APPLE LANCAR 2 IPHONE KOS RENDAH 5S & 5C


Apabila menyebut jenama Apple. Semua peminat gajet akan meletakkan telefon pintar, tablet (ipad) dan komputer jenama tersebut dalam kumpulan gajet kos tinggi. Ada yang sanggup mengikat perut mengumpul wang hanya mengidamkan memiliki gajet jenama tersebut.

Namun kini, kemungkinan peminat jenama Apple boleh menarik nafas lega dengan pelancaran produk baru telefon pintar kos rendah bagi memennuhi persaingan dan permintaan pelanggan .

Baca di sini :

CUPERTINO:  Apple telah  melancarkan dua iPhone baru pada Selasa, dan mensasarkan salah satu model iPhone tersebut kepada golongan pengguna telefon pintar yang gemar berjimat cermat.

"Perniagaan (iPhone) telah berkembang dengan pesat sekali dan ini menyebabkan kami menggantikan iPhone 5 dengan dua reka bentuk baru," kata Ketua Pegawai Eksekutif Apple Tim Cook di ibu pejabat syarikat itu di Cupertino.

Apple akan mula mengambil tempahan pada hari Jumaat, dan kedua-dua telefon pintar itu akan mula dijual pada 20 September di Amerika Syarikat, Australia, Britain, China, Perancis, Jerman, Jepun dan Singapura.
iPhone 5C direka bentuk oleh Apple untuk bersaing dengan telefon pintar kos rendah dari pesaing.

Pereka Apple Jony Ivy berkata walaupun harga  iPhone 5C adalah rendah, polikarbonat dengan bingkai kelulinya 'cantik'.

iPhone 5C akan dijual dengan harga serendah $99 (RM324) dengan kontrak untuk pembeli Amerika Syarikat, iaitu hanya separuh daripada harga model iPhone yang sebelumnya.

Timbalan Presiden Apple Phil Schiller berkata iPhone 5S pula akan dijual dengan harga bermula $199 (RM652) dengan kontrak untuk pembeli Amerika Syarikat. - AFP

Ps: pu3 nantikan ketibaan telefon pintar  ini di Malaysia. Harap-haraplah akan datang ke Malaysia

Comments

Popular Posts