salam kemerdekaan


hanya menunggu beberapa jam lagi usia kemerdekaan negara kita Malaysia mencapai 50 tahun (1957-2007) Usia yang cukup matang. Sejauhmanakah kefahaman kita terhadap perkataan 'merdeka' ini ?
Memang terasa ada sedikit terkilan dengan golongan manusia yang mengaku dirinya rakyat Malaysia tetapi bertindak seperti tidak mencintai negara sendiri . Melihat apa yang dilakukan oleh pemuda kelulusan Taiwan itu , dia seorang yang kreatif tetapi melakukan kesilapan besar dalam menonjolkan kemahiran serta kebolehannya. Dia telah melakukan kesalahan besar dengan mencabar perlembagaan Malaysia , melanggari undang-undang negara. Adakah dengan kata maaf sudah membersihkan kesalahanya ?
Yang menyedihkan ada pula peniaga yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dengan mengedarkan lagu tersebut , yang 'bebal'nya ada pula menjadikan lagu tersebut sebagai bunyi deringan telefon bimbit ! Mana kesedaran cintakan negara Malaysia?!
Caci mencaci, memperendahkan orang lain, mencari kesalahan orang lain , menfitnah apa sahaja perangai @ sikap yang negatif ini sempena sambutan kemerdekaan ini kita lemparkan sejauh mungkin. Jadikanlah diri kita sebagai warga yang terbilang baru negara gemilang...
Renungkan...!



Comments

Popular Posts