ANJING HARAM DISENTUH! BERHENTI MEMPOLITIK PERKARA HUKUM SYARIAH!


Pelbagai reaksi ditunjukkan oleh orang ramai apabila isu program menyentuh anjing mendapat tempat di mana-mana laman sosial.

Tidak kurang juga memberi ulasan dengan mengaitkan konon bahawa anjing lebih baik berbanding orang politik!! Apa punya akal, LADY pun tak tahu walaupun dia seorang manusia yang sudah lama hidup di dunia ini. Bagi LADY, berkenaan hukum Syariah Islamiah sudah cukup jelas dan tidak perlulah nak dicampur baur membandingkannya dengan manusia dalam dunia politik. Perkaitan itu sangat tidak relevan dan tidak bijak.

Sila baca dulu

Penganjur "I want to touch a dog" tidak tepati persetujuan - MAIS
Bernama | Kemas kini: Oktober 22, 2014


SHAH ALAM:  Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada Selasa menjelaskan penganjur 'I want to touch a Dog' telah tidak menepati objektif program seperti dipersetujui dalam surat permohonannya.
Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dalam satu kenyataan berkata pihaknya difahamkan program berkenaan pada mulanya dianjurkan bagi memberi pencerahan atau kefahaman mengenai hukum berkaitan anjing dalam perspektif Islam.

Beliau berkata menerusi surat penganjur pada 3 Okt lalu, program berkenaan dibuat untuk memberi persepsi sebenar kepada umat Islam tentang keperluan menyelamatkan anjing dalam situasi kecemasan seperti kesakitan atau terbiar.

Katanya program itu juga dianjurkan bagi menerangkan kaedah yang mengharuskan umat Islam menjadikan anjing sebagai haiwan peliharaan, memegang dan mengendalikan anjing serta cara menyamaknya.

"Saya telah menerima cadangan mengadakan program sedemikian dan telah membincangkannya dengan lebih lanjut bersama salah seorang wakil muda daripada pencadang malah saya juga berbincang dengan Mufti Selangor dan menyampaikan kertas cadangan tersebut kepada pihaknya," kata beliau.

Mohamad Adzib berkata bagaimanapun perlakuan memegang, memeluk dan mencium anjing oleh orang Islam dengan sengaja seperti yang berlaku pada hari tersebut amatlah dikesali dan bertentangan dengan hukum syarak.

Tambah beliau, Jabatan Mufti Selangor telah memberikan panduan kepada penganjur menerusi surat pada 9 Okt lepas bahawa walaupun anjing banyak memberi manfaat kepada manusia, namun ia tetap haram jika sengaja disentuh oleh umat Islam dalam keadaan haiwan itu basah atau sebaliknya.
Ini kerana persentuhan itu dianggap sebagai najis berat tetapi jika kedua-duanya bersentuhan dalam keadaan kering, ia tidak dianggap najis, katanya.

"Oleh itu, jika ingin menjadikan anjing sebagai penjaga rumah atau untuk berburu, hendaklah ditambat di luar rumah bagi mengelakkan kita terlibat dengan najisnya," katanya.

Program yang dianjurkan di sebuah taman rekreasi di Bandar Utama pada Ahad lepas mendapat kritikan pelbagai pihak apabila umat Islam dibenar bermesra dan bermain dengan anjing yang dibawa peserta bukan Islam.
----------------------
LADY tak boleh persalahkan 100% penganjur dalam menyimpang dari apa yang telah dipeersetujui pada peingkat kebenaran dengan MAIS. Apa yang LADY sesalkan betapa JAHILnya pengunjung yang penuh KESERONOKAN , KECERIAAN dan GEMBIRA serta ada rasa BANGGA bukan sahaja menyentuh! Malahan memeluk haiwan berkenaan seolah-olah anak patung!!!!

Ia sudah menjadi pengetahuan asas sejak di bangku sekolah rendah lagi bahawa anjing antara haiwan dalam kumpulan Najis berat (najis mughalazzah) yang haram disentuh!!! Walaupun ia haiwan yang dikatakan jauh lebih setia berbanding dengan manusia, ianya jelas bahawa HARAM disentuh oleh orang Islam! Tidak boleh dipertikaikan dan diperlekehkan!

LADY berharap pihak MAIS, mengenakan tindakan tegas ke atas penganjur. Ianya adalah tanggungjawab mereka dalam perkara-perkara sebegini. Seharusnya penganjur sudah bersiap sedia mengandaikan bahawa kemungkinan akan berlaku keadaan LUAR KAWALAN.!!

Nasihat LADY pada abang-abang yang jauh berpengalaman dalam dunia cyber ni. Jangan kerana anda menyampah dengan perangai sebilangan orang politik , anda memperkatakan isu ini dan membandingkannya dengan haiwan haram. Nampak sangat anda mempunyai masalah hubungan dengan orang politik atas jalan peribadi. Kenyataan anda adalah BIAS.

Apapun selepas ini, kepada pelaksana perundangan dan peraturan. Sebarangan penganjuran selepas ini, selepas memperolehi kata putus dari pihak penguatkuasa dan penganjur. Anda wajib memantau dan mengikuti perjalanan program berkenaan. Jangan sampai setelah heboh baru membuat tindakan menafikan dan membela diri!

Anjing ni memang comel ditengok. Tapi hukum tetap hukum! Tak ada istilah pengecualian! Tiada special case!

Ps: lADY berehat panjang dari mengulas isu sebelum ini. Tetapi bukan tidak mengikuti perkembangan. Hanya menjadi pemerhati

Comments

Popular Posts