KATA TUN M: KECELARUAN IDENTITI PERLU DITANGANI SECARA BAIK


KUALA LUMPUR:  Kecelaruan identiti yang berlaku dalam masyarakat kini adalah masalah semasa yang perlu ditangani secara baik oleh semua pihak, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata masalah kecelaruan identiti itu tidak terlalu menonjol dalam masyarakat dahulu namun ia semakin menular pada masa ini.

"Sebab itu kita dapati ada orang yang nampak macam wanita tapi dia sebenarnya lelaki, ada pula yang sebaliknya. Jadi, pakaian yang dia pakai ini, kita kata ini pakaian lelaki tetapi sekarang, lelaki perempuan semua pakai semacam (sama), semua pakai seluar, semua pakai jeans.
"Ini masalah semasa ... dulu tidak ada masalah. Dulu kita tahu orang perempuan macam ini, orang lelaki macam ini, tapi sekarang dah berbeza," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2014 di sini, pada hari Selasa.

Jumaat lepas, Mahkamah Rayuan memutuskan Undang-Undang Syariah Negeri Sembilan yang memperuntukkan hukuman terhadap golongan lelaki Islam berpakaian wanita di tempat awam adalah melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus yang mengetuai panel tiga hakim membuat ketetapan itu, selepas membenarkan rayuan tiga lelaki untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban, Negeri Sembilan yang menolak semakan kehakiman mereka bagi mencabar undang-undang syariah itu.

Sidang kemuncak tiga hari itu bermula hari Selasa, bertemakan 'Negara Madani dan Perspektif Islam'. - BERNAMA

Ps: LADY tak kisah sangat kalau dia sejak azali jadi macam itu. Maksud LADY dia dilahirkan sebagai KUNSA. Tetapi yang ada jiwa lembut tetapi sebenarnya original nak jadi ladies habis... huhuhuhu LADY tak menganggap masalah ini sebagai tindakan dihalalkan oleh perundangan! Lantak mereka berpakaian perempuan tetapi tak perlulah perundangan juga seolah-olah memberi sokongan ke atas tindakan tak stabil itu! Please!!!!!!!!!

Harapan LADY rayuan keputusan perkara itu diterima. Kalau tidak lebih ramai lagi "mamat2 opppsss minah" ni lebih gagah anggun tunjuk kecelaruan identiti mereka secara lebih berani

Comments

Popular Posts