PEMAAF SANGATKAH PAS NI? PENGHINA AZAN DISANJUNG TINGGI

Tengok gambar di atas. Ini bukan superimpose, gambar ini pu3 ambil dari twitter empunya diri dengan bangganya mengumumkan aktivitinya semalam.

Pu3 tidak akan sentuh keghairahan teresa kok yang bangga diberi peluang untuk mengagihkan daging korban kepada masyarakat Islam . Sesiappun pemimpin jika diberi peluang bertemu muka dengan masyarakat, walaupun bukan sama kepercayaan agama pasti bangga. Peluang mempertahankan undian atau menambah undi! (Strategi Pancing undi)

Pu3 tak pertikaikan juga atas rasa hormat teresa kok sebagai wakil rakyat , dia dijemput ke majlis. Tetapi kenapa perlu dia diberi penghormatan menghulurkan daging korban? Kalau nak sangat dia bertemu muka dengan pengundi Islam, biarkanlah dia berdiri di sebelah yang menghulurkan kantung plastik berisi daging korban tu.

Sebagai jawatankuasa masjid ker, surauker, taksub sangat dengan pemimpin wanita penghina azan itu, tak bolehkah dia diberi nasihat untuk menjaga peradaban pemakaian yang elok ketika berada di kawasan peribadatan Islam. Bukan nak suruh wujud sifat munafik, tetapi nak juga supaya dia belajar menghormati adab ketika berada di dalam masjid atau surau.

MASJID adalah salah satu daripada tanda wujudnya umat Islam di suatu tempat di muka bumi ini, kerana masjid adalah tempat pertemuan dan merupakan salah satu tanda perpaduan umat Islam dan tempat mereka mengabadikan diri kepada Allah s.w.t. Dan disitulah juga wujudnya orang-orang yang bertaqwa dan bersaudara. Sebagaimana firman Allah s.w.t. di dalam Surah At-Taubah ayat 18 yang tafsirnya : "Hanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah s.w.t. dan hari melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan orang-orang yang mendapat petunjuk."

Soalan pu3, adakah teresa kok seorang yang layak untuk memeriahkan masjid.?
Pemaaf sangat PAS ni atas tindakan teresa kok mempertikaikan azan suatu tika dulu. Bukan dulu sgtpun, dlm tahun ni gak. Ni bukan sekali PAS memberi penghormatan pada dia. 1st semasa membenarkan dia memberi ceramah di dalam masjid. Masih ingt tk lg, dalam masjid, pakaian mengikut badan, xmenutup kepala. Wahhh!!! Mmg pas ni maha pengampun untuk pemimpin kesayangan mereka teresa kok ni

Memang dalam Islam, tak melarang bukan Muslim memasuki masjid (kecuali masjidil-Haam di mekah) dengan tujuan menghayati dan belajar menyayangi Islam tetapi dengan syarat menjaga adab termasuk cara berpakaian.

Soalan pu3:
1. Adakah teresa kok dahulu berceramah dalam masjid utk tujuan belajar atau sebenarnya dia yg ingin mengajar jemaah yg hadir dlm masjid itu?

2. Teresa kok berpakaian sopanker semasa berada dalam masjid dan semasa mengagihkan daging korban kepada pengundi Islam 6hb nov 2o11? (Tgok gambar di atas ya)

P/s: pu3 ada rakan bukan islam, pernah turut serta majlis berbuka puasa di perkarangan masjid. Dia dengan sopan memakai baju kurung dan menutup kepalanya menggunakan selendang. Katanya, kena hormat agama lain dan mengikut cara berpakaian walu xmampu memenuhi syarat sepenuhnya. So adakah teresa kok selps ni akan berbuat demikian kerana mengejar undian?

Comments

  1. pas dah ajar ke minah tu samak sebab pegang babi, kalau tak samak yg terima tu buang je daging tu.

    ReplyDelete
  2. Tk sure pula. Tp nujum pa' belalang bisik kata, teresa yg tgh ngajor pas ni

    ReplyDelete
  3. kesiannya kamu ni. tak yah cerita atau komen bab agama kalau otak dangkal dan cetek. buka buka lah hati dan minda.

    ReplyDelete
  4. Saudara yg komen terakhir ni. Tinggi sgt ilmu agama saudara? Nk meletakkan pu3 dangkal dan cetek? Soal hukum dlm agama islam xder kompromi. Xder jd fleksiblenya mengikut edaran masa. Tafsiran al quran dan hadis kena pd ketepatannya bukan tangkap muat mengikut andaian sendiri utk menaikkan pandgan sendiri. Agama Islam usah dipolitikkan saudara wlu islam tk blh lari dr politik

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts