Demam? mungkin juga wabaknya semakin terasa dalam suasana menanti saat penuh cabaran dan tekanan ini. Masing-masing pihak berusaha mempertahankan prinsip masing-masing. Melihat sudah pasti terasa sakitnya , apa lagi yang mengalami, lagi hebat tamparannya.


perjuangan... mempertahankan... prinsip... matlamat.. visi serta misi... berakhir kejayaan.. semua mengimpikan penghasilan yang serupa. Cuma langkah yang digunkan sahaja yang meletakkan mudah ataupun rumit untuk mencapainya ataupun tidak mencapainya.



memandang situasi ini, memang menyentuh naluri sebagai individu yang mengharapkan perjuangan yang ditempuh berjaya. tetapi dalam mempelajari erti perjuangan... satu pengalaman yang tidak seindah seperti yang diharapkan. pandangan pucuk hijau ini melihat bahawa dahan yang lama dan gagah tidak semestinya kukuh, ada yang telah reput di dalamnya. Ertinya, tidak semua manusia yang telah lama berjuang boleh dijadikan penaung kepada kita untuk mempelajarinya. Adakalanya mereka yang dikatakan hidup lama dalam satu-satu perjuangan umpamakan tin kosong yang digendang, besar bunyinya. Gah melaungkan dirinya tidak perlu diajar melainkan mengajar tetapi hakikatnya dibandingkan diri kita yang masih baru lebih jauh pengetahuan yang melebihi pengalamannya selama ini. Malangnya, manusia jenis ini, bukan jenis yang boleh menerima teguran, tersandung kita dibuatnya menangani latahnya yang tak pernah berhenti walau hanya sekali kita mengusiknya.
Sikap manusia, bukanlah suatu yang mudah untuk diubah. Ia memerlukan masa yang terlalu lama untuk mengubahnya. Ataupun langsung tidak mampu mengubahnya!
Renungan : Kita perlu jalankan sahaja tanggungjawab kita selagi kita berada dalam landasan yang benar. Jangan jadikan manusia yang EGO ini menghalang hasrat untuk mencapai kejayaan. Umpamakan mereka ini sekadar perisa yang tidak menjejaskan aroma sebenar. Suatu saat, mereka sedar siapa diri mereka.

Comments

Popular Posts