SALAM 2008
Azam baru? bagaimana dengan azam 2007? harapan menggunung untuk menunaikan azam sepanjang 356 hari 2007 harap-haraplah terlaksana serta tercapai. kalaupun azam tahun ini tidak terrealisasikan spenuhnya tahun ini, tidak salah untuk kita lakukan penyambungan serta melakukan penambahan untuk azam 2008. Tiada yang mustahil selagi niat serta usaha dalam proses mencapai. jangan saja azam itu untuk memusnah individu lain, tak uasahlah berniat untuk menyambungnya semula... itu bukanlah mentaliti manusia yang posisi positif. kalau boleh, tahun 2008 ini biarlah segala harapan adalah untuk kejayaan yang neutral.
pelbagai situasi dan kejadian peristiwa berlaku dalam tahun 2007, ada suka , ada duka, dan ada juga memalukan. Semua sudah maklum, bukan sahaja diri tetapi seluruh Malaysia telah tahu. Isu hangat HINDRAF salah satunya tetapi yang akan diceritakan kali ini ditujukan kepada setiap individu yang berkelayakan atau telah memegang anak kunci bernombor 21 . nombor itu tiada yang boleh dinafikan sebagai nombor kebebasan atau kedewasaan bagi setiap individu, tetapi malangnya ada juga dalam ketaksuban meraihkan angka 21 itu terleka dengan tanggungjawab mereka sebagai warganegara Malaysia. Peliknya semangat hendak menyertai dunia politik dianggap sebagai langkah perjuangan hak Malaysia, darah panas yang mengalir dalam tubuh dalam nombor itu ada yang tergelincir untuk menjadi bijak apabila mengikuti kegiatan yang salah, bukan sahaja melibatkan kesalahan undang-undang negara malahan yang parah lagi dahsyatnya memalukan negara.
Pernah ditanyakan seorang belia yang telah meninjak angka 21 sama ada telah mendaftar menjadi seorang pemilih, sedihnya apabila mendengar jawaban darinya " apa yang aku dapat kalau mendaftar, kamu bagi aku duitkah? apa kelebihan yang aku terima? kamu bagi aku ganjarankah?" adui, kalau ikut hati ada juga makan selipar masa itu. Membesar serba serbi dari subsidi kerajaan, darah yang mengalir dalam tubuh, otot-otot yang terbentuk pada tulang badan semua dari subsidi kerajaan. Ilmu pengetahuan yang ada dalam otak semua dari subsidi kerajaan, tapi boleh pula hendakkan imbalan? Bawa kenderaan bagai nak rak, pelesit, minyak yang diisi dalam kenderaanpun ada subsidi juga dik oi.. memanglah duit hendak membayar minyak sendiri yang usahakan tetapi sebelum berjaya memperolehi duit sendiri prosesnya dari siapa pula?
Ada pula belia yang dengan bangganya menyatakan dirinya sebagai pejuang apabila menyertai parti politik , habis sahaja usia mencapai ke tahap layak menjadi ahli terus dengan bangganya memohon dan alhamdulillah diluluskan sebagai ahli. Semangat memperjuangkan dasar perjuangan parti benar-benar dijiwainya. Pantang ada yang mengutuk, ditempis, pantang ada mengejek, ditepis, pantang ada aktiviti pasti wajahnya berpeluh-peluh dan memerah kepanasan menyokong, tetapi terlupa pula pejuang muda kita ini bahawa perjuangannya tidak akan berbaloi apabila dia terlepas aktiviti yang mengukuhkan lagi semangat juangnya. Apa lagi seperti yang telah dinyatakan awal-awal lagi tadi. DAFTAR PEMILIH. Sayang dik oi, perjuangan tidak mencapai seperti yang diharapkan.
Cuma apabila membaca cerita ini, jangan pula mengatakan hanya ada segelintir belia terleka, kelekaan ini juga berlaku kepada insan-insan yang telah dewasa, malah lebih matang. Sedih juga kakak dan abang oi! asyik-asyik yang salah ini yang di bawah usia anda, anda sajalah di pihak yang benar. periksa kain sendiri kak, mana tau ada pula yang robek tapi tetas pada kain orang nampak plak dah! Satu perkara lagi usia bukan menentukan siapa yang benar.
Akhir sekali , tahniah bagi yang telah berjaya menjadi pemilih, apabila pilihanraya menjelang kelak, gunakan kebijaksanaan anda untuk memangkah, jangan tersalah pangkah, pangkah hanya satu ruang, jangan pula lebih rugi juga. Paling utama, jangan sudah menjadi PEMILIH tidak pula menjalankan kewajiban untuk mengundi, RUGI juga.
SALAM 2008.
AZAM? MAHU MENJADI INDIVIDU YANG BIJAK, BERTINDAK MENGGUNAKAN KEWARASAN AKAL, IMPIAN BERJAYA MESTI DIUSAHAKAN. KEJAYAAN YANG BERSIH

Comments
Post a Comment