BR1M 2017 PERINGKAT KEDUA DIBAYAR MULAI 5 JUN : JOHARI

Selamat berpuasa semua

Saja LADY share part ni dalam tempoh LADY bawa berehat untuk menulis artikel. Kot-kot ada terlepas pandang pasal pengumuman ni. Tapi... rasanya kalau hal-hal macam ni ramai yang lebih advande actually. 

Dah ramai menjenguk mesin ATM??? HOPE di bulan Ramadhan ni. Banyak-banyakkan bersabar ya kalau dalam akaun belum masuj. Sebab dah diumumkan pembayaran opppss LADY nak tukar kepad pemberian BR1M sebab diberi kan bukan ada hutang yang kena dibayar. Pemberian ini diserahkan mulai 5 Jun ertinya bermula daru tarikh 5 haribulan jun inilah ya.

Selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh kesabaran 


KUALA LUMPUR: Pembayaran peringkat kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 akan dibuat mulai 5 Jun ini, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani hari ini.

Beliau berkata pembayaran yang bersempena sambutan Hari Raya Adilfitri itu melibatkan penerima yang telah menerima BR1M 2017 semasa peringkat pertama sebelum ini, manakala pembayaran bagi permohonan rayuan dijangka pada 17 Jun ini.

"Kerajaan berharap dengan pemberian BR1M ini dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima, dan bagi mereka yang tidak mempunyai nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 atau emel kepada br1m@treasury.gov.my

-- BERNAMA

Comments

Popular Posts