Berbuka Puasa




Kata Ketua Bahagian ayahanda YB Dtk Sapawi Ahmad, Bulan Ramadhan merupakan bulan penuh rezeki, bulan ramai menjadi pemurah. Setuju sangat dengan kenyataan itu. Gambar pemandangan masjid UMS yangsempat saya rakamkan. Tahun akhir saya bergelar sebagai pelajar UMS bagi tempoh 2005-2009. Insyallah jika dimuarahkan rezeki, inilah juga kampus yang akan saya lanjutkan pengajian saya kelak.


Tetapi pada saya, bulan ramadhan ini sebagai tambahan, ramai manusia kembali mendekatkan diri kepada-Nya. Merendahkan diri menemui sanak saudara, sahabat handai yang 11 bulan mungkin dilupakan. Bererti hubungan Silatul_rahim dirapatkan semula.
Lebih kurang 6 hari sahaja lagi kita akan meraihkan kemenangan berpuasa iaitu Aidil Fitri. hari2 terakhir ini, situasi yang akan beralku antara dua. Insan berlumba2 untuk memperbanyakkan amal ibadah kerana dikatakan pada malam2 terakhir inilah juga hadirnya Lailatur-Kadar.... tetapi ada pula semakin leka dengan persiapan Hari raya sehingga terabailah amal ibadah mereka pada awal bulan ramadhan..
Apapun keadaannya, Salam Akhir Ramadhan. semoga amalan berpuasa kita diterima oleh Allah SWT dan dilimpahan ketebalan iman.- Salam 1 Malaysia

Comments

Popular Posts