TAHUN BARU JIWA LAMA
Ke mana sudah budaya kita? ke mana sudah azam kita setiap tahun silih berganti tetapi akhirnya masih mempunyai keputusan yang sama. Tahun baru tetapi jiwa masih sama tidak pernah untuk melakukan perubahan. Usia semakin bertambah seharusnya kita semakin bijak membezakan mana akal dan mana nafsu. Terkejut dengan mendengar serta melihat kelakuan saban tahun tetap yang sama.
* kau susah, aku senang
* kau gelisah, aku bahagia
* Kau menderita, aku gembira
* kau salah, aku sahaja benar
* urusan kau adalah urusanku, urusanku bukan urusanmu
* kau menjadi lemah dan aku semakin gagah
* Kau akan membawaku naik ke atas, kemudian kau ku cantas
* kalau aku jatuh, kau juga akan aku bawa jatuh!
renung-renungkan. Bertindak lebih bijak. Tiada warganegara yang cintakan negaranya sanggup atau merelakan negaranya dicemar untuk kepentingan peribadinya. Jagan hanya kerana kecuaian satu pihak , meletakkan keseluruhannya rosak. Meletakkan kepentingan peribadi dalam mengaitkan kesilapan pihak lain dengan yang tidak terbabit, mencerminkan bahawa diri dikuasai nafsu bukan akal
Comments
Post a Comment