Salam Lebaran



Sedar tak sedar , Ramadhan telah berlalu seperti Ramadahan yang sudah-sudah. menjadi rutin, Bulan Syawal pula menjelang. Ramailah yang menyambut Raya lebih besar dan bersemanagt berbandingkan menyambut bulan Ramadhan. Hilang rasa sakit gastrik, hilang perut masuk angin, hilang surat sakit doktor, segala sakit dan penyakit bulan Ramadhan lenyap apabila suara takbir berkumandang.
Rumah yang kusam, menjadi gemerlapan. Susunan hidangan juadah mengalahkan pameran jualan di pusat membeli belah. Perabot dan hiasan rumah... masih kuat bau kedai! Yang lama masuk stor ataupun jadi habuan api pembakar lemang!Pendek cerita segalanya serba baru. harap-harap lepas raya tak adalah yang dok duka dan terharu, merenung nasib gaji habis sebelum masanya, mana lagi rambut ditata cantik berserabuk memikirkan mana nak tutup lubang hutang semasa persiapan raya.
Renung-renungkanlah, beringat sebelum menyesal. Jangan ikut hati tetapi minda kerana setiap tahun Lebaran sentiasa tiba , yang penting 'amalan' kita mendapat berkat serta dilimpahi ganjaran pahala. Salam Lebaran. Maaf zahir dan batin

Comments

Popular Posts