MENGAPA IA BERLAKU?

KUALA LUMPUR 10 Jun — Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Datuk Dr Aminah Ayob hari ini melahirkan kebimbangan mengenai kekurangan bakal guru di kalangan bukan Melayu dan lelaki di universiti itu.


Katanya daripada 4,800 pelajar di universiti itu, hanya 20 peratus daripada mereka terdiri daripada pelajar bukan Melayu dan 23 peratus pelajar lelaki. “Kami sendiri gagal mengenal pasti kenapa perkara ini berlaku. Tetapi mungkin disebabkan perbezaan kecenderungan dan minat antara kaum itu sendiri.


“Malah di universiti kami, pelajar-pelajar bukan Melayu kebanyakannya mengambil program tertentu seperti perniagaan dan ekonomi serta sains dan teknologi,” katanya ketika mempengerusikan Majlis Dialog UPSI Bersama Media, di sini, hari ini. - Bernama

SEBENARNYA JIKA DILIHAT BUKAN SAHAJA UNTUK BIDANG PENDIDIKAN MALAHAN BIDANG LAIN SELAGI BERKAITAN BERKHIDMAT DI BAWAH KERAJAAN... SITUASI SAMA DIALAMI.

Comments

Popular Posts