• Semua penduduk Madinah hendaklah bekerjasama dalam masalah ekonomi dan mempertahankan Kota Madinah dari serangan oleh musuh-musuh dari luar Madinah.
• Keselamatan orang Yahudi adalah terjamin selagi mereka taat kepada perjanjian yang tercatat dalam piagam tersebut,
Tujuan Piagam Madinah
• Menghadapi masyarakat majmuk Madinah
• Membentuk peraturan yang dipatuhi bersama semua penduduk.
• Ingin menyatukan masyarakat pelbagai kaum
• Mewujudkan perdamaian dan melenyapkan permusuhan
• Mewujudkan keamanan di Madinah
• Menentukan hak-hak dan kewajipan Nabi Muhammad dan penduduk setempat.
• Memberikan garis panduan pemulihan kehidupan kaum Muhajirin
• Membentuk Kesatuan Politik dalam mempertahankan Madinah
• Merangka persefahaman dengan penduduk bukan Islam, terutama Yahudi.
• Memberi peruntukan pampasan kepada kaum Muhajirin yang kehilangan harta benda dan keluarga di Mekah.
Prinsip Piagam Madinah
• Al-Quran dan Sunnah adalah sumber hukum negara.
• Kesatuan Ummah dan Kedaulatan Negara
• Kebebasan bergerak dan tinggal di Madinah
• Hak dan tanggungjawab dari segi ketahanan dan mempertahankan negara
• Dasar hubungan baik dan saling bantu-membantu antara semua warganegara
• Tanggungjawab individu dan negara pemerintah dalam menegakkan keadilan sosial.
• Beberapa undang-undang keselamatan seperti hukuman Qisas dan sebagainya telah dicatatkan
• Kebebasan beragama
• Tanggungjawab negara terhadap orang bukan Islam
• Kewajipan semua pihak terhadap perdamaian.
Kandungan Piagam Madinah
• Fasal 1
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Penyayang : Inilah kitab (Piagam Bertulis) dari Nabi Muhammad, pesuruh Allah bagi orang-orang yang beriman dan orang-orang yang memeluk Islam dari Quraisy dengan penduduk Yathrib dan orang-orang yang bersama mereka lalu masuk ke dalam golongan mereka dan berjuang bersama-sama mereka.
• Fasal 2
Bahawa mereka adalah satu umat (bangsa) berbeza dari manusia-manusia lain.
• Fasal 3
Golongan Muhajirin dari Quraisy tetaplah di atas pegangan lama mereka : mereka saling tanggung-menanggung membayar dan menerima diyat (wang tebusan) di antara sesama mereka dalam mana mereka menebus sesiapa yang tertawan dengan cara berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang beriman.
• Fasal 4
Bani Auf (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka dalam mana mereka bersama-sama tanggung-menanggung membayar serta menerima wang tebusan seperti dulu; dan setiap taifah (golongan) tetaplah menebus sesiapa yang tertawan dari kalangan mereka sendiri dengan cara berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.
• Fasal 5
Bani al-Harith (dari Yathrib – Madinah) bin al-Khazraj tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dulu, dan tia-tiap puak dari (Suku Khazraj) hendaklah membayar wang tebusandarah mereka sendiri dengan adil dan berkebajikan di kalangan orang-orang yang beriman.
• Fasal 6
Bani Saidah (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.
• Fasal 7
Bani Jusyam (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.
• Fasal 8
Banu al-Najjar (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.
• Fasal 9
Bani Amru bin Auf tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.
• Fasal 10
Bani al-Nabiet (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.
• Fasal 11
Bani Aus (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.
• Fasal 12
Bahawa orang-orang yang beriman tidaklah boleh membiarkan sebarang masalah di antara mereka sendiri bahkan mestilah sama-sama bertanggungjawab memberi sumbangan, dengan berkebajikan untuk menbayar wang tebusan darah dengan adil.

