SI JEFFREY MENJEJAK GLAMOUR

Agaknya apa dalam fikiran si Jeffrey ni setelah 2 3 bulan ni menyepi selepas kegagalannya menakluki negeri Sabag. Agaknya inilah langkah terglamour beliau apabila mengatakan Hari Malaysia adalah hari penjajahan. Penjajahan oleh siapa?

Oppsss.. terlupa dia ni kan mau jadikan sabah negara .. bolehlah dia jadi Presiden of Sabah.! Angan-angan saja ko busssss... sampai matipun ko ndak lagi kana kasih peluang. Jangan ko bilang rakyat Sabah buduh2 .. sebenarnya pengikutmulah bebal sebab kana tipu ko punya temberang!

Baca ini

Jeffrey diselar berhubung cadangan 'Hari Penjajahan'

KOTA KINABALU:  Seorang pemimpin kanan Barisan Nasional (BN) Sabah menyelar Presiden Parti Reformasi Negeri (Star)  Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang mencadangkan Hari Malaysia dinamakan 'Hari Penjajahan'.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Buang Sayang Datuk Abdul Rahim Ismail berkata kenyataan Jeffrey itu bukan sahaja "kebudak-budakan" tetapi jelas tidak menghormati peranan penting dimainkan pemimpin Sabah untuk kemerdekaan Sabah dalam Malaysia.

Siapa beliau (Jeffrey) untuk membuat cadangan liar itu? Beliau patut baca laporan Suruhanjaya Inkuiri mengenai Borneo Utara dan Sarawak 1962," katanya.

Suruhanjaya itu diketuai Lord Cobbold, adalah untuk mengesahkan pandangan penduduk Borneo Utara dan Sarawak mengenai cadangan Persekutuan Malaysia.

Abdul Rahim juga ialah Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional Sabah. - BERNAMA

Ps: kalau orang politikus tiada ketetapan. Sekejap ke kiri sekejap ke kanan. Apa lagi keturunan katak yang sekejap jadi katak puru sekejap pula jadi katak hijau mengikut paya mana dia boleh masuk untui survival.. tak perlulah bagai dia hidup dalam politik.

Jeffrey bukan tidak bersalah tau tapi hukuman sahaja ketika itu sangat 'bias'

Comments

Popular Posts