Followers

SIAPA KATA NAJIB JUAL NEGARA? PELABURAN CHINA MERATA DUNIA!



PELIK TAPI BENAR. Kejayaan membawa masuk banyak pelaburan dari China dikatakan PM menjual negara? LADY tertanya-tanya juga, kalau begitulah keadaannya, sudah berapa banyak negara yang telah dijual kepada China dengan kemasukan pelaburan dari negara tembok besar itu? adakah sama juga apabila pelabur jepun, Korea yang juga antara negara yang membuat pelaburan di Malaysia adalah pemilik Malaysia ini kerana dengan membuat pelaburan mereka telah membeli negara???????

betul kata ketua penerangan UMNO Malaysia dalam penerangannya :

"Perdana Menteri sedang mencipta sejarah Malaysia dan China dalam kerjasama strategik yang akan meninggalkan impak besar kepada Malaysia sendiri," katanya pada Program Siri Jelajah Penerangan UMNO Malaysia di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK).


Annuar berkata, kerjasama dengan negara luar juga bukan bermakna pemimpin menjual negara, sebaliknya urusan perdagangan dan perniagaan adalah satu kerjasama ekonomi antara Malaysia dan negara luar.

"Sejak bila pula perdagangan dikatakan cara jual negara, kita buat lebuh raya Timur-Barat oleh pihak Itali dan Thai, bukan bermakna kita jual negara pada Itali Thai, ...Tun Mahathir Mohamad (mantan Perdana Menteri) bina Daya Bumi dengan syarikat Korea, ada ke kita serah negara pada Korea?," katanya.

Dalam pada itu, Annuar berkata, rakyat perlu berhati-hati dalam menerima suasana politik negara yang kini banyak dihimpit pihak luar selain cuba meraih keuntungan yang boleh membahayakan keselamatan negara. - Malaysia4all

Maaflah Tun M, cukup-cukuplah anda menjual diri anda kepada pihak pembangkang, jangan menaburkan momokan kata-kata mengarut anda hanya kerana mendambakan pewarisan legasi keturunan anda menjadi yang berkuasa. anda telah menjual maruah anda dengan bercerita perkara yang suatu ketika dulu anda sendiri lakukan, kini anda cuba mengelak dengan memutar belitan benang basah anda. perlara FAKTA tak pernah ada tarikh luputnya, walau berabad anda hidup, selagi ia tersimpan, ia tidak akan pupus. 

 oppss,.. dah jadi pembangkang pun kan. LADY malas nak kurang ajar, tetapi biar LADY bersikap jujur, KUBU DAH MEMANGGIL-MANGGIL TU, PINTU DAH BERULANG KALI KATA PERGI. ELOK PERBANYAKKAN AMALAN UNTUK BEKALAN , JANGAN MENAMBAH DOSA YANG TAK PANDAI SURUT. 

kredit for grafik : Tanduk Kinabalu

No comments:

Post a Comment