o Fasal 12-b
Hendaklah seseorang yang beriman itu tidak membuat apa-apa perjanjian dengan orang yang di bawah kawalan seseorang yang beriman yang lain dengan tidak mendapat persetujuan terlebih dahulu.
• Fasal 13
Bahawa orang-orang beriman lagi bertaqwa hendaklah menentang sesiapa yang membuat kesalahan, melanggar kesusilaan, melakukan kezaliman atau dosa atau perseteruan atau kerosakan di kalangan orang-orang beriman, dan mereka hendaklah bersatu bersama-sama menentang orang tersebut walaupun jika orang itu anak kepada salah seorang dari mereka.
• Fasal 14
Tidak sayugianya seseorang mukmin itu membunuh seorang mukmin lain kerana seorang kafir, tidak sayugianya ia menolong mana-mana kafir terhadap seseorang mukmin.
• Fasal 15
Bahawa jaminan Allah itu adalah satu dan sama; ia melindungi nasib orang yang lemah dari perbuatan mereka; dan bahawa orang-orang Mukmin hendaklah salinh menjamin sesama sendiri terhadap (gangguan) orang lain.
• Fasal 16
Bahawa orang-orang Yahudi yang menyertai kita hendaklah mendapatkan pertolongan dan pimpinan dengan tidak menzalimi dan tidak boleh ada pakatan tidak baik terhadap mereka.
• Fasal 17
Bahawa perdamaian orang-orang mukmin itu adalah satu dan sama, oleh itu tidak boleh dibuat perjanjian dengan mana-mana orang mukmin tanpa diturut serta oleh mukmin yang lain dalam sesuatu perang pada jalan Allah, melainkan dengan dasar persamaan dan keadilan di kalangan mereka.
• Fasal 18
Bahawa setiap serangan kita hendaklah dikira sebagai serangan terhadap semua, oleh itu hendaklah disilihgantikan tenaga menentangnya.
• Fasal 19
Bahawa orang mukmin hendaklah saling membela sesama mereka atas setiap darah yang tumpah pada jalan Allah.
• Fasal 20
Bahawa orang-orang mukmin lagi bertaqwa hendaklah teguh di atas sebaik-baik petunjuk dan seteguh-teguhnya.

o Fasal 20-b
Nahawa tidak boleh mana-mana orang musyrik melindungi harta orang-orang Quraisy dan tidak juga nyawa mereka dan tidak boleh menghalang orang mukmin (akan haknya)
• Fasal 21
Barangsiapa membunuh dengan sewenang-wenangnya akan seorang mukmin dengan tidak ada bukti yang cukup hendaklah dihukum bunuh balas kecuali dipersetuji oleh wali yang kena bunuh menerima ganti darah. Semua orang mukmin hendaklah bersatu suara mengutuk perbuatan itu, bahkan tidak harus bagi mereka menegakkan terhadapnya.
• Fasal 22
Bahawa tidak harus bagi mana-mana orang mukmin yang mengakui isi kandungan Piagam ini, dan percaya Allah dan Hari Kemudian, menolong mana-mana orang yang mencabul ataupun melindungi orang itu. Barangsiapa menolong orang itu maka keatasnya laknat Allah dan kemurkaanNya pada hari Kiamat kelak, dan tidak akan diterima darinya sebarang tebusan dan tidak juga sebarang taubat.
• Fasal 23
Berbalah walau bagaimanapun kamu dalam sesuatu perkara hendaklah merujukkan perkara itu kepada Allah dan Nabi Muhammad.
• Fasal 24
Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah turut serta membelanja sama-sama dengan orang-orang mukmin selama mana mereka itu berperang
• Fasal 25
Bahawa kaum Yahudi dari Bani Auf adalah satu ummah bersama orang-orang mukmin, mereka bebas dengan agama mereka sendiri (Yahudi) dan orang Islam dengan agama mereka (Islam), begitu juga orang-orang yang sekutu mereka dan begitu juga diri mereka sendiri, melainkan sesiapa yang zalim dan berbuat dosa maka hal itu tidak akan menimpa melainkan dirinya dan keluarganya sendiri
• Fasal 26
Yahudi Bani al-Najjar (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.
• Fasal 27
Yahudi Bani al-Harith (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.
• Fasal 28
Yahudi Bani al-Saidah (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.
• Fasal 29
Yahudi Bani Jusyaim (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.
• Fasal 30
Yahudi Bani al-Aus (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.
• Fasal 31
Yahudi Bani Tha’alabah (diperlakukan sama dengan Yahudi Bani Auf, kecuali orang-orang zalim dan orang yang berbuat dosa maka hal itu tidak akan menimpa melainkan diri dan keluarganya sendiri.
• Fasal 32
Bahawa suku Jafnah yang bertalian keturunan dengan Yahudi Tha’alabah (diperlakukan) sama dengan mereka itu (Bani Tha’alabah)
• Fasal 33
Bani Shutaibah (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf, dan sikap yang baik hendaklah membendung segala kejahatan.
• Fasal 34
Bahawa orang-orang yang bersekutu dengan Yahudi Bani Tha’alabah (diperlakukan) sama dengan mereka itu.
• Fasal 35
Bahawa para pegawai kepada orang-orang Yahudi (diperlakukan) sama dengan orang-orang Yahudi itu sendiri.
• Fasal 36
Tiada seorang pun yang menyertai Piagam ini boleh menarik diri keluar dari pakatan mereka melainkan dengan persetujuan dari (Nabi) Muhammad.

