JANGAN GADAI AGAMA DEMI KEPENTINGAN POLITIK : TPM ZAHID
Harits Asyraf Hasnan, Astro Awani |
Tegasnya, perbezaan pendapat perlu diraikan tetapi bukan mempolitikkan isu-isu berkaitan akidah.
"Kenapa saya kata dipolimikkan di luar sana? Kerana mereka mula ada keberanian terhadap pertikaian yang ada dalam kalangan kita, yang tidak satu fikrah, kerana kepentingan kepada politik dan mengenepikan kepentingan agama.
"Sanggup mengenepikan soal-soal prinsip, hukum qatai yang ada demi kepentingan politik. Saya tidak faham, jenis apakah orang Islam sebegini. Berbeda pendapat diraikan tapi tidak dalam hukum-hukum qatai," katanya pada majlis penutupan Seminar Antarabangsa Wasatiyyah 2017 - "Fiqh Wala' dan Taat: Peranannya Dalam Mensejahterakan Negara" di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.
Justeru, beliau mahu umat Islam untuk terus bersatu dan tidak khuatir dengan pandangan mereka yang tidak seakidah.
"Kita yang berada di sini jangan terlalu khuatir dan jangan gentar dengan mereka yang berbagai-bagai. InsyaAllah kalau kita menjaga agama Allah, Allah akan menjaga kita. Jangan khuatir.
"Mereka yang tidak satu akidah dengan kita, tidak perlu mengajar cara kita ambil wuduk, atau rukuk dan sujud apabila mereka berada di dalam rumah kita.
"Ini soal ibadah, ini soal pegangan kita. Teruskan perjuangan," katanya.
Tiga resolusi dicapai pada seminar tiga hari tersebut iaitu fiqh wala' dan taat sebagai instrumen berpolitik dan bernegara, pendidikan masyarakat tentang wala' dan taat adalah berteraskan konsep wasatiyah dan tabayyun serta Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM) Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagai institusi rujukan.
Comments
Post a Comment