MULUT & MINDA
Minggu ini, banyak perkara yang menjadi renungan berharga.. banyak juga penilaian yang sebelum ini tidak terfikir untuk diungkaikan menjadi kata-kata dan akhirnya terluah.
patutkah seorang kakitangan kerajaan yang bergaji lumayan mengutuk kerajaan?
Patutkah seorang yang berpendidikan tetapi tidak mengawal mulutnya dari mengaibkan orang lain?
perlukah melihat orang lain sebagai orang bodoh?
inilah keadaan yang berlaku, selalunya yang ingin mengutuk seseorang atau sesebuah organisasi adalah dari kalangan individu yang menerima pendapatan mereka dari yang berkaitan. Setakat ini, melihat situasi individu yang memegang status sebagai keluarga kerajaan tetapi dalam masa yang sama memburukkan serta menjadi pelipur lara kepada masyarakat luar yang tidak tahu atau jelas dengan keadaan sebenar memburukkan kerajaan. Jika yang mengutukini individu yang berdiri sendiri ngan pendapatan usaha sendiri, mungkin boleh diterima ini setiap bulan menerima bayaran gaji besar tetapi sentiasa tidak berpuas hati asyik inginkan lebih dan berhasrat diri inilah yang paling mulia dan terbaik
tak pedulilah jika kata2 ini umpama meletakkan minyak diesel dalam api yang sudah menyala asalkan ia adalah yang sebenar. Saya paling bencikan manusia yang tidak pernah menghargai apa yang diperolehinya melebihi dari apa yang saya perolehi. Saya paling bencikan orang yang tidak sayangkan mulut, mengutuk kerajaan dengan dalam apa2 program sedangkan dia sendiri sebagai anggota kerajaan tidak berusaha sama untuk sampaikan maklumat kepada masyarakat, tetapi mencanangkan betapa teruknya kerajaan. Saya bencikan orang yang lebih bermulut dari menggunakan mindanya.
Kita rakyat Malaysia seharusnya berbangga dengan negara kita. Apa yang dilakukan oleh kerajaan adalah terbaik untuk kita bangsa Malaysia. Seharusnya kita jangan menilai hanya kelemahn yang ada, mereka yang melaksanakannya juga manusia yang kerdil, seperti kita. Mengapa kita tidak membantu mereka untuk melaksanakan tanggungjawab dan kelancaran pembelaan negara, mengapa harus kita merumitkan serta menghalang kelancaran pengurusan? renungkan kata ini. Mana yang lebih baik, MULUT atau MINDA
Comments
Post a Comment