BAGAIMANA BERTERIMA KASIH
Sedih apabila mengenanngkan kejadian terbaru yang melibatkan warga negara kita pada hari Ahad yang lepas. Entah apa yang ada dalampemikiran mereka sehingga akal waras telah hilang, diganti dengan tindakan berlatarkan emosi semata. Malu sgt dengan peristiwa yang mengaibkan itu. Part emosi tak boleh pakai pemikiran, tetapi hendak menghantar dokumen saman boleh pula gunakan akal! halangan di pintu gerbang tidak dapat, gunakan faksimili dapat akhirnya! kenapa perbuatan tidak beretika ini tidak difikirkan sematang-matangnya sebelum bertindak. Kalaupun terlalu merasakan diri terpinggir, adakah dengan megutamakan sebelah pihak tetapi menjatuhkan banyak pihak adalah yang terbaik?
Sepanjang tahun ini, mreka inilah antara yang sering tertindak mengglamorkan diri mereka sehingga melibatkan institusi lain. Ada sahaja tuntutan demi tuntutan yang dirasakan melampau tetapi logik paa pemikiran mereka. Kalau hendak menyatakan diri TERPINGGIR sebagai rakyat Malaysia. Pernahkah tunjukkan diri sebagai Bangsa Malaysia ataupun masih mendaulatkan bangsa luar Malaysia? Tidak akan hilang etnik atau agama hanya menjadi serta membentuk diri sebagai warga negara Malaysia.
Bukan memandang Amerika sebagai negara contoh, tetapi dalam isu ini, kita perlu tabik kepada rakyatnya. Apapun pegangan agama atau politik, apapun etnik serta prinsip yang dipegang, apapun warna kulit yang tersarung pada tubuh. Mereka dengan bangga menyatakan diri mereka bangsa Amerika. Tetapi saya melihat berlainan dalam negara kita. isu demi isu yang terbangkit kerap kali meyentuh sentimen gelodak terutama berkaitan dengan 'kontrak sosial' tiada yang menampakkan diri mereka sebagai Bangsa Malaysia. Kalau ditanya bangsa, masing-masing menyatakan keturunan etnik mereka, tiada yang seragam mengatakan diri mereka adalah bangsa Malaysia.
Baru-baru ini Kementerian Pelajaran telah mengumumkan bahawa alam sukatan pelajaran akan dimasukka matapelajaran Bahasa Tamil dan Cina di sekolah-sekolah kebangsaan. Bukankah itu menampkkan bahawa kerajaan mahukan penyatupaduan dalam masyarakat. keap harus memasang tembok tiggi untuk memisahkan diri dengan etnik-etnik yang lain? Etnik yang sebati dalam darah kita tidak akan hilang hanya kerana kita menjadikan diri kita sebagai bangsa Malaysia. Jangan mencetekkan pemikiran hanya takutkan sesuatu yang sebenarnya hanya tanggapan negatif awal kerana ketakutan yang menyelubungi diri.
Sayang, perrkembangan sains teknologi sehingga kita telah berjaya melahirkan seorang angkasawan, pemikiran masih tidak terbuka. Seharusnya apabila ada yang telah berjaya melimpasi garisan atmosfera dunia, tercetus dalam minda untuk menukar aras pemikiran yang lebih terbuka ataupun ada pula pemikiran serta emosi baru menyatakan betapa diri terpinggir, kenape etik ini juga diangkat, tidak cukup layakkah etnik aku ini? Adui! betapa hancurnya individu itu jikalau ada perasaan seperti ini.
Persoalan yang ingin saya ajak kita sama-sama jawab denan ikhlas, perlukah kita kehilangan maruah negara hanya tuntutan metarial berpihak untuk satu pihak sahaja. Renung-renungkanlah " Jangan jadi diri sebagai Pak Kaduk, ayam menang tapi kampung tergadai"
Comments
Post a Comment