WARKAH TERBUKA SENIOR KEPADA DYANA SOFEA


Warkah Terbuka dari Senior Dyana

"Uitm bukan milik UMNO,UiTM milik Rakyat".- kata calon DAP Teluk Intan, Dyana..

Ungkapan Calon DAP Dyana sebelum ini telah diungkapkan berkali-kali oleh Pemimpin Tertinggi DAP. Bezanya dahulu Cina yang ungkapkan dan sekarang Melayu yang ungkapkan..mesej yang dibawa tetap sama iaitu ingin Menghapuskan Keistimewaan Melayu. Sungguh licik permainan DAP ini persis permainan PAP suatu ketika dulu.

Saya adalah salah seorang dari ratusan ribu bekas pelajar UiTM. Saya terpanggil untuk menyatakan kepada semua terutamanya kepada bekas pelajar UiTM Adik Dyana bahawa UiTM bukan Milik UMNO tetapi UITM SEBENARNYA MILIK MELAYU dan UMNO adalah parti yang memperjuangkannya.

Saya pernah beritahu kepada rakan (bekas pelajar UiTM) dan adik-adik yang sedang menuntut ungkapan UITM ini adalah Untuk Islam, (untuk) Tanah Melayu... Universiti Ini Tolong Melayu...Universiti Ini Tempat Melayu..

Anak Melayu tidak kira fahaman politik menuntut dalam pelbagai jurusan di UiTM. Yurannya berbeza dengan Universiti lain. Suasana pengajian berbeza dengan Universiti lain. Penerapan agama berbeza dan pendekatan semangat Melayu juga lebih dari universiti lain.

Wahai Dyana, YA, UITM bukan Milik UMNO... UITM Milik hakiki MELAYU dan UITM adalah kebanggaan Melayu.

Dyana, kamu muda lagi... usia kamu sedang meningkat. Bila kamu bergaul 23 jam besama Cina DAP. Kamu akan mudah terpengaruh dik. Jadi bergaul juga dengan Melayu.. Ingat Dik, Misi DAP adalah hapuskan keistimewaan Bangsa Kita Dik. Ingat ya.

Dik Dyana. Kena ingat pemimpin tertinggi DAP pernah kata Melayu Adalah Pendatang.. DAP tetap dan konsisten pecah belahkan Bangsa Kita Melayu. DAP pengaruhi pemimpin PAS dalam bab penghinaan pada Nabi Muhammad SAW sehingga ada pemimpin PAS berkata Muhammad (Rasulullah) adalah sama dengan Muhammad atau Mamat Kampung. DAP pernah pecah belahkan Islam dan Melayu melalui isu Kalimah Allah. DAP pernah mengharamkan sambutan Maulidurasul di Pulau Pinang..DAP pernah "sound" supaya tiada laungan Azan.. DAP pernah menggunakan Taktik "ladang babi terbesar" untuk halau orang Melayu. DAP pertikai peruntukan untuk membina Masjid di negara kita.

Ingat Dik, DAP sedang menggunakan adik Dyana untuk pecahkan Islam dan Melayu melalui Isu HUDUD. Ingat Dik Dyana, DAP sedang gunakan adik dan Mak adik untuk pecahkan perpaduan Wanita Melayu yang sebelum ini menjadi TERAS kepada Melayu itu sendiri.

Deen Qassim
Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Rekod, UiTM Kelantan dan Shah Alam

Pengerusi Pertubuhan Barisan Darulnaim Negeri Kelantan (BADAR)

Comments

  1. Bengong betul masih ada melayu mcm dyana ni dan ibu keparat yummy yum yum yang tak kenal siapa dap dan apa matlamat dap sebenarnya. Tak faham sejarah perjuangan merlayu atau sheerly buta hati buta perut nampak nya kedua branak ni.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah masih ada lagi anak bangsa yang tahu menghargai bangsa dan ugama. Syabas deen qasim , saya tabik hormat pada anda.

    ReplyDelete
  3. benar, UITM di bibangunkan atas kesedaran pemimpin melayu, di mana kamu sofea semasa uitm di tubuhkann, kamu tiada dan mungkin ibu kamu pun masih kecil tak tahu apa perjuangan melayu...di mana emak kamu semasa kamu memohon masuk UITM,,,ada tak main tarik tali...sebab dia orang kuat UMNO.ibu yang sayangkan anak tentu berusaha untuk anaknya masuk university...
    soalan..kenapa kamu tidak masuk UM,UKM,UTM,UPM,USM,MMU..mungkin kamu atas pagar untuk keuniversity tersebut,dan dalam waiting list sebab mungkin gred kamu rendah.
    mungkin ibu kamu tak mampu untuk anak kesayangan nya ke U tersebut kerana bayaran lebih tinggi dan untuk mendapat penaja belajar tak cukup syarat.
    kalau kamu bijak sudah tentu kamu ke TAR atau UNITAR kerana di sana ramai mereka seperti kamu..
    Walaupun aku bukan dari UITM, tapi aku bangga UITM telah banyak membantu menaikkan melayu di bidang pelajaran dan pekerjaan dan kita semua berbangga dengan nya...tapi kenapa kamu anak melayu yang menyalak memburukkan usaha UMNO menubuhkan UITM...di mana kamu kalau tidak ada UITM.. yang membantu kamu mendapatkan sekeping ijazah..adakah kamu layak ke U lain atau keluar Negara untuk mendapatkan ijazah mu....hati hati berjuang dan jangan fikir kamu jaguh dengan menolak UMNO dan melayu..

    ReplyDelete
  4. gunung tempurung di ipoh ada dua hala turun dan naik...mungkin akan terlaksana permintaan karpal singh untuk berduet dgn ratu perempuan DAP ditempat yg sama...mana tahu...

    ReplyDelete
  5. Dakyah DAP TELAH PUN BERJAYA ..
    PAS .. PUN TELAH DI TARBIAH OLEH DAP ..
    TUNGGU LAH HUKUM KARMA ..

    ReplyDelete
  6. I am sure this article has touched all the internet viewers,
    its really really good article on building up new web site.


    Stop by my website; hostels in belgrade

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts