Ketuanan Melayu menjadi isu semula
''Apa pun dasar yang dibuat oleh kerajaan yang memihak kepada orang Melayu asalnya daripada sejarah itu dan bukan kerana ketuanan Melayu.
''Oleh kerana asal usul rakyat negara ini adalah orang Melayu dan mereka juga merupakan kaum majoriti maka tentulah dasar-dasar kerajaan memberi kelebihan kepada orang Melayu,''Mohamed Khaled yang juga Menteri Pengajian Tinggi seterusnya mengingatkan pelbagai pihak supaya jangan mencabar ketuanan Melayu hanya kerana melihat orang Melayu seolah-olah berpecah.
''Jangan kerana orang Melayu nampak berpecah disebabkan politik ada pihak sengaja hendak menyerang konsep ketuanan Melayu dan Melayu sebagai kaum induk.
''Jangan salah tafsir dan salah perkiraan dalam perkara ini. Kelemahan dalam parti sendiri hendak dihalakan pula kepada parti orang Melayu,''
Jangan ingat orang Melayu senyap selama ini bermakna tidak berperasaan. Kita tidak mahu berpeluk tubuh lagi dan kini mahu bangkit menegakkan hak yang tidak perlu dipertikaikan sesiapa. ''Orang Melayu perlu sedar selama ini kita telah banyak tercabar. Kita tidak pernah mempertikaikan mereka dan malah menghormati hak antara kaum yang termaktub di dalam Perlembagaan,"
orang Melayu sendiri sudah lama bersabar namun sikap itu bukan bermaksud kaum terbesar di negara ini boleh diperlekehkan dengan sesuka hati.
Beliau turut melahirkan rasa hairan mengapa masih ada pertikaian terhadap orang Melayu yang jelas masih di belakang dari pelbagai sudut berbanding kaum lain.
''Kita tidak tahu mengapa isu ketuanan Melayu masih ditimbulkan sedangkan mereka tahu pencapaian orang Melayu masih lagi di belakang.
''Selama ini kita juga telah bersetuju dengan hak kaum yang telah termaktub. Jangan membanding atau menyamakan hak antara kaum yang telah sedia ada selama ini,"- Datuk Seri Syed Hamid Albar
Saya tak akan mengulas kenapa dia lakukan situasi seperti ini kerana jawapan ada padanya. Hanya beliau sendiri yang boleh memberi huraian teliti dan lengkap mengapa mengeluarkan kenyataan ini. Secara peribadi, saya lebih bimbangkan kepada kepimpinan kita masa sekarang. Pilihan mana yang harus kita pilih, cabaran yang dijual, adakah kita membeli semula cabaran ini? Inilah situasi umpama menarik rambut di dalam tepung, rambut yang ditarik tidak putus . tepung tidak berselerak? bolehkah? atau perlu melakukan pengorbanan untuk menyelesaikan situasi ini.
Sedihnya, selepas PRU-12, ramai juga menjadi PELATAH? Yag membangkang semakin kuat sahamnya, tetapi yang memegang saham besar pula buat hal menyusutkan nilai saham yang masih besar ini.
Wahai rakan-rakan , jangan mudah melatah kerana kita dihadiahkan keistimewaan akal fikiran. Kita dibekalkan otak untuk mendapatkan fakta. Kali ini, apa juga yang bakal kita nyatakan haruslah dalam bentuk kewarasan aras tinggi bersama ketepuan fakta pengukuh agar tidak mampu dipertikaikan. Renung-renungkanlah.
Comments
Post a Comment