RON97 NAIK !!! SEMUA PAKAIKAH?????


Petrol RON97 naik lagi 20 sen. Berkuatkuasa 12 tengahmalam ini. Kat twitter, kat facebook adalah orang-orang dok canang menghentam kerajaan. Siap kata, TERIMA KASIH BN kerana NIKKAN LAGI RON97. LEPAS INI TAULAH KAMI PANGKAH DI SARAWAK!!!

Amboi? Kenapa mengamuk sangat apabila petrol RON97 naik ni, teruk sangatkah PETROL RON95? Diesel naik jugakah? Nanti mulailah peniaga beri alas an AYOOO barang kena naiklah.. minyak sudah naik. Itu mau tanggung itu pengangkutan.

Soalan Pu3.. pengangkutan kargo ni pakai kenderaan apa ya? Bukankah menggunakan lori besar . Boleh tunjukkan pu3 lori apa yang menggunakan PETROL ni? Bukankah semua menggunakan minyak Diesel? Apa kaitan kenaikan PETROL 97 dengan naik kadar pengangkutan?


2. PETROL RON97 naik , singkat sungguh otak … pakailah RON95 yang kekal dengan harga yang sama. Kerajaan tetap memberi subsidi sama untuk RON95 tersebut. Pu3 ni pengguna kenderaan petrol 95, kereta pu3 tak ada masalahpun, sama juga lajaknya pu3 bawa kenderaan pu3 ke sana ke mari standing dengan pengguna yang mengaku sangat sukakan RON 97? Kenapa pakai RON97 jatuh santardker. Orang tak akan Tanya, kereta awak pakai minyak apa ya? Apa punya kelas pakai RON95! Tak standard langsung! Tak akan ada suara sedemikian.


Usahlah terpengaruh sangat dengan batu api yang silap haribulan pakai motorsikal sahaja atau kenderaan mereka menggunakan minyak diesel untuk bergerak. Saja buat gempak sebab mereka memang diberi tugasan untuk menyerabutkan otak kekwan sahaja

Comments

Popular Posts