ADA MOTIF YANG TERSENBUNYI DISEBALIK ANWAR MENDAKWA PINJAMAN BANK DUNIA.?

Ada motif yang tersembunyi disebalik Anwar Ibrahim mendakwa Malaysia meminjam duit Bank Dunia. Anwar sebenarnya adalah alat Bank Dunia-IMF. Seperti yang diakui oleh portal Malaysiakini, tujuan utama Anwar Ibrahim membangkitkan isu pinjaman dana Bank Dunia adalah semata-mata untuk membuang gelaran 'Agen AS' yang kini sudah sebati denga imej Ketua Umum PKR itu.

Dalam usaha membuang gelaran 'agen AS' terhadapnya, Anwar berkata, pada tahun 1993, beliau juga pernah menulis kepada Bank Dunia atas kapasitinya sebagai Menteri Kewangan ketika itu untuk menolak bantuan kewangan (ini hanya dakwaannya sahaja). Katanya, walaupun beliau mempengurusi jawatankuasa pembangunan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia, beliau berpendapat Malaysia tidak memerlukan dana itu (ini juga dakwaannya sahaja) tetapi apa yang tersembunyi disebalik dan tujuannya, perlu diketahui oleh umum.

FAKTA TERSEMBUNYI:
Ada beberapa fakta tersembunyi disebalik laporan portal tersebut yang sehingga kini masih menimbulkan tanda-tanda. Pertama, kenapa portal itu membuat dakwaan bahawa Anwar membangkitkan isu pinjaman bank dunia bertujuan untuk membuang lebel 'agen AS' Apa kaitan Bank Dunia dengan 'agen AS' ?

Kedua, sejauhmana kebenaran dakwaan Anwar yang mendakwa beliau ketika memegang jawatan Menteri Kewangan pada tahun 1993 telah menulis surat kepada Bank Dunia menolak bantuan ? secara terperinci bagi segala fakta disini--> http://www.anwaraidc.com/?p=20216
- mohd nor fb
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular Posts