o Fasal 36-b
Tidak boleh disekat dari membuat kelukaan yang dilakukan oleh mana-mana orang ke atas dirinya, barang siapa membuat kejahatan maka balasannya adalah dirinya dan keluarganya kecuali orang yang dizalimi dan bahawa Allah akan melindungi orang yang menghormati piagam ini.
• Fasal 37
Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah menbiayai negara seperti mana orang-orang mukmin juga hendaklah membiayai negara; dan hendaklah mereka sama0sama tolong-menolong menentang sesiapa jua yang memerangi orang-orang yang menganggotai Piagam ini; dan hendaklah mereka saling nasihat-menasihati, sama-sama membuat kebajikan terhadap perbuatan dosa.

o Fasal 37-b
Mana-mana orang tidaklah boleh dianggap bersalah kerana kesalahan yang dilakukan oleh sekutunya; dan pertolongan hendaklah diberi kepada orang yang dizalimi.
• Fasal 38
Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah memikul biayaan bersama-sama orang mukmin selama mana mereka berada dalam keadaan perang
• Fasal 39
Bahawa Kota Yathrib adalah terpelihara sempadannya tidak boleh dicerobohi oleh mana-mana pihak yang menganggotai piagam ini
• Fasal 40
Bahawa jiran tetangga hendaklah diperlaku sebagai diri sendiri, tidak boleh dilakukan terhadapnya sebarang bahaya dan dosa.
• Fasal 41
Tidak boleh dihampiri sebarang kehormatan (wanita) melainkan dengan izin keluarganya sendiri.
• Fasal 42
Bahawa apa juga kemungkaran (bunuh) atau apa juga pertengkaran di antara sesama peserta piagam ini sekira-kira dikhuatiri membawa bencana maka hendaklah dirujukkan kepada hukum Allah dan kepada penyelesaian oleh Muhammad pesuruh Allah, Allah menyaksikan kebaikan isi kandungan piagam ini dan merestuinya
• Fasal 43
Bahawa tidaklah boleh diberi bantuan perlindungan kepada Quraisy (musuh), begitu juga tidak boleh diberi perlindungan kepada orang-orang yang membantunya.
• Fasal 44
Bahawa hendaklah bantu-membantu mempertahankan kota Yathrib daripada mana-mana pihak yang mencerobohnya.
• Fasal 45
Apabila mereka diajak untuk berdamai atau untuk masuk campur dalam satu-satu perdamaian maka hendaklah mereka bersedia berdamai atau masuk campur ke dalam perdamaian itu; dan bila mana mereka diajak berbuat demikian maka orang-orang mukmin hendaklah merestuinya kecuali terhadap orang-orang yang memerangi agama (Islam).
• Fasal 46
Bahawa orang-orang Yahudi Aus sendiri dan begitu juga orang-orang yang bersekutu dengan mereka hendaklah memikul kewajipan sama seperti mana pihak-pihak yang lain yang menganggotai ini demi kebaikan mereka semata-mata (perdamaian) dari anggota-anggota piagam ini. Dan mereka hendaklah berbuat kebajikan dengan tidak melakukan dosa kerana barang siapa yang berbuat sesuatu maka dialah yang menanggungnya sendiri. Dan Allah menyaksi akan kebenaran isi kandungan Piagam ini dan merestuinya.
• Fasal 47
Bahawa piagam ini tidak boleh dipakai bagi melindungi orang-orang zalim dan yang bersalah; dan bahawa –mulai dari saat ini barang siapa berpergiaan dari kota Madinah atau menetap di dalamnya adalah terjamin keselamatannya kecuali orang-orang yang zalim atau bersalah. Dan bahawa Allah merestui setiap orang yang membuat kebajikan dan bertakwa dan bahawa Muhammad hendaklah diakui Pesuruh Allah

MUSUH DAN KAWAN


Berperang ini tidak semestinya kita berdepan dengan musuh sebenarnya jelas dan nyata ia adalah musuh kita. Berperang ada waktunya kita berdepan dengan musuh yang juga kawan kita sendiri. Apapun tindakan yang kita terima atau hadapi, kita harus kuat dan terus tabah menghadapinya.

Tidak semua apa yang kita lakukan akan diterima dengan baik oleh orang lain, walaupun apa yang kita lakukan itu kebaikan. Tidak semua boleh menerima kemajuan yang kita tonjolkan akan diterima oleh yang lain. Satu je ayat yang buat Pu3 rasa lega dan mungkin sentiasa beringat, nasihat dari seorang sahabat “Jangan terlalu percayakan orang, walaupun orang tersebut berada di sisi. Luka akibat orang di sisi lebih mendalam berbanding musuh yang nyata”

Ada 2 sahaja tindak balas terhadap apa yang telah kita lakukan apabila dalam 1 kumpulan. Tindak balas postif dan tindak balas negatif. Perkataan pu3 akan guna “SABAR” fuhhhhhhhh

Alalalalala..!!!!! Nik Aziz sokong demontrasi!???


Apa sudah jadi ni?! Ibubapa dok risau dengan keselamatan bakal doktor Malaysia yang diambang maut , faktor keselamatan sangat meruncing. Kerajaan Malaysia berusaha untuk menyelamatkan pelajar Malaysia di mesir. Pejuang Wahabi ini pula mengaitkan solat sebagai demontrasi!!!! Solat 5 waktu adalah demontrasi. Ucapan nik aziz yang berjaya disimpan rakaman videonya oleh rakan. Sila lawat di www.pejuang-maya.com. Pssssssttttt.... demontrasi jalanan yang merosakkan kemudahan awam itu kira macam mana pahalanya ya?


Eh solat itu demontrasiker? Solat itu demontrasi? Baru Pu3 tahu ni, yang Pu3 tahu je Solat Tiang Agama. Tanpa solat Itu maka runtuhnya Agama Islam. Pok Nik kata pula Solat itu demontrasi ! itu pasal jugalah pengokong PAS suka bebenor buat demontrasi terguling2 di jalan sebab mengejar pahala demontrasi. Nak kejar pahala banyak... heret lagi anak-anak yang belum baligh untuk menikmati pahala !!!! sonangnya dapat pahala mazhab PAS ni.. hmmmmm....

sila baca apa itu solat di http://ms.wikipedia.org/wiki/Solat.. nak faham maksud demontrasi baca ini http://id.wikipedia.org/wiki/Unjuk_rasa