BERANI YANG BAGAIMANA

Puteri UMNO Sabah Puteri Seri Kandi

Terlalu lama menyepikan diri, senyap 3 bulan dari melakukan catatan sememangnya perbuatan yang tidak boleh dimaafkan. Tetapi ia terpaksa diakui, ruang masa terlalu padat sehingga kembali ke rumah, tenaga kudrat tidak mampu untuk melakukan aktiviti berkongsi cerita.

Pertama Salam Kemerdekaan ke-53. 1 Malaysia Menjaga Transformasi. Baru sehari berlalu sambutan ini berlangsung dengan penuh kesederhanaan. 15 hari lagi Negara kita menyambut Hari Malaysia. Hari terbentuknya negara Malaysia dengan penyertaan Sabah dan Sarawak.



Siapa Namewee, gempar 1 negara menceritakan individu yang langsung tidak menghargai negaranya sendiri, memperolokkan dan mempersendakan negaranya sendiri. Menghina kehormatan negaranya sendiri melalui video klipnya berbaut perkauman dengan merujuk kepada kes seorang guru yang dikatakan membuat kenyataan berbaur perkauman, mencerca guru berkenaan serta menyebut Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai kurang ajar pada 12 ogos yang lalu. Tindakannya ini yang benar-benar menunjukkan betapa dia TIDAK LAYAK menikmati apa-apa kehidupan di negara ini. Ini bukan tindakannya yang pertama, tahun 2006 manusia ini juga pernah melakukan perkara sama dengan menghina lagu kebangsaan dan mempersendakan kerajaan melalui video klipnya. Dulu boleh dikatakan dia belum matang.. takkan ini juga masih belum matang atau memang tidak akan sedar-sedar kecuali dikenakan hukuman .

Comments

Popular Posts