TUN M KENAPA MENGHALANG ISTERI MEMAKAI TUDUNG???
LADY bukanlah seorang wanita yang sempurna. Tetapi sebagai seorang isteri LAY terpanggil untuk mengkaji dan menyatakan penemuan LADY apabaila membaca cerita terbaharu betapa Tun M tidak melihat kewajiban dan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim menjaga maruah dan aurat isterinya. Aduihai.. sedih LADY kalau itulah yang benar-benar terjadi. Dalam usia tiba ke penghujung.. semoga Allah swt beri petunjuk hidayah Kepadanya melaksanakan tanggungjawab itu kepada anak cucu dan isterinya.
Dalam penemuan LADY.. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
"Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku (Nabi Muhammad SAW) melihatnya, iaitu; kaum lelaki memegang cemeti seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk memukul orang lain, dan wanita–wanita yang berpakaian tetapi mereka (sebenarnya) bertelanjang (pakaian tiada menutup aurat kepala dan badan sebagaimana yang diperintahkan oleh agama), yang berjalan melagak menggoyangkan bahu, kepala mereka seperti bonggol unta yang condong. Mereka tidak boleh masuk syurga, bahkan tidak boleh menghidu baunya, padahal bau syurga itu sebenarnya dapat dihidu dari jarak sekian, sekian (yang cukup jauh)."
(Hadits riwayat Muslim)
RUMAH tangga yang aman damai akan terbina di antara gabungan ketegasan seorang lelaki dan kelembutan seorang wanita. Lelaki berusaha mencari nafkah sementara wanita menguruskan rumah tangga. Tentu tidak akan wujud sebuah rumah tangga yang bahagia jika suami sahaja yang gagah atau kelembutan isteri semata-mata.
Oleh itu, suamilah yang
Firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
(Surah At-Tahrim: 6)
Mahfumnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.
Para ulama ketika menafsirkan ayat di atas berpendapat bahawa suamilah yang bertanggungjawab menyelamatkan ahli keluarganya daripada dihumbankan ke dalam api neraka. Suami menyelamatkan ahli keluarga dengan cara mendidik mereka dengan ilmu agama. Mengajar mereka dengan ilmu fardu ain (ibadah khusus) termasuklah ibadah umum lainnya yang wajib diketahui oleh setiap orang Islam termasuklah Ilmu Tauhid.
TUNTUTAN MENUTUP AURAT ADALAH PERINTAH ALLAH
Allah SWT telah mewajibkan lelaki mahu pun perempuan menutup aurat mereka dan menggariskan cara-cara menutup aurat itu.Tuntutan menutup aurat adalah perintah Allah SWT. Memakai pakaian yang menutup aurat sebagaimana yang digariskan oleh syara' bererti mentaati perintahNya. Bilamana menutup aurat merupakan suatu ketaatan, maka memakai pakaian yang mendedahkan aurat pula merupakan suatu keengkaran
Tuntutan menutup aurat ini tidak boleh dipandang ringan. Ancaman dan balasan Allah SWT terhadap mereka yang tidak melaksanakan atau tidak memperdulikan tuntutan menutup aurat itu adalah sangat keras. Antara akibat melanggar tuntutan ini ialah laknat Allah SWT. Mereka yang melakukan penderhakaan terhadap perintahNya itu tidak akan masuk syurga, bahkan bau syurga pun tidak dapat dihidu oleh mereka.
Oleh itu, kita hendaklah mengenakan pakaian untuk menutup aurat sebagaimana yang disuruh syara' kerana mentaati perintah Allah SWT, bukannya kerana tuntutan fesyen semasa atau kesesuaian tempat dan keadaan. Jika berfesyen pun fesyen yang dikenakan hendaklah memenuhi tuntutan syarak
Comments
Post a Comment