BILA MAHASISWA/I BODOH: SENANGLAH DIPERBODOHKAN!!
Apa dah jadi? Semakin lama LADY tengok pembawaan segelintir mahasiswa bangsa melayu ni semakin terjunam IQ mereka diperbodohkan oleh politik si Anwar? Maaflah kalau LADY menulis terus dengan menyatakan mahasiswa bangsa melayu kerana peristiwa merempuh gerbang Universiti Malaya wajah-wajah yang boleh LADY lihat pada gambar-gambar yang LADY lihat adalah wajah Muda Melayu!!!
Menurut berita yang LADY dengar, tiada permohonan kebenaran untuk mengadakan aktiviti pada tarikh yang telah tersebar mengajak orang ramau menyertai pidato umum yang diadakan di Universiti Malaya!!! Dengan kefahaman ini, LADY boleh katakan himpuhan rusuh yang berlaku malam semalam itu adalah suatu pencerobohan yang dilakukan secara terang-terang sehingga menyebabkan kerosakan kemudahan yang ada di Universiti Malaya!!
Kalau benarlah peserta PENCEROBOH UNIVERSITI MALAYA seramai 1000 orang.... mereka ini wajar ditangkap atas kesalahan PECAH MASUK termasuklah Anwar Ibrahim bersama anak dan bininya. Serta profesor UM sendiri iaitu Azmi Sharom!! Takkan seorang ahli perundangan tak tahu selok belok perundangan sehingga meletakkan bahawa menceroboh suatu HAK KEBEBASAN ke atasnya dan perusuh-perusuh pecah masuk ??!! Atau beliau sebenarnya berjuang mempolitikkan undang-undang demi kelangsungan nafsu pribadinya ( nak membentuk teori perundangan baru- nak naikkan nama masuk dalam sejarah perundangan ~andaian LADY)
untuk mengendurkan keadaan, JOM kita baca dulu berita di bawah ini. Menjejak dan mengetahui berita yang dikongsikan oleh wartawan Awani selepas ini, LADY akan sambung pandangan LADY :
Pelajar rempuh masuk Universiti Malaya untuk hadiri pidato
Oleh: T K Letchumy Tamboo, Astro Awani | Kemas kini: Oktober 28, 2014
KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 1,000 mahasiswa dan mahasiswi telah rempuh masuk pintu pagar Universiti Malaya (UM) di sini untuk menghadiri acara pidato Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam ini.
Kumpulan pelajar itu, termasuk Professor Undang-undang UM Prof Azmi Sharom, merempuh pintu pagar universiti apabila pihak keselamatan UM menutup pintu itu untuk menghalang para pelajar keluar atau masuk ke kawasan kampus.
Sebaik dirempuh dan dibuka, kesemua pelajar memasuki kampus dan berarak ke arah Dewan Tunku Canselor, di mana pidato anjuran Persatuan Mahasiswa UM (PMUM) pada mulanya dijadualkan untuk berlangsung.
Mereka mengiring Anwar yang dibawa masuk sambil berdiri di atas sebuah van bersama isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya Nurul Izzah, untuk menghadiri acara pidato bertajuk "40 Tahun: Dari Universiti Malaya ke Penjara".
Anwar yang mengenakan kemeja hitam, berucap di dalam keadaan yang diselubungi kegelapan kerana pihak UM telah menutup kampus itu sejak pukul 4 petang lagi, atas alasan gangguan elektrik serta kerosakan kepada pencawang yang boleh mendedahkan bahaya kepada penghuni Universiti tersebut.
Semasa berucap, Anwar berkata beliau masih menaruh harapan kepada sistem perundangan negara ini.
"Saya masih berharap hakim (Mahkamah Persekutuan) membuat keputusan berlandaskan undang-undang. Jika saya ditakdirkan untuk disabitkan atas sebab politik, saya kena tenang.
"Saya sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya keputusan tidak menyebelahi saya. Saya sudah beritahu Azizah dan Izzah serta adik-adiknya supaya bersabar dan perlu ada sedikit pengorbanan.
"Saya masih letakkan harapan pada mahkamah tertinggi dalam undang-undang dan saya wajib dibebaskan," katanya dikuti sorakan gemuruh daripada peserta program itu.
Anwar memberitahu para peserta, beliau harus diingati sebagai seorang yang tabah menghadapi risiko.
Mahkamah Persekutuan akan bersidang dua hari mulai Selasa, untuk mendengar rayuan daripada peguam Anwar berhubung hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan selepas mendapati ahli Parlimen Permatang Pauh itu bersalah dalam kes Liwat II.
Anwar pada 7 Mac lalu didapati bersalah terhadap pertuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah unit kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Tiga panel hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Balia Yusof Wahi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012 yang melepaskan Anwar daripada pertuduhan itu.
