salam perjuangan

Siapa menjangka perjuangan dalam pelbagai bentuk yang sukar untuk kita jelaskan hanya memerlukan apa yang kita aplikasikan. manakala orang lain pula, melihat serta memberi tindak balas samada menolak atau menerima apa yang sedang kita laksanakan. Apapun juga perjuangan itu, segalanya bergantung dengan niat, matlamat, visi dan misi dalam merangka konsep perjuangan kita itu.

Demikian juga dalam menjalankan misi menarik perhatian orang lain, saya mengajak rakan-rakan untuk mengenali apakah perjuangan yang sedang ingin saya katakan sebentar lagi. Saya ingin rakan-rakan menilai semula apakah perjuangan orang lain sama aliran dengan apa yang kita perjuangkan. Mungkin perjuangan yang sama tetapi berbeza rentaknya? ataupun sama perjuangan tetapi laluan jalan yang diambil adalah berbeza? Segalanya hanya mampu dijawab oleh setiap individu yang ingin melangkah misi perjuangan mereka. Bosankah? Tapi itulah hakikatnya.

Baru-baru ini, kita disajikan satu kenyataan bahawa perjuangan haruslah berlandaskan keikhlasan kita terhadap apa yang hendak kita perjuangkan. Keikhlasan yang bagaimana ya? sejauhmana keihklasan kita terhadap apa yang sedang kita perjuangkan. Sejauhmana kita mengenali konsep perjuangan kita? Perjuangan kita dalam bentuk yang bagaimana? semuanya juga bergantung kepada apa yang kita impikan.

apabila menyentuh memburu impian, saya ingin menjelaskan apakah impian saya dalam misi perjuangan saya ini. Saya dampakan perjuangan untuk membangunkan bangsa saya, saya inginkan semua saling menghormati antara satu sama lain. saya inginkan perjuangan hanya dalam satu perkara, memperkasakan perjuangan parti kita. perjuangan untuk memastikan kemerdekaan negara kita agar tidak berlaku kemusnahan, kerosakan, seperti mana yang sedang kita lihat di dunia luar sana. Mungkin ini impian yang semua kanak-kanak lihat pada imaginasinya, hanya seperti impian seorang kanak-kanak perempuan yang melihat sang putera datang menyelamatkan dirinya dengan menunggang seekor kuda putih. tetapi pada saya, tidak salah kita meletakkan harapan pada impian yang sederhana ini kepada perjuangan impian yang hakikat dan realiti. pada saya hakikat ini adalah perjuangan yang suci.

saya tidak mampu menjanjikan perjuangan berbentuk kebendaan ataupun meterial kerana saya adalah individu yang berada dalam lingkungan golongan sederhana. saya bukanlah seorang yang memiliki pemikiran yang maha bijaksana tetapi saya masih mampu membuahkan pemikiran secara waras dan logiknya dalam membuat keputusan sendiri. saya memiliki mata yang berfungsi untuk melihat, disalurkan kepada otak untuk mempertimbangkan semasaknya untuk tindakan anggota badan. Semua ini tidak memerlukan individu lain menggerakkan anggota badan saya untuk melakukan tindakan. Apa yang ingin saya perjuangkan adalah mengangkat martabat kita golongan wanita muda untuk dipandang , sehargai serta direstui oleh semua lapisan. Biar kita sama seiring, sama rata ketinggian ketika duduk atau berdiri. Biar kita senada dalam melagukan nada semangat bangsa. itu lah perjuangan saya.

Aambil masa dan renungkan apa yang telah saya katakan ini.

Salam perjuangan kepada rakan-rakanku.

Comments

Popular Posts