cuti2 Malaysia


Sepanjang tahun penuh dengan kerja, cuti kali ini berpeluang bercuti bersama rakan-rakan ke Melaka dan Langkawi. Banyak perkara yang hanya kita melihat sudah tergambar keseronokannya tetapi menikmatinya sendiri lebih menyeronokkan. Seharusnya kita sebagai warganegara Malaysia menikmati keindahan negara kita seperti mana yang dilakukan oleh pelancung asing. Tiada perkara lain yang membuatkan mereka mahu berkunjung ke ngara kita kalau bukan kerana keindahannya..

. kenapa kita pula sebagai warganegara tidak merasainya juga?

Cuma terasa sedih pula apabila mengenangkan ada di kalangan warganegara tidak mencintai Malaysia, sanggup menjatuhkan maruah negara hanya kerana mengkehendaki sesuatu yang berasaskan kepentingan sendiri seperti mana yang dilakukan oleh HINDRAF... betulkah apa yang mereka lakukan sekarang ni , memperjuangkan hak kaum yang terpinggir? ataupun sebenarnya memperjuangkan KEADILAN untik seorang yang merasakan dirinya terpinggir? jika benarlah perjuangan itu tulus ikhlas, mengapa harus berasaskan kerugian kepada pihak yang tidak berkaitan.. apa bezanya UMNO dengan Melayu? bukankah UMNO memperjuangkan orang Melayu dan UMNO itu adalah Melayu? Tidakkah memperlihatkan perkaitan perjuangan HINDRAF ini hanya sebagai tirai menyelubungi 'master mind' yang pernah melakukan perkara yang sama hampir 10 tahun yang lalu? benarkah reformasi atau perhimpunan besar di khalayak ramai adalah langkah yang PALING BIJAKSANA? benarkah keganasan adalah langkah yang terhebat untuk menyuarakan sesuatu rintihan terpinggir atau sebenarnya bertujuan berpaksikan canangan untuk mempublisitikan perjuangan peribadi kerana saham semakin merundum rentetan masyarakat sekarang semakin menggunakan akal bukan nafsu?

Apa yang dilihat impak dari apa yang berlaku hanyalah kerugian serta malu besar. Bayangkan kawasan yang dipilih anatara kawasan yang melibatkan pengunjung pelancong yang ramai sehingga seharian perniagaan dalam kawasn tersebut terhenti.. bijakkah itu? pelancong yang selama ini menerima pandangan betapa harmoninya Malaysia tetapi dihidangi suasana kekacauan..bijakkah itu? kepimpinan sebeginikah kita perlu diperjuangkan? Jangan jadikan tahun melawat malaysi 2007 sebagai tahun termalang untuk kita semua hanya kerana kekejaman seorang atau lebih kepimpinan yang menjadi pengasas kepada perhimpunan ini.. siappun dia, perlu disingkiokan dari tanah bertuah ini, dia bukan layak untuk diangkat serta dijulang atau dinobatkan sebagai pemimpin yang berkridebiliti tetapi manusia yang harus dinyahkan dari mata masyarakat Malaysia.

Akal dianugerahkan untuk berfikir

jangan hanya kerana seringgit dua untuk tambanag serta makan harus membahayakan kesejahteraan keluarga

jangan kerana amarah terpinggir, kita jadi manusia yang terbodoh

jangan kerana fanatik pada individu diri jadi batang pisang

tidak salah untuk melakukan pengorbanan, tetapi pengorbanan untuk agama dan negara bukan kerana individu

fikir2kanlag sebelum bertindak

Comments

Popular Posts