---------------------------
Ada rakan LADY kata, sekarang ini tak perlulah nak bangga sangat berjaya menjadi sebahagian warga universiti awam. Boleh sebahagian mereka bukan masuk kerana kemampuan prestasi mereka yang sebenar tetapi kerana nak memenuhi kouta yang diberikan! Berbeza dengan bangsa lain yang terpaksa bertungkus lumus meletakkan diri mereka ke tahap yang melayakkan mereka masuk. Sebab itulah saban tahun yang dapat graduasi cemerlang kurang dari kalangan mahasiswa melayu! Mereka sibuk nak glamourkan diri ! Opppppsss itu bukan LADY punya cerita, LADY hanya bercerita semula apa yanh rakan LADY katakan dalam perbualan kami. (Ini cerita sewaktu budak sewel berhimpun di SOGO nak mengganggu bangunan PWTC dulu)
Bila melihat keadaan ini, terdetik dalam minda LADY adakah punca kerajaan terlalu memanjakan anak-anak Melayu.? Susah nak kata. Sememangnya benar! Bukan semua generasi Melayu bertindak seperti orang bodoh (kejadian semalam) sebab itu LADY kata segelintir. (Tak perlu kita mempersoalkan penulisan LADY dalam konsep penyusunan bahasa ya) cuba cari dalam gambar-gambar yang LADY sertakan dalam artikel ini. Sila kira berapa kerat wajah selain wajah orang melayu. Pada LADY, dah tak ada kualiti berpendidikan tinggi jika ia gagal membentuk sahsiah baik pada diri yang memiliki kertas perikhtiraf tingginya pendidikan seseorang itu!
Apalah bodoh bingai peserta pecah masuk a.k.a penceroboh ini dengan berfiesta mengiringi pesalah liwat yang telah jatuh hukum kesalahannya ? Nak kata hak kebebasannya sebagai mangsa? Nak tuduh perundangan konon telah dipolitikkan sehingga perbicaraan tidak sah? Nak kata Anwar adalah lelaki yang normal dan mangsa fitnah ??? Kenapalah bodoh sangat?!!! Penceroboh masuk ini terlalu mengagungkan Anwar dan konon memperjuangkan hak kebebasannya tetapi adakah mereka memikirkan hak Saiful bukhari yang secara jelas mangsa yang dinafikan haknya?! Bukankah itu tindakan zalim!!! Kononlah himpunan di universiti Malaya semalam memperjuangkan hak kebebasan, kebebasan yang bagaimana mereka tuntut??? Nak bebas berhimpun dan rempuh? Melanggari perundangan yang menjaga keharmonian negara? Dan menidakkan hak rakyat yang tidak terlibat langsung dan malu dengan tindakan bodoh mereka?! ( mulanya LADY berhasrat enggan turut serta mengulas isu bodoh ini. Tetapi kali ini mata LADY boleh tutup tetapi minda dan hati LADY tak boleh ditutup kerana ada rasa tanggungjawab untuk menegur dan mengkritik perbuatan bodoh termasuk prof azmie yang melibatkan diri!! ~ janganlah ada dikalangan pensyarah LADY dulu dan sekrang terlibat dengan perbuatan bodoh ini. Malu LADY menuntut ilmu dengan mereka yang bodoh ni! Bodoh dek dikawal emosi dan nafsu! Dengan erti kata lain KEGAGALAN DALAM PENGURUSAN DISIPLIN DIRI)
Hari ini THE DAY untuk kes Anwar dan saiful. LADY berharap sangat janganlah berulang peristiwa Bom diperkarangan mahkamah seperti dulu oleh bala tentera bodoh Anwar.
LADY berharap sangat keputusan Mahkamah hari ini tidak berganjak dengan keputusan sebelumnya. Sudah sampai masa Anwar masuk penjara! Hanya dialah pesalah yang asyik diberi kunci bebas dan bebas melakukan kesalahan demi kesalahan termasuk kesalahan sebagai DALANG pencerobohan di Universiti Malaya malam semalam!!!
Kepada pihak universiti Malaya, lakukan tindakan tegas ke atas mahasiswa/i yang melakukan pencerobohan semalam. Kalau perlu dibuang, silakan. Tak perlu pelihara manusia bodoh yang hanya tahu membawa Aib semata. Kerana institusi pengajian tinggi adalah badan yang melahirkan manusia yang berpendidikan tinggi dan bermoral bukan kandang melepaskan kambing yang hanya tahu mengembek semata!!
Demikian juga kementerian pelajaran. Tak payah lagi berlembut dengan mahasiswa/i yang bodoh dek emosi. Bertindak tegas ke atas mereka. Tak perlulah bimbang kehilangan segelintir pelajar di IPT. Masih ramai mahasiswa/i yang ikhlas dan tahu tanggungjawab mereka sebagai hamba Allah menuntut ilmu! Tak kosong punyalah kampus hanya mengurangkan kambing-kambing dan lembu-lembu tu! ( maaf bahasa LADY kasar sedikit)
Apa-apapun, LADY berharap sangat ada tindakan! Bukan sekadar amaran semata!!!
sumber gambar : rakan FB, awani dan BH online
Comments
Post a Comment