SIJIL HALAL STARBUCK TIDAK PERNAH DITARIK BALIK - JAKIM

Rasanya selepas ini, henti-hentikanlah mmenjadi si tukang canang tentang penarikan sijil halal untuk premis starbuck di Malaysia. Sejak tahun lepas LADY sentiasa menerima mesej di Whatsapp atau pesanan di facebook tentang ini. Walau LADY selalu memberi.jawapan meminta perkara ini dirujuk kepada JAKIM, tapi si tukang sebar tetap pertahankan pendirian mereka. Sekarang LADY nak ingatkan, elaok juga kongsikan perkara yang BENAR tetapi menyebarkan perkara AUTA itu samalah MENFITNAH

sila baca:

KUALA LUMPUR:  Sijil halal premis Starbucks tidak pernah digantung atau ditarik balik sehingga kini, kata Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Dalam satu kenyataan, ia menyifatkan penyebaran mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) berhubung status halal syarikat itu sebagai fitnah semata-mata.

"Untuk makluman pengguna, setiap pemegang sijil halal sentiasa dipantau oleh Jakim dari semasa ke semasa," kata kenyataan itu.

Ia menarik perhatian bahawa Bahagian Hab Halal menerima banyak panggilan dan pertanyaan berhubung status halal Starbucks.

Kebimbingan orang ramai mengenai status halal sajian di Starbucks timbul susulan khabar angin di laman media sosial bahawa bahan yang digunakan untuk membuat kek dan minuman diragui status halalnya. - BERNAMA

Ps: pastikan setiap perkongsian itu adalah benar jangan sampai kita menjadi sebahagian mereka yang menanggung dosa menfitnah

Comments

  1. tapi starbuck ni ada salurkan dana utk zionis.....betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salur atau tdk tu. Perkara lain. Tp kita kena elakkan dr menjadi sebahagian mrk yg menyebarkan perkara yg blm pasti.

      Sama ada.kita nak jd pelanggan juga ...pengguna berhak memilih tp jgn kita menjadi sebahagian mrk yg menfitnah sahaja

      Delete
  2. 90% rakyat tak mampu nak pergi STARBUCK...tak yah kecoh ler

    ReplyDelete
  3. Walau 90 rakyat xmampu (jika betul) tak semestinya nak menidakkan hak 10% yg mampu kan. Biarlah bila dh dijamin halal tu tetap pd kedudukannya kecuali ia sememangnya ditarik. Duit kan masing2 punya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts