SELAMAT DATANG
Saya mengalu-alukan untuk rakan-rakan berkongsi pandangan berkenaan tentang kehidupan yang sedang kita jalani . Apa sahaja tidak kiralah menyedihkan , menggembirakan ,melucukan , menggeramkan dan mengejutkan , mungkinkan juga menakutkan .
Cadangan atau idea dari rakan-rakan akan menambahkan lagi kemeriahan serta keceriaan blog ini . Sumbangan tidaklah semestinya berbentuk rencana , rakan-rakan juga boleh sumbangkan dalam bentuk puisi , mungkin penceritaan apa sahaja .
Saya tidaklah mengharapkan ruangan perkongsiaan ini seperti channel @15 pula tetapi tidak salah untuk kita menghidupkannya bukan ? asalkan masih berada dalam landasan yang positif . Mungkin juga rakan-rakan mempunyai masalah yang ingin diringankan beban dalam fikiran . Mana tahu ada rakan-rakan lain mempunyai penyelesaiannya juga.
Apa sahaja , saya sedia menerima perkongsian anda.
salam perkenalan dari saya
Assalamualikum dgmaimunah..
ReplyDeleteingin saya berkongsi Mutiara Kata dari manusia yang disegani/glamour kat dunia nie kat dlm blog dgmaimunah:-
Abdullah Al-Mubarak
"Empat Individu yang dikenali dengan empat:
i.Pengarang kerana karangannya
ii.Orang alim kerana jawabnya
iii.Orang bijaksana kerana perbuatannya.
iv. Orang tabah kerana kesanggupannya bertahan."
At-Tarmizi
"Waktu yang dinanti akan terasa lama apabila kita berasa cemas. Waktu yang telah dilalui pula terasa cepat rasanya jika dibandingkan dengan segala yang dihadapi. Lambat dan cepat ketika hidup didunia ini adalah nisbi sifatnya. Cepat habis rasanya sesuatu yang kita sayangi dan lambat rasanya sesuatu yang membuatkan kita gelisah"
buat masa nie.. tu je dulu.. lain kali akan saya antar dlm blog nie lagi..
wassalam