PPBM- PARTI PECAH BELAH & BERMASALAH

 Ini yang kena tulis dan LADY kongsi je.. tp kalau tengok macam betul pula. Sila baca dalam keadaan tenang dan waras. Jangan meroyan 


PPBM – Parti Pecah Belah & berMasalah

Jika ada ahli PPBM mendabik dada kononnya mereka mahu selamatkan negara dan menyuruh anda menyokong mereka , anggaplah sebenarnya mereka ini tidak hidup di alam nyata. 

Akibat terlalu lama hidup dalam alam fantasi dan terlalu taksub, mereka terlupa bahawa mereka sebagai ahli PPBM adalah mewakili parti yang paling kecil sahaja. Tiada sambutan dan juga parti paling bermasalah. 

Hari ini 43 kali Jumaat, PPBM ditubuhkan. Syed Saddiq semalam buat satu lagi "diversion" dengan membuat gesaan menghalau keluar mana mana ahli parti bunga yang didakwanya pengkhianat. 

Selepas buat tindakan serang Datin Seri Rosmah kerana mahu tutup malu dimarah oleh Tun Daim, Syed Saddiq sekali lagi mahu menutup malu kerana gagal memimpin Armada PPBM dengan baik.

21 Jun 2017, Mohamad Taufik Abas, Exco Armada PPBM membuat laporan SPRM melibatkan tender pengilangan, pembekalan dan penghantaran kabel fiber optik antara syarikat Opcom Sdn Bhd yang dimiliki oleh Mukhriz Mahathir dan Telekom Malaysia Berhad (Telekom) pada 2003 ketika Mahathir merupakan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Taufik Abas mendakwa projek bernilai RM214.2 juta itu diperoleh secara terus oleh Opcom daripada Telekom. Bagaimana boleh terjadi begini? Ini yang ditanya oleh Muhammad Hafiz, Exco Armada PPBM 10 hari yang lalu. Meminta Mahathir menjawab kekayaan luar biasa anak anaknya. 

Mahathir tidak menjawab. Patutlah cucu Mahathir beraya di London tahun ini, naik "business class" lagi. Rupanya banyak harta dikaut sewaktu atoknya menjadi Perdana Menteri.

Semalam, 22 Jun 2017, Abd Wahazir Abd Wahabi, Exco Armada PPBM membuat laporan terhadap SPRM tentang kekayaan serta pemilikan syarikat oleh empat anak Mahathir iaitu Mokhzani, Mirzan, Mukhriz dan Marina yang didakwa keseluruhannya berjumlah 488 syarikat.

Abd Wahazir selar Ketua ARMADA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang didakwa sibuk membuat sidang media menuduh beberapa EXCO sayap itu belot kepada parti.

"Sepatutnya isu ini dibawa oleh ketua saya sendiri kerana beliau pemimpin anak muda yang kononnya mengatakan kepada kita supaya telus kepada rakyat" kata Wahazir

PPBM baru lahir setahun jagung , namun masalah dalaman mereka amat kronik sekali. Sudah dua laporan terhadap SPRM dalam masa seminggu terhadap Mahathir oleh orang parti bunga sendiri.

Pertanyaan yang ditanya oleh ahli parti bunga tidak dijawab dengan baik. Kalau tanya sahaja terus dituduh pengkhianat dan pembelot. Lebih teruk, Mahathir tuduh mereka ini dibeli dengan nilai RM10,000 ke RM50,000. 

Tuduhan yang sama pernah dibuat terhadap Cikgu Kamarul yang keluar parti. Hanya main tuduh untuk lari dari menjawab isu sebenar yang ditanya oleh ahli. Sebab itulah ramai lari, tidak puas hati dan keluar parti. 

Permasalahan teruk dari peringkat atas sampailah ke bawah. Ada ahlinya yang sudah buat kerja "groundwork" untuk parti tiba tiba dengan mudah dicantas dengan kehadiran wakil pemimpin atasannya cara "parachute".

Presiden dan Timbalan Presiden masing masing berlumba meletakkan wakil mereka di kawasan tertentu sebagai "orang" mereka. Belum apa apa lagi sudah berebut jadi Ketua Bahagian dan mahu bercita cita jadi calon PRU14 untuk parti bunga.

Imej mahu selamatkan Malaysia kini menjadi bahan gelak ketawa sahaja. Ini kerana imej pemimpin mereka sendiri tidak dapat diselamatkan. Presidennya ada kes menjadikan isteri orang sebagai haknya, dan ia menjadi kes di mahkamah pula. Begitu juga Pengerusi yang penuh dengan cerita skandal kroni dan anak sendiri. 

Tidak beberapa lama lagi Pengerusi PPBM akan dihadapkan ke Suruhanjaya Diraja berkenaan lesapnya wang rakyat yang diperjudikan olehnya ketika menjadi Perdana Menteri. Jumlah kerugian tidak sama dengan laporan. 

Pihak Task Force mendapati ada tiga kesalahan awal. Pertama menipu parlimen dan kabinet berkenaan kerugian. Kedua cubaan menutup kerugian (conceal the loss) dan ketiga jumlah kerugian sebenar adalah lebih besar dari yang dilaporkan. Itu sahaja sudah boleh dipenjarakan kesalahannya. 

Jelas PPBM sebuah parti bermasalah dan parti pecah belah. Bagaimana entiti yang "self destruction" ini boleh menyelamatkan Malaysia , jika dirinya sendiri menuju kehancuran? 

Mungkin aklibat terlalu lama hidup dalam permainan persepsi , maka mereka lupa melihat realiti. Apa yang nyata PPBM adalah parti yang wujud atas pemujaan idola semata mata.

Dua sayap PPBM sudah hancur. Srikandi hancur kerana cerita "Klimaks 4 Kali" dan Armada PPBM juga hancur kerana pergolakan dalaman. Belum tanding lagi mana mana PRK atau PRU, parti PPBM sudah pun hancur. 

Eloklah tukar nama PPBM jadi Parti Pecah Belah dan berMalasah. 


Tulisan : 
Beruang Biru
BB480, Jumaat
23 Jun 2017

Comments

Popular Posts