Renungan - ragam manusia
Manusia kalau jenis yang tamak selalunya akan memikirkan bagaimana memenuhi nafsu serakahnya walaupun mengorbankan hak orang lain. Biasanya manusia-manusia seperti ini sanggup melakukan kesalahan tetapi menunding kepada orang lain.
Ada pula manusia yang melihat individu selain dari kumpulan mereka rendah, merekalah yang mulia (pegangan Yahudi) sehingga apa yang mereka lakukan adalah benar dan orang lain buat adalah salah. Mereka ini jenis manusia yang sentiasa merasakan individu lain akan lakukan apa yang telh mereka lakukan dan berkehendak untuk membalas dendam dan kecitarasa selalu menguasai serta menang
ada manusia yang sombong dan angkuh. Mahukan sesuatu yang tidak sepadan dengan apa ada pada dirinya. Malah merasakan apabila menerima teguran atau nasihat dari orang yang lebih muda meletakkan individu tersebut tidak menghormatinya.
Ada manusia yang berkawan dengan individu lain kerana hendak menjadikan individu tersebut sebagai alat untuk memenuhi keperluannya. Manusia ini terlalu bergantung harap agar dirinya sentiasa diberi kelebihan dari mana-mana individu yang dirasakannya ada kelebihan dengan tanpa segan meminta bantuan.
ada manusia yang berwajah dua, mulut menembusi badan menjadi liputan berita percuma membuka kain orang lain tetapi tidak menyedari kainnya telah tertanggal
inilah pentas lakonan manusia di muka bumi
renungkan dan pilih mana satu yang ada pada diri
atau kesemuanya dirasakan tiada pada diri. jika ada perasaan itu, dilah manusia yang paling teruk kerana merasakan diri adalah manusia yang sempurna
RENUNGKANLAH
salam Ramadhan
Comments
Post a Comment