PERSEKUTUAN DAPAT 95% BAHAGIAN KEUNTUNGAN? SABAH HANYA DAPAT 5%?

Sering kali LADY baca komen pihak yang sentiasa mentanak batu atas api. Saban kali ada juga segelintir melatah apabila cerita ini disebarkan. Tetapi berapa ramai pula tahu fakta sebenar tentang ini.

Hari ini, LADY nak kongsikan cerita yang sebenar. Ianya fakta bukan auta untuk hidangan maklumat di minda anda. Agar momokan si rebusan batu pada api. Tidaklah terus meresap masuk dalam jiwa anda

Sila baca di bawah ini

Isu Petroleum di Sabah merupakan isu panas yang sering menjadi modal besar untuk menjadi pejuang segera dalam masyarakat Sabah. Mari kita bersama berhadapan dengan realiti vs fantasi berkenaan isu ini.

isu ini  adalah berkisar kepada ketidak-fahaman mereka tentang industri huluan (Upstream Industry) Minyak dan Gas Petroleum.

Antara Dakwaan Pembangkang

“Sabah diberi setakat 5% hasil minyak Petroleum yang terokai di Sabah, maka 95% diangkut oleh kerajaan persekutuan PETRONAS.”

Jawapannya:

Dibawah Production Shari Contract (PSC) Kerajaan Malaysia diwakili oleh PETRONAS akan  menganugerahkan konsesi carigali dan pengeluaran Minyak atau Gas Petroleum kepada Syarikat Minyak melalui proses tender.

Syarikat tersebut akan melabur serta menanggung risiko ke atas inisiatif awal untuk mencari membangunkan dn mengeluarkan hasil dari telaga minyak atau gas yang dipertanggunghjawabkan kepadanya.

Sekiranya usaha awalan tersebut mendatangkan kejayaan, maka syarikat dibenarkan untuk menggunakan sebahagian hasil minyak dan gas petroleum tersebut untuk membayar balik segala pelaburan modal serta perbelanjaan operasi selama tempoh konsesi telaga tersebut, yang dinamakan sebagai ‘cost oil’.

Manakala bakinya adalah ‘profit oil’ yang akan dibahagikan antara dan syarikat tersebut. Namun, di Malaysia, ‘profit oil’ tersebut juga akan dibahagikan kepada kerajaan negeri dimana petroleum itu dkeluarkan dengan terma yang dikenali sebagai royalti petroleum.

Sebaliknya, andaikata Syarikat Minyak tersebut gagal dalam usaha awalannya untuk menerokai dan mengeluarkan Petroleum di telaga tersebut segala pelaburan sarta risiko lainnya akan ditanggungnya sendiri tanpa membebankan Kerajaan.

Bagi setiap 100 Tong Minyak Petroleum yang dikeluarkan, contohnya di Sabah:

Royalti untuk Negeri Sabah 5 Tong – 5 %
Royalti untuk Kerajaan Persekutuan 5 Tong – 5 %
Cost Oil 60 Tong – 60 %
Profit Oil 30 Tong – 30 %
Maknanya, Sabah menerima 5% dari perolehan pengeluaran kasar Petroleum yang diterokai di Negeri ini tanpa menanggung sebarang risiko.

Kerajaan Persekutuan juga menerima 5% daripada perolehan Pengeluaran Kasar Petroleum sama seperti negeri Sabah. Peratusan ‘Cost Oil’ boleh berbeza mengikut lokasi dimana telaga minyak atau gas Gaspetroleum itu diterokai dengan pengeluaran di dataran menjadi Cost Oil lebih rendah manakala pengeluaran bagi telaga Petroleum di laut dalam akan lebih tinggi dan mahal.

Keuntungan atau ‘profit oil’ di Malaysia akan diraih oleh syarikat Minyak yang beroperasi atau diberikan konsesi PSC tersebut dengan sebahagian keuntungan dikongsi kepada PETRONAS selaku Custodian Of Petroleum in Malaysia. Antara Syarikat Minyak yang aktif di Sabah termasuklah Shell, Murphy Oil, Petronas Carigali dan lain-lain.

Persoalan kenapa DUN Sabah tidak mengikut jejak DUN Sarawak untuk meminta Kerajaan Pesekutuan dan PETRONAS menaikan kadar royalti 5% kepada 20%?

Jawapan:

Seperti fakta yang kita lihat diatas meminta royati 20 peratus adalah agak sukar jika kita lihat cara pembahagian nilai pengeluaran 100 Tong. Jika kita meminta 20 peratus bermakna kita perlu untuk melabur dalam bahagian “cost oil” atau di bahagian “profit oil” yang perlu pelaburan yang banyak dan perlu juga menanggung risiko jika penerokaan minyak tidak berjaya. Untuk setiap penerokaan Minyak memerlukan kos USD10Juta untuk setiap galian.

Maka kita kena realistik dalam perkara ini dan bukan retorik politik semata-mata. sekalipun kita menhalau syarikat petronas dan mengantikan shell tetap juga mereka akan menetapkan profit oil 30 tong atau 30 peratus.

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, untuk menaikkan kadar royalty 5% yang diberikan kepada Sabah ke angka yang lebih tinggi adalah agar sukar. Namun apa yang dilakukan oleh negeri sabah dibawah pimpinan YAB Datuk Seri Panglima Musa Aman, negeri Sabah telah diberikan keizinan untuk mengambil bahagian dalam penerokaan dan pengeluran minyak dan gas petroleum di Sabah melalui sebuah syarikat milik 100% kementerian kewangan sabah bernama M3nergy sdn bhd.

Pada 20 November 2014 M3nergy Berhad beserta rakan kongsinya Sapura Kencana, Sabah Energy Inc. dan Petronas Carigali Sdn. Bhd. Telah memenagi Tender meneroka dan mengeluarkan minyak. Petroleum di Blok daratan SB331 (13, 114 km2) dan Blok SB332 (17,933 km2) di pantai Timur Sabah, dimana ekuiti Syarikat Milik Negeri Sabah itu ialah 30%.

Sepertimana yang kita tahu bila kita mempunyai ekuiti dalam sesuatu pelaburan kita juga terdedah dengan risiko kerugian. Kerajaan negeri Sabah juga telah melaksanakan penjanjian yang memberi kelebihan kepada negeri iaitu ekuiti negeri sabah hanya terlaksana jika syarikat penerokaan minyak betul-betul menjumpai kawasan penerokaan. Jika gagal dalam sesuatu penerokaan kerajaan negeri tidak akan terlibat dengan kos operasi tersebut. Jika berjaya kita akan terus dengan ekuiti 30% tersebut dan akan berkongsi keuntungan dengan syarikat yang melaksanakan carigali daratan.

Manfaat untuk Negeri Sabah hasil kebijaksanaan mencebur diri dalam industri huluan secara pro- aktif tersebut;

Perolehan 5% Royalti dari pengeluaran kasar yang dihasilkan
Keuntungan sebagai Syarikat Minyak akan mendapt tambahan 30% (berdasarkan ekuiti) dari keuntungan ‘Profit Oil’
Manfaat sebagai pemain utama industri utama industri petroleum akan mampu menggalakkan penyertaan lebih ramai usahawan dan syarikat Sabah dalam industri sokongan petroleum.
Manfaat pendedahan tenaga anak Sabah akan terbuka luas untuk peluang pekerjaan sebagai tenaga pengurusan, professional, teknikal, tenaga mahir dan separuh mahir.
M3nergy Berhad sekarang ini telah mendapat kelulusan untuk menukar nama syarikat kepada Sabah International Petroleum Sdn. Bhd.
Antara permintaan yang telah ditunaikan ialah:

-Perlantikan Datuk Hasanel, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri Sabah sebagai ahli lembaga Pengarah PETRONAS. Mengarahkan PETRONAS untuk mengeluarkan ratusan juta RM untuk memindah serta mengubah-suai pelantar minyak yang tidak digunakan lagi, untuk menjadi pangkalan hadapan ESSCOM di Pantai Timur Sabah mengawal keselamatan Sabah dari pencerobohan kumpulam militant dari Negara jiran.

Memberi kebenaran kepada PETRONAS untuk mengeluarkan dana khas bagi membangunkan Sukan Bolasepak di negeri Sabah dengan pembinaan Padang Latihan Bolasepak SAFA di Kompleks Sukan Likas yang akan bermula awal tahun 2017, serta dana untuk penganjuran pertandingan bolasepak bagi pemain-pemain remaja di Sabah selama 5 tahun mendatan.

Mengarah PETRONAS untuk menaja kos pembinaan Maktab Rendah Sains Mara baru yang akan dibina di Ranau untuk manfaat pelajar-pelajar Sabah khususnya yang datang dari kawasan pedalaman Sabah.

Memberi Kebenaran untuk PETRONAS mengeluar dana CSR bagi membina Pusat Penyelidikan Imbak Canyon milik yayasan Sabah.

-Pemberian Ekuiti 25% kepada anak syarikat Kerajaan negeri Sabah dalam Kilang Ammonia dan Urea Samur di Sipitang.

-Memberi Ekuiti 40% kepada NRG (milik Yayasan Sabah) dalam pemilikan Logi Pengeluar Tenaga Bebas 300MW menggunakanGAS di Kimanis.

-Memberi peluang kepada syarikat-syarikat milik Kerajaan Negeri Sabah dan Usahawan Sabah yang berkelayakan untuk menjadi kontraktor dalam bidang perkhidmatan dan perbakalan industry Petroleum di Sabah.

Pendekatan Sabah lebih kepada bisik-bisik tapi ada hasilnya, Daripada kita berteriak tapi tiada hasil yang kita dapat.

Sumber: https://www.zainald.com/2016/isu-petroleum-kerajaan-persekutuan-dapat-95-bahagian-keuntungan-sabah-hanya-dapat-5/

Ps: membaca jambatan ilmu. Yang malas membaca tu selalu dibodoh-bodohkan. Cuba anda bercerita di kedai kopi dengan fakta sebenar daripada memperkatakan perkara yang anda sebenarnya tidak tahu langsung!!!!

Comments

Popular Posts