MARI MENGENALI KOD ETIKA KEWARTAWANAN MALAYSIA

PEWARIS ANAK BANGSA

Pu3 teingat semasa pu belajar dalm bidang komunikasi, salah satu kursus wajib pu3 ikuti untuk memenuhi kehendak universiti adalahmengenali selok belok sebagai wartawan. Pu3 taklah kata pu3 pakar dalam bidang ini, kerana bagi pu3 ap ang pu3 pelajari hanya teori ianya akan berubah mengikut keperluan keadaan dan sekeliling. Tetapi etika kewartawanan samalah seperti peraturan dan undang2 yang perlu kita patuhi. Pu3 agak, ramai penulis tahu tentang ini tetapi mungkin mereka terlupa, sengaja lupa atau terlepas pandang. Jom kita refreash semula tentang ini.:

Tatasusila Kewartawanan Malaysia yang berikut:
  • Tugas utama wartawan adalah melaporkan kebenaran dan menghormati hak orang ramai bagi mendapatkan maklumat yang benar.
  • Dalam melaksanakan tugas ini, wartawan menghayati kebebasan memungut dan menyiarkan berita secara jujur serta berhak membuat ulasan dan kritikan yang saksama.
  • Wartawan perlu menggunakan cara yang wajar bagi mendapatkan berita, gambar ataupun filem dan dokumen.
  • Sebarang maklumat tersiar yang didapati tidak benar dan tidak tepat perlu diperbetul.
  • Wartawan perlu menghormati kerahsiaan sumber berita.
  • Wartawan perlu berbudi pekerti semasa menjalankan tugas dan mengelakkan diri daripada plagiarisme, fitnah dan hasutan atau tuduhan tidak berasas serta rasuah dalam apa bentuk sekalipun.
  • Wartawan perlu menghindarkan siaran berita atau rencana yang bersifat perkauman, melampau dan bertentangan dengan tatasusila masyarakat majmuk Malaysia.
  • Wartawan perlu memahami undang-undang dan peraturan negara yang berkaitan secara langsung dengan profesion mereka.
- SUMBER : dari buku Jeniri Amir, Belajar Menjadi Wartawan terbitan PTS Profesional Sdn Bhd
Datuk Ahmad Talib dalam respon memberitahu pembinaan etika kewartawanan adalah satu perjuangan jangka panjang dan memerlukan beberapa generasi wartawan yang konsisten. Ia tidak berlaku semalaman. Perlu ada pembinaan prinsip diri dalam diri wartawan untuk mempertahankan integriti dalam profesion ini. Dalam konteks Malaysia, sudah ada perubahan kecil tetapi memberi impak yang besar dalam memberi kefahaman masyarakat.
Bekas Ketua Pengarang Bernama Abdul Rahman Sulaiman yang telah berkecimpung dalam bidang ini selama 40 tahun mengatakan ‘Etika Kewartawanan’ tidak wujud di Malaysia dalam erti kata tiada kanun seragam khusus yang mengawal dan mengurus perjalanan profesion kewartawanan atau badan tertentu yang bertanggungjawab mengawasi pematuhan kepada kanun berkenaan, seperti di sesetengah negara, terutama negara maju. Secara umumnya, etika kewartawanan bergerak atas beberapa peraturan kecil seperti, mengutamakan kebenaran, keadilan, kebebasan dan sikap tidak memihak dalam pemberitaan.
Wartawan tidak boleh menjadi hakim dalam segala hal kepada orang lain. Lagak wartawan samalah seperi peguam. Berikan segala fakta yang benar dan biarkan pembaca sebagai juruadilnya.
Cadangan penubuhan Majlis Kewartawanan Malaysia atau Malaysian Press Council sehingga kini masih belum bertemu titik noktahnya. Bagi membuka jalan agar kod etika kewartawanan dibuat secara rasmi dan dipatuhi setiap pengamal media serta dipantau Majlis Kewartawanan Malaysia mempunyai kelebihan dari sudut itu.

Setiap pengamal media mempunyai interpretasi kod etika kewartawan yang berbeza. Mungkin apa yang diamalkan dalam sebuah agensi berita dilihat sebagai tidak beretika bagi agensi berita lain. Interprestasi yang berbeza ini menjadikan ia saling bertentangan.
Saya ingin memetik semula teks ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapannya pada tahun 1984 ketika Majlis Penyampaian Hadiah Kewartawan anjuran Institut Akhbar Malaysia. Beliau menyebutkan di Eropah pembunuh ditawarkan beribu pound untuk mendapat ceritanya. Di Amerika cerita rekaan disiarkan sebagai ‘fact’ untuk menarik minat pembaca. Cerita lucah dan seks dilaporkan tanpa segan-segan. Rahsia negara didedah sehingga musuh dapat mengetahui semua kelemahan. Sesiapa yang berkuasa dijadikan sasaran berita skandal sehingga ianya jatuh. Dan penggantinya juga akan mengalami nasib yang sama.
Dari petikan ini saya ajukan kembali soalan asas bagaimana etika kewartawan dapat membina personaliti wartawan yang faham dan tahu serta sedar akan kesan catatan kepada masyarakat. Etika kewartawanan dari sudut Islam mempunyai kerangka yang jelas dan nilai ukur timbang yang sangat mudah difahami. Melalui Quran dan Sunnah yang menjadi peraturan umum dalam penyampaian maklumat.
Pengamal kewartawanan Islam harus menyedari teori kewartawanan dan pendekatan mencari dan menyebarkan berita telah disimpulkan dalam salah satu ayat Quran.
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kalian menjadi orang yang benar- benar menegakkan keadilan, menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu.sendiri. Jika ia (orang yang dianiaya) kaya ataupun miskin maka Allah lebih tahu keperluan kedua- duanya. maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi maka sesungguhnya Allah Maha mengetahui segala yang kamu kerjakan. (Surah al-Nisa’ : 135)
” …. janganlah kamu menyamarkan kebenaran dengan kebatilan serta kamu sembunyikan kebenaran walhal kamu tahu (hakikat sebenarnya)” (Surah al-Baqarah: 42)

pu3 harap apa yang pu3 kongsikan ini memberi manfaat kepada semua sahabat dan penulis upahan di luar sana, salam ramadhan

Comments

Popular Posts