LADYS.. BERHATI-HATI. PERATUS MANGSA ADALAH MEREKA YANG DIKENALI


Ia bukan perkara asing dan bukan juga luar biasa. Sepanjang pengamatan pu3.. kes pencabulan  atau rogol ini lazimnya berlaku oleh mereka yang dikenali mangsa.

90% mangsa rogol dan cabul diserang individu dikenali -- CPPTS

KUALA LUMPUR:  Sebanyak 90 peratus daripada remaja dan wanita yang dirogol dan dicabul kehormatan, dilakukan oleh orang yang dikenali dan sebanyak 60 peratus mangsa juga tidak melaporkan kejadian itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Close Personal Protection Training & Services (CPPTS) Sdn Bhd Mahathir Manan berkata mangsa tidak melaporkan kejadian kerana campur tangan keluarga selain malu dan tidak mahu maruah keluarga tercalar.

Menurutnya, dapatan itu adalah hasil analisis CPPTS, sebuah syarikat latihan dan rundingan terhadap isu berkenaan.

Pemangsa yang dikenali itu termasuk anggota keluarga terdekat seperti bapa, abang kandung, abang ipar dan teman lelaki, katanya kepada pemberita selepas program 'Women Response Technique' untuk pengamal media di sini, Khamis.

Mahathir yang pernah berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia berkata justeru itu, satu saluran perlu diwujudkan untuk memudahkan mangsa mengadu kejadian sebelum mereka mengambil inisiatif sendiri untuk membuat laporan polis.

"Walaupun sebenarnya kita tidak ada apa-apa kepentingan dengan mangsa yang berusia 13 hingga 22 tahun tetapi satu saluran perlu diwujudkan untuk mengurangkan kesan dan trauma yang dialami mereka sebelum perkara menjadi buruk.

"Saluran ini penting untuk mengumpul mangsa-mangsa rogol sebagai satu motivasi untuk mereka meneruskan kehidupan," katanya.

Program 'Women Response Technique' merupakan satu sistem yang direka untuk menyediakan teknik asas mempertahankan diri kepada golongan remaja dan wanita dalam menangani pelbagai situasi contohnya semasa dirogol.

Sepanjang program itu diwujudkan, kira-kira 3,000 peserta mengikutinya dan difahamkan 10 peratus daripadanya menyatakan kejayaan menggunakan teknik yang telah dipelajari.

CPPTS, ialah syarikat yang memberi khidmat latihan efektif dan profesional di samping pendekatan metodologi untuk memberi pendedahan dan pengetahuan asas sehingga ke peringkat lanjutan menerusi teknik-teknik latihan terkini, komprehensif dan praktikal. - Astro Awani

Ps: adalah lebih baik berhati-hati semua. Buaya ni selalu nampak macam pijak semutpun tak mati tapi kalau salah langkah ...

Comments

Popular